-antara yang hadir dalam perbincangan strategik Gpms Sitiawan 2016-
-terima kasih kepada Majlis Belia Daerah Manjung,atas pemberian sumbangan kepada Gpms Sitiawan-
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
1.Program Gpms Sitiawan Di Hati adalah,program yang berteraskan pendidikan ,berkonsepkan amalan derma atau sumbangan oleh sesiapa sahaja,sama ada berbentuk peralatan pengajaran pembelajaran dan tajaan kursus kem motivasi belajar.
2.Konsep bantuan tersebut akan disalurkan sama ada kepada pihak individu,sekolah rendah,sekolah menengah dan pengajian tinggi.
3.Saluran sumbangan hendaklah melalui Gpms Sitiawan atau Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan.
4.Urus Setia program ialah Gpms Sitiawan .
5.Semoga Program Gpms Sitiawan Di Hati dapat membantu pembangunan pendidikan anak-anak Melayu.
1.Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Memperingati 40 tahun kembalinya Allahyarham Aminuddin Baki,anjuran Koperasi Warisan Gpms Perak Berhad.
2.Tuan Adi mengetuai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil,Tuan Saad dijemput mengimamkan solat isyak.
3.Bicara Aminuddin Baki telah disampaikan oleh Tuan Haji Zainal Bin Mohd Noor,mantan Pengerusi Gpms Negeri Perak,merangkap Pengerusi Koperasi Warisan Gpms Perak Berhad.
Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa, Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...