Friday, February 4, 2022

Kemahiran Bertanya?

Gambar 1.


Pernahkah ibu bapa bertanya sama ada anak-anak mereka di sekolah rendah dan menengah rendah menguasai kemahiran bertanya.

    Tentu setiap ibu bapa dapat mengenal pasti bahawa anak-anak mereka menguasai kemahiran bertanya.
    Amatlah sukar difikirkan sekiranya kemahiran bertanya ini dibiarkan dibawa angin lalu.Oleh itu adakah  kemahiran bertanya ini sama penting dengan kemahiran membaca,menulis dan mengira?


    Sehubungan itu berdasarkan gambar 1,cuba anda ajukan kepada anak anda  yang belajar di sekolah rendah, menengah rendah  dan prasekolah untuk mengajukan pertanyaan berdasarkan gambar 1.Tentu anda dapat mendengar pelbagai pertanyaan yang mereka ajukan.Tentu juga anda dapat menilai akan perbezaan setiap pertanyaan itu.

      Setelah itu anda fikirkan,adakah anak-anak anda telah menguasai kemahiran bertanya?
 

Thursday, January 27, 2022

Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) Anak Anda?

 

Setiap ibu bapa tentu telah memahami apa itu Pentaksiran Bilik Darjah.(PBD).Bahkan ibu bapa juga telah mengetahui 'Tahap Penguasaan" anak masing-masing  dalam setiap mata pelajaran yang mereka belajar di sekolah.

         Mungkin anak anda mendapat TP3,atau mungkin TP1,dan mungkin juga TP6.Hal ini sudah pasti diketahui oleh setiap ibu bapa.Ada juga murid yang mendapat semua TP6.

         Oleh itu ibu bapa wajar membantu dan memberikan semangat kepada anak-anak mereka dalam meningkatkan pencapaian TP masing-masing.Usahlah membandingkan pencapaian TP ,yang penting memberikan idea dan buah fikiran serta membantu setiap murid membaiki pencapaian TP .

Thursday, January 6, 2022

Aiskrim di Manjung

                                                     -blogger sempat menikmati aiskrim ini pada 5.1.2022.
                                                     -antara aiskrim yang terdapat di situ-



 Adakah anda peminat aiskrim,jika  ya,sudah pasti anda boleh  menikmati pelbagai cita rasa aiskrim di Kedai Mokti's Ice Cream Gula Apong Manjung.Cita rasa yang pelbagai memudahkan anda untuk membuat pilihan.


    .


Saturday, January 1, 2022

Selamat datang tahun 2022 dan Selamat Belajar.

 

Selamat datang tahun 2022.Diharapkan para ibu bapa  dan murid-murid telah bersedia untuk ke sekolah.Diharapkan pada tahun 2022 ini murid-murid semakin mampu dan memahami situasi belajar dalam kebiasaan baharu.
  
        Oleh itu di samping meningkatkan tahap penguasaan membaca,menulis dan mengira,ibu bapa wajar sedar bahawa anak-anak mereka perlu menguasai Kemahiran Berfikir Aras  Tinggi.Kemahiran  berfikir amat penting dalam memenuhi situasi kehidupan dunia pada masa kini dan akan datang.

       Lantaran itu juga,sudah tiba masanya setiap murid wajar mempunyai tabiat membaca yang baik.Tabiat membaca yang baik berkaitan dengan kemahiran berfikir.Murid yang suka membaca akan dapat meningkatkan penguasaaan dalam mata pelajaran yang mereka belajar.

      Kesimpulannya,didoakan agar pada tahun 2022 ini,setiap murid dapat  menerima hakikat belajar dalam kebiasaan baharu.Selamat belajar.

       

Wednesday, December 29, 2021

Emosi murid -murid itu?

Kejadian banjir di Selangor baru-baru ini.

-Bagaimanakah emosi murid-murid itu?


Secara umum,para pembaca tentu lebih maklum akan bencana banjir yang berlaku di beberapa kawasan di negara kita baru-baru ini.Fenomena alam ini telah menyebabkan ramai murid yang terkesan.
  Namun setakat manakah terkesannya emosi murid-murid itu,perlulah dipastikan agar menjelang pembukaan sekolah nanti murid-murid itu dapat belajar dengan baik .

