Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Monday, October 15, 2018
' j-QAF' dan Murid Tahun Enam telah Khatam Al-Quran 2018
Murid tahun 6 sudah pun melalui UPSR.Oleh,itu pasti ada murid tahun 6 yang telah khatam al-Quran.Namun terdapat juga murid tahun 6 yang belum khatam al-Quran.
Lantaran itu,adakah murid yang tidak khatam al-Quran ini akan khatam pada masa akan datang?
Namun diharapkan tiada murid tahun 6 yang tidak boleh membaca al-Quran.Jika ada tentulah terdapat faktor-faktor tertentu yang memperngaruhinya.
Oleh itu para ibu bapa sudah pasti akan mengambil berat akan hal ini.Bahkan tanggungjawab mengaji al-Quran ini bukan hanya terletak di tangan ustaz dan ustazah tetapi di tangan murid tahun itu sendiri.
Wednesday, October 3, 2018
Program Selepas Upsr 2018:Peranan Ibu bapa.
UPSR sudah pun berlalu,kini murid-murid tahun 6,dikatakan berasakan diri mereka 'bebas '.Betulkah murid-murid tahun 6 telah 'bebas'.
Segoyia,amatlah wajar para ibu bapa bersama-sama mengambil berat akan aktiviti anak-anak mereka di sekolah setelah berakhirnya Upsr.Bahkan pada era kini sebenarnya murid-murid tahun 6 sewajarnya hadir ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran mereka.Apatah lagi murid-murid tahun 6 masih berada dalam Pentaksiran Bilik Darjah bagi beberapa mata pelajaran.
Pun begitu,program selepas upsr tetap diadakan bagi memberikan kepelbagaian kepada murid-murid tahun 6.Amatlah bersesuaian jika beberapa idea untuk program itu dicadangkan atau dibincangkan dengan murid-murid tahun 6.
Oleh itu amatlah kurang molek jika ada murid tahun 6 yang ponteng atau tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.Para ibu bapa wajar memberikan motivasi dan semangat kepada anak-anak mereka agar terus hadir ke sekolah walaupun Upsr telah berlalu.
Friday, September 28, 2018
Friday, September 21, 2018
UPSR 2018:SELAMAT MENJAWAB SOALAN.
Selamat menduduki Upsr kepada murid-murid tahun 6 2018. Bacalah soalan dengan teliti dan fokuskan kepada kata kunci soalan.
Berfikirlah dengan tenang.Kebiasaannya soalan berbentuk Kbat antara ciri-ciri yang menjadi tumpuan pada Upsr kali ini.
Calon-calon Upsr wajar mempunyai tahap emosi dan kesihatan yang tekal pada hari - hari tersebut.
Para ibu bapa wajar mengetahui jadual Upsr anak masing-masing.
Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan mengucapkan selamat mengambil Upsr kepada semua calon UPSR 2018.
Saturday, September 15, 2018
Sunday, September 9, 2018
Emosi calon Upsr 2018.
Pengurusan emosi murid - murid Tahun 6,mempengaruhi kesediaan mereka menghadapi Upsr yang kian hampir.
Emosi yang efektif mampu membantu para calon memberi fokus yang jitu ketika menjawab soalan.
Oleh itu amat wajar,menjelang Upsr murid - murid tahun 6 bersedia dengan emosi yang boleh membantu mereka menjawab soalan dengan penuh fokus.
Emosi yang efektif mampu membantu para calon memberi fokus yang jitu ketika menjawab soalan.
Oleh itu amat wajar,menjelang Upsr murid - murid tahun 6 bersedia dengan emosi yang boleh membantu mereka menjawab soalan dengan penuh fokus.
Saturday, September 1, 2018
Pembersihan tapak Pusat Aktiviti Gpms di Sitiawan 2018.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026
Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa, Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...
-
Membaca dan meneliti baris-baris puisi dalam buku ini,membawa saya berada dalam dunia rasa dan fikir setiap pengkarya.Jiwa ...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
-
Masa terus berdetik,sama ada terasa perlahan atau pantas,masa terus berdetik.Jangka masa 2026-2035,waktu yang amat penting kepada setiap ibu...








