Friday, October 23, 2020

Apa Khabar Pelajar Tingkatan 5 2020



 

Apa khabar pelajar Tingkatan 5 ,diharapkan anda semua sihat sejahtera,di samping 'siap siaga' menjelang SPM.

   Lantaran itu para pelajar semestinya sudah lazim dengan amalan kebiasaan baharu,amalan ini merupakan benteng yang sesuai  dalam berhadapan dengan Covid-19.

   Memang benar,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,namun dengan niat yang betul dan murni sudah pasti pelajar tingkatan  5 mampu untuk menghadapi peperiksaaan SPM.

   Justeru itu pelajar tingkatan 5 wajar terus hadir ke sekolah,dalam menimba ilmu dan bersedia dalam mengulang kaji pelajaran agar SPM dapat dihadapi dengan tenang.

    Memang benar,kekadang boleh belajar melalui talian maya,namun belajar di sekolah mampu  menghasilkan pemahaman sesuatu pelajaran dengan lebih berkesan.

    Sehubungan itu juga,para ibu bapa wajar memberikan semangat dan sokongan agar anak-anak mereka yