Benarkah penjajahan memisahkan kita?
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Monday, November 9, 2026
Thursday, October 22, 2026
Murid Tahun 4 Perlu Rajin Membaca.
MPT4 telah pun berlalu.Pada tahun 2027 murid tahun empat akan melangkah ke tahun lima.Oleh itu semestinya mereka wajar suka membaca dan rajin membaca.Tanpa tabiat membaca yag baik,murid tahun empat akan sukar untuk meningkatkan pencapaian kendiri berdasarkan intervensi yang diberi oleh guru.
Sehubungan dengan itu wajarlah tabiat membaca disemai ketika ini.Anda mampu mengubah pencapaian anda.Selamat membaca.
Tuesday, October 13, 2026
MPT4 2026 SUDAH BERLALU.
Setelah mengikuti MPT4,sewajarnya murid - murid Tahun 4 meneruskan usaha mereka dengan lebih tekun.Usaha itu kunci kejayaan.
Saturday, October 3, 2026
Selamat Menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026
Selamat menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026.Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan dijadikan ukuran dan panduan dalam membantu setiap murid tahun 4 meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran dengan melaksanakan intervensi berdasarkan penguasaan mereka dalam Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026.
Monday, September 28, 2026
Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026
Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa,
Belajar Terus Belajar,
Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak bangsa,
Doa kami agar dirimu dalam rahmat-Nya.
28 September 2026(Isnin)
Tuesday, September 1, 2026
Belikan Buku atau Telefon Bimbit ?
Budaya membaca dan leterasi sewajarnya dipupuk sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun,namun kini telefon bimbit menjadi pilihan ramai ibu bapa .Hal ini menyebabkan terdapat sebahagian kanak-kanak ini sukar untuk menerima bahan buku apabila mereka mula belajar di sekolah.
Di sekolah tidak ada telefon bimbit,tugas guru menjadi kian rumit,tindakan ibu bapa yang memberikan telefon bimbit kepada anak-anak mereka sejak kecil tanpa bimbingan penggunaan telefon bimbit yang bijak,menyebabkan anak-anak itu kurang motivasi untuk membaca,menulis dan mengira.
Oleh itu ibu bapa wajar bijak jika mahu memberikan telefon bimbit kepada anak-anak mereka yang berusia antara dua tahun ke enam tahun.Sepatutnya bukulah yang wajar dibeli untuk digunakan oleh anak-anak itu.Jika diberikan telefon bimbit,didiklah anak-anak itu menggunakannya dengan bijak bukannya telefon bimbit itu menguasai minda dan jiwa anak-anak itu.
Friday, August 21, 2026
Pilihan di Tangan Siapa?
Apa khabar murid tahun 4,patutkah kamu mengikuti kelas intensif?
Pilihan di tangan kamu.Mampukah kamu berbuat keputusan ,telitilah penguasaan kamu dalam setiap mata pelajaran yang kamu belajar,dan buatlah keputusan?
Saturday, August 15, 2026
GPMS DARI ROY KE RoS
https://www.sinarharian.com.my/article/792085/berita/nasional/gpms-keluar-roy-sertai-ros
Perjuangan GPMS wajar mekar pada sepanjang masa.Situasi masa yang kian berubah persekitarannya,menuntut GPMS terus membawa suara dan membantu meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.
Masa berubah warna dan cara,pemimpin datang dan silih berganti,namun hakikat perjuangan GPMS tetap tersemat di sanubari.
Thursday, August 13, 2026
Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4
Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan.
Selamat belajar.
Saturday, August 8, 2026
Wednesday, July 29, 2026
Bahasa Melayu Tahun 4
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan gambar itu.Perhtikan tajuk dan maklumat yang terdapat pada gambar itu.Pastikan karangan kamu mempunyai pendahuluan,isi dan penutup.
Contoh jawapan.
Keluarga saya terdiri
daripada ayah, ibu, abang, adik dan saya.
Kami
saling menyayangi serta menghormati antara satu sama lain. Pada waktu petang,
kami sering meluangkan masa bersama di ruang tamu.
Ayah
dan ibu sentiasa menjaga serta membimbing kami dengan penuh kasih sayang.
Oleh itu, saya berasa gembira dan bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan harmoni
Tuesday, July 14, 2026
Nota Penulisan Bahasa Melayu Tahun 4
Pendahuluan
Pada
suatu hari, sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru. Semua
murid berkumpul di dewan sekolah dengan perasaan gembira dan teruja untuk
meraikan guru-guru.