    Sehubungan itu juga,tibalah masanya pada masa akan datang pihak sekolah wajar memberikan motivasi kepada setiap murid bagaimana berhadapan dengan bencana alam.Murid-murid wajar didedahkan langkah-langkah untuk mengawal emosi dan berhadapan dengan situasi tersebut.

     Sesungguhnya berat mata memandang,berat lagi bahu memikul,oleh itu marilah kita berdoa agar Malaysia tetap sejahtera dan dalam  rahmat-Nya.

   

 

Wednesday, December 22, 2021

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Daerah Manjung 2020/2022


                        -YB Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir,Adun Pangkor ketika 
                          ucapan perasmian-


             -Saudara Mohd Khairolazuan Bin Ariffin Pengerusi Majlis Belia Daerah Manjung,
                         sewaktu ucapan alu-aluan.

-Syabas kepada ahli jawatankuasa Majlis Belia Daerah Manjung Sesi 2020/2022.-

Catatan blogger:
1.Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Manjung sesi 2018/2020,jasa  dan bakti anda akan menjadi coretan sejarah gerakan belia di daerah Manjung.

2.Dalam ucapan perasmian ,YB Datuk Seri Dr.Zambry Abd. Kadir telah menyatakan  bahawa belia itu aset negara dan wajar diberikan ruang dan peluang dalam membangunkan negara pada masa akan datang.

3.Diharapkan Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Manjung sesi 2020/2022 dapat meneruskan bakti dan komitmen dalam membela nasib belia di daerah Manjung.Selamat bertugas kepada  saudara Muhammad Anwar Azwan Bin Ali Basri,Pengerusi MBD Manjung, saudara Ahmad Abrar bin Kamaruddin,Naib Pengerusi 1 , saudara Pravin a/l Somosodran,Naib Pengerusi 2 dan barisan ahli jawatankuasa MBD Manjung.

Tuesday, December 14, 2021

Kejadian Buli ?

 Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian buli di sebuah MRSM,kejadian ini sekali lagi mengejutkan pihak-pihak tertentu.

       Kejadian buli, mengapa ianya masih berlaku,persoalan itu terus dibangkitkan,dan akhirnya KPM telah mengambil usaha untuk memperkenalkan satu pendekatan baharu iaitu 'Sekolahku Sejahtera.'

      Pun begitu dalam hal ini,pihak sekolah dan ibu bapa wajarlah mempunyai rasa kepunyaan dalam memastikan gejala buli ini tidak  berlaku di sekolah,terutamanya di sekolah berasrama.

      Tindakan awal,sudah tentu dapat memastikan kejadian buli ini tidak berlaku.Namun akhirnya blogger bersetuju,jika berlaku juga,amat wajar tindakan tegas dikenakan kepada pelajar yang terbabit.Pelajar yang terbabit wajar diberikan terapi oleh guru kaunseling atau pakar psikologi.

      Masyarakat sudah tidak sepatutnya  berfikiran bahawa masalah buli ini hanyalah tugas guru disiplin sahaja,walaupun tugas mengawasi disiplin di sekolah adalah tanggungjawab semua guru,namun kekadang kemungkinan berlaku terlepas pandang akan tanda-tanda yang boleh menimbulkan gejala buli.

       Oleh itu pihak sekolah wajar memberikan ruang kepada pihak komuniti setempat seperti pihak PIBG,Majlis Belia Daerah,badan-badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan untuk mengambil bahgaian dalam membantu mengatasi masalah buli di sekolah.

       Hal ini dapat memberikan ruang kepada setiap murid dalam memahami akan hakikat kesejahteraan belajar di sekolah dan juga tinggal di asrama.

        Walaupun kejadian buli ini mungkin menimbulkan rasa bimbang di kalangan ibu bapa yang berhasrat menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah berasrama,namun usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah,MRSM  dan KPM akan mampu memberikan mereka keyakinan bahawa anak-anak mereka selamat belajar di sekolah berasrama.

Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026

 Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa,  Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...