Tuesday, December 17, 2024

Selamat Mengambil Peperiksaan SPM 2024



Selamat mengambll peperiksaan SPM 2024.Didoakan calon-calonn SPM 2024 memperoleh  keputusan yang diimpikan.Bacalah arahan dan soalan dengan teliti.Jawab soalan dengan tenang.

 

Sunday, December 15, 2024

Menuju Sesi Persekolahan 2025/2026

 

Ujian Akhir Sesi Akademik telah pun berlalu,semua murid menanti keputusannya.Namun yang penting setiap murid wajar bersedia untuk sesi persekolahan yang mendatang.Sebagai seorang murid kamu wajar  menguruskan masa belajar.

    Pengurusan masa yang bijak dapat membantu kamu meningkatkan pencapaian masing-masing.Ibu bapa  wajar membantu anak-anak mereka mengurus masa belajar.Jika tidak mereka akan membazir waktu belajar dan sukar untuk meningkatkan pencapaian kendiri mereka.

Sunday, November 24, 2024

Adakah Anak Anda ?



Ujian Akhir Sesi Akademik telah pun tiba.Selaras itu adakah anak-anak anda yang mengambil ujian itu akan tidak menjawab soalan,menghantar kertas soalan tanpa jawapan atau melakarkan gambar dan catatan yang tidak berkaitan dengan soalan.Pastikan anak-anak anda memahami mengapakah ujian itu diadakan?
           
                         


 

Saturday, November 16, 2024

Ketemu lagi UASA 2024/2025


 

Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025?

JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata pelajaran.

       Kepada ibu bapa,tiuokan semangat  motivasi kepada anak anda untuk berhadapan dengan Ujian Akhir Sesiu Akademik 2024/2025.

Monday, November 4, 2024

Kes Buli Tidak Berkesudahan.


 

Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula berdasarkan situasi setempat.Pakar psikologi dan kaunseling tentu hadam akan mengapakah seterika ini menjadi objek ancaman kepada mangsa buli dan mengapa pula pembuli gemar menggunakan objek seterika itu?

Friday, November 1, 2024

Mencuba Kecerdasan Buatan.(AI)


Kecerdasan Buatan itu mengolah perkataan kepada gambar di atas.Murid-murid boleh mencubanya.

Ibu bapa boleh membimbing anak masing-masing agar mesra AI.
 

Friday, October 4, 2024

Adakah Anak Anda Telah Bersedia Menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025


 ๐Ÿ‘‰Murid-murid yang mempunyai gaya dan motivasi belajar yang rendah pasti akan mendapat keputusan UASA yang kurang memuaskan hati ibu bapa.

๐Ÿ‘‰Pun begitu ibu bapa tidak perlu memberikan tekanan kepada anak-anak mereka untuk mencapai keputusan semua gred A.

๐Ÿ‘‰Ibu bapa wajar memberikan mereka dorongan agar mereka berusaha gigih dan belajar dengan tekun agar dapat mencapai keputusan yang lebih baik berbanding keputusan UASA semester lalu.


Selamat bersedia menghadap UASA 2024/2025

Benarkah Penjajah Memisahkan Kita?

                                           Benarkah penjajahan memisahkan kita?