Isi 1
Seterusnya,
murid-murid memberikan bunga, hadiah dan kad ucapan kepada guru sebagai tanda
penghargaan atas jasa mereka mendidik serta membimbing kami.
Isi 2
Selain
itu, guru-guru tersenyum gembira apabila menerima kejutan
daripada murid-murid. Mereka berasa dihargai dan mengucapkan terima kasih
kepada semua murid.
Isi 3
Kemudian,
majlis diteruskan dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian dan tarian.
Persembahan tersebut berjaya menceriakan suasana dan mendapat tepukan gemuruh
daripada para hadirin.
Penutup
Akhir
sekali, semua warga sekolah menikmati sambutan Hari Guru dalam
suasana yang meriah.
Pada
suatu hari,
sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru. Semua murid berkumpul di dewan
sekolah dengan perasaan gembira dan teruja untuk meraikan guru-guru.
Seterusnya,
murid-murid memberikan bunga, hadiah dan kad ucapan kepada guru sebagai tanda
penghargaan atas jasa mereka mendidik serta membimbing kami.
Selain itu, guru-guru
tersenyum gembira apabila menerima kejutan daripada murid-murid. Mereka berasa
dihargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua murid.
Kemudian, majlis diteruskan
dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian dan tarian. Persembahan tersebut
berjaya menceriakan suasana dan mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin.
Akhir sekali, semua warga
sekolah menikmati sambutan Hari Guru dalam suasana yang meriah.
Sunday, July 5, 2026
Piala Dunia 2026 Kanak-kanak Sokong Pasukan Portugal
Apabila golongan kanak-kanak memilih akan pasukan Portugal,tentu ada sesuatu yang menarik perhatian mereka.Kanak-kanak teruja dengan sikap dan gaya permainan Cristiano Ronaldo.Oleh itu adakan pasukan Portugal akan layak ke peringkat akhir.Sudah tentu doa peminat cilik akan bersama-sama pasukan Portugal menentang Sepanyol.Pasukan mana yang akan menang?
Friday, July 3, 2026
Nota Bahasa Melayu Tahun 4
Kamu ternampak seorang rakan terjatuh ketika
sedang berlari di padang sekolah. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?
Contoh
Jawapan:
Apabila ternampak rakan terjatuh di padang
sekolah, saya akan segera membantunya bangun dengan
berhati-hati. Saya akan bertanya tentang keadaannya
dan membawanya berjumpa guru atau ke bilik rawatan jika dia
cedera. Saya juga akan menenangkan rakan tersebut
Monday, June 22, 2026
Catatan BM Tahun 4:Baca,Faham,Salin,Latih Tubi.
Ibu bapa boleh meminta anak mereka yang belajar di Tahun 4,untuk baca,faham,dan salin latihan berikut dalam buku catatan belajar masing-masing.
Apakah
tindakan kamu apabila terjumpa dompet di tepi padang selepas latihan sukan?
Jika saya
terjumpa dompet di tepi padang selepas latihan sukan, saya akan mengambil
dompet tersebut dan memeriksa jika terdapat maklumat pemilik. Seterusnya, saya
akan menyerahkannya kepada guru bertugas atau pihak sekolah. Saya tidak akan
mengambil wang atau barang di dalam dompet kerana perbuatan itu tidak jujur.
Tindakan ini dapat membantu pemilik mendapatkan semula dompetnya.
Wednesday, June 17, 2026
Salam Maal Hijrah 1448H
Semangat Hijrah 1448H: Pengorbanan Demi Kecemerlangan Pendidikan dan Masa Depan
Kedatangan Tahun Hijrah 1448H wajar disambut dengan semangat hijrah dan pengorbanan yang tinggi dalam usaha membina generasi berilmu serta berdaya saing. Pendidikan perlu dijadikan agenda utama bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej hingga ke menara gading, sama ada dalam bidang akademik mahupun Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Ibu bapa dan seluruh keluarga hendaklah sanggup berkorban dari segi masa, tenaga dan sumber kewangan demi memastikan anak-anak memperoleh pendidikan yang terbaik. Pengorbanan hari ini merupakan pelaburan yang akan menentukan kejayaan masa depan mereka.
Dalam era kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang, generasi masa kini perlu menguasai teknologi secara bijaksana untuk meningkatkan pencapaian pendidikan, mengembangkan ekonomi dan memperbaiki kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat serta negara. Semangat Hijrah 1448H hendaklah menjadi pemangkin kepada perubahan, ilmu dan kemajuan demi membina masa depan yang lebih gemilang.
Salam Maal Hijrah 1448
Wednesday, June 3, 2026
Murid -Murid Boleh Membaca Menggunakan Teknik SQ3R
Contoh Penggunaan Teknik SQ3R
1. Survey (Tinjau)
Murid melihat:
- Tajuk: Kebersihan Tanggungjawab Bersama
- Perkataan penting: kebersihan, gotong-royong, kesihatan
2. Question (Soal)
Contoh soalan:
- Mengapa kebersihan sekolah penting?
- Apakah tugas murid bertugas?
- Apakah kesan kawasan yang kotor?
3. Read (Baca)
Murid membaca petikan untuk mencari jawapan kepada soalan.
4. Recite (Lafaz Semula)
Contoh jawapan murid:
“Sekolah yang bersih menjadikan suasana pembelajaran lebih selesa dan dapat mengelakkan penyakit.”
5. Review (Ulang Kaji)
Aktiviti:
- Menjawab soalan pemahaman
- Membina peta minda tentang cara menjaga kebersihan
- Menyenaraikan nilai murni dalam petikan
Tajuk: Kebersihan Tanggungjawab Bersama
Setiap murid perlu menjaga kebersihan sekolah. Kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana yang selesa dan ceria. Murid dapat belajar dengan tenang tanpa gangguan bau busuk dan sampah sarap.
Pada setiap hari, murid bertugas akan membersihkan kelas sebelum waktu pembelajaran bermula. Mereka menyapu lantai, mengelap meja dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Selain itu, pihak sekolah turut mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah.
Kebersihan penting untuk menjaga kesihatan. Persekitaran yang kotor boleh menyebabkan penyakit seperti demam denggi dan keracunan makanan. Oleh itu, semua murid hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan sekolah.
Sebagai murid yang bertanggungjawab, kita mestilah mengamalkan sikap cinta akan kebersihan pada setiap masa. Sekolah yang bersih akan menjadi tempat yang selamat dan menyenangkan.
Soalan Latihan:
Berdasarkan petikan di atas bina satu Peta Bulatan bertajuk Cara-cara Menjaga Kebersihan Kelas.
Thursday, May 28, 2026
Apabila Murid Mengadu.
Rajah itu sebagai panduan sahaja,dinasihatkan rujuk pekeliling KPM.
Apabila menerima sesuatu aduan daripada seorang murid,wajar aduan itu diberikan perhatian yang utaa dan disiasat.
Antara tindakan yang perlu diambil.👈
- Bertindak segera.
- Bersikap neutral dan adil.
- Tidak menghukum tanpa siasatan.
- Mengutamakan kebajikan murid.
- Mematuhi pekeliling dan SOP KPM.👈👈👈
Memberikan perlindungan segera kepada murid.👈
Jika melibatkan:
- buli,
- kecederaan,
- ancaman,
- gangguan seksual,
- keselamatan murid,
Guru hendaklah segera memaklumkan kepada:
- Guru Disiplin,
- Guru Kaunseling,
- Penolong Kanan HEM,
- Pengetua atau Guru Besar.
Sunday, May 24, 2026
Hayatilah Rukun Negara
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Sewajarnya setiap rakyat Malaysia hidup dalam rukun damai,dalam membina Malaysia yang makmur,aman damai dan sejahtera.Usahlah bermain-main dengan isu yang sensitif.
Saturday, May 16, 2026
Selamat Hari Guru,Terima Kasih Cikgu.
Seterusnya terima kasih kepada para pensyarah Maktab Perguruan Pasir Panjang Kuala Terengganu,yang mendidik saya menjadi 'seorang guru'.
Terima kasih juga kepada para guru yang telah berbakti menjadi penggerak Gpms Sitiawan,Gpms Perak dan Gpms Kebangsaan.
Sesungguhnya 'Guru Bitara,Nadi Negara". Terima kasih Cikgu.
-
Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa, Belajar Terus Belajar, Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak ba...
-
Setelah mengikuti MPT4,sewajarnya murid - murid Tahun 4 meneruskan usaha mereka dengan lebih tekun.Usaha itu kunci kejayaan.
-
Selamat menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026.Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan dijadikan ukuran dan panduan dalam membantu setiap mu...
















.png)

