https://forms.gle/oCdtpyXx7qcMh4cY9
Selamat menjawab soalan.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Tudung
Keringkam:
Keringkam
atau Selayah adalah selendang, tudung ataupun skaf tradisional yang dipakai
oleh wanita Melayu di Sarawak. Ianya menjadi pelengkap busana tradisional
masyarakat Melayu di Sarawak yang sering digayakan ketika menghadiri
majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan dan juga perayaan besar yang
lain. Pada zaman dahulu, selendang warisan ini, hanyalah dipakai oleh golongan
bangsawan sahaja, namun kini sesiapa sahaja boleh menggayakannya.
Ia biasanya
dijahit dengan benang emas atau perak dan menggunakan motif sulaman
bunga-bungaan dan tumbuh -tumbuhan seperti bunga tanjung, bunga ros dan pucuk
rebung di atas kain jenis bawal atau yang lebih berkualiti kain kasa rubiah.
Jenis keringkam dibezakan dengan pendek dan panjang saiznya. Yang bersaiz
pendek digelar tudung keringkam tradisional manakala yang bersaiz
panjang dikenali sebagai selayah. Tudung keringkam tradisional adalah pendek,
berukuran 54cm x 95 cm dan dihasilkan dengan menggunakan kain jojet nipis atau
sintatik.
Baca
petikan di atas ,kemudian jawab soalan yang berikut.
Soalan 1.
Namakan dua
seni sulaman yang terdapat dalam petikan itu?
I:……………………………………………………….
II:……………………………………………………..
{ 2 markah ]
Soalan 2
Apakah itu
tudung keringkam?
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
{ 2 markah }
Soalan 3
Pada pendapat
kamu mengapa bengkel Seni Sulaman Linangkit diadakan?
………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………..
{ 3 markah }
Soalan 4.
Perkataan
tradisional dalam petikan sesuai digantikan dengan perkataan…………………………..
{
1 markah }
Jika ada kelapangan,bolehlah menjawab latihan berikut.
Pilihan Aku.
Malam itu aku tidak dapat melelap akan mataku.Aku masih
terdengar-dengar perbualan ayah dan ibuku.
Pada minggu depan mereka mahu mengajak aku
melancong ke Singapura.Namun aku lebih suka melancong di dalam negara
sahaja.Aku ingat lagi,ayah dan ibu aku pernah berjanji yang mereka akan membawa
aku melancong ke Perak.Aku amat gembira Ketika itu kerana di Perak banyak
tempat-tempat melancong yang menarik bagiku.
Esok apbila bangun pagi,aku
akan memberitahu akan hasrat hatiku kepada ayah dan ibuku.
Soalan 1.
Pada pendapat kamu mengapakah ‘Aku’ mahu melancong ke negeri
Perak?
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)
Soalan 2.
Adakah ayah ‘Aku’ akan menerima keputusan ‘Aku’ dan megapa?
…………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
Soalan 3.
Jika kamu ialah ‘Aku’ yang manakah tempat pelancongan yang
kamu akan pergi Perak atau Singapura dan mengapa?
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
Ujian Akhir Sesi Akademik bagi sesi persekolahan 2022-2023 akan dilaksanakan bagi murid tahun empat,,tahun lima dan tahun enam bagi sekolah rendah.Sewajarnya ibu bapa dan penjaga murid telah mengetahui akan pelaksanaan ujian tersebut.
Ibu bapa/penjaga wajar merujuk pihak sekolah agar dapat memahami tujuan ujian itu diadakan.
Kepada murid tahun empat,tahun lima dan tahun enam selamat menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik.
Pasti setiap ibu bapa memahami cara berfikir anak masing-masing..
Setiap murid pasti diajar cara berfikir sama ada berfikir secara kritis atau kreatif.Adakah anda yakin bahawa gaya berfikir ini penting untuk anak-anak anda atau anda berasa ragu-ragu?
Membaca boleh menjana daya fikir.Ibu bapa yang suka membaca pasti anak-anak mereka juga gemar membaca.Bagaimanakah membaca boleh menjana daya fikir? Lihat situasi berikut.
1: 1+ 1 = ........
2. Mengapakah 1+1=2 ?
3. Awan mendung di langit.Cuba teka ,hujan turun atau tidak?
4. Awan mendung di langit>Cuba ramalkan hujan turun atau tidak?
Sesuaikah soalan nombor 3 dan 4 diajukan kepada murid berumur 7 tahun? Dalam filem Nujum
Pak Belalang,jalan ceritanya penuh dengan meneka atau meramal?
Marilah kita fikirkan bersama-sama akan ajuan soalan tersebut.
![]() |
| Anda suka membaca? |
Apabila kurang atau tidak gemar membaca,maka sudah pastilah minda tidak akan setajam mata pena dan tidak sebijak 'pendeta'.Rakyat yang kurang membaca akan mudah terpedaya dengan kepalsuan dan sukar menerima fakta.
Jika ayah dan ibu tidak gemar membaca,sudah tentu anak-anak juga tidak suka membaca.Oleh itu adakah mahasiswa negara ini mempunyai tahap membaca yang tinggi?
Selamat membaca :Dekad Membaca 2030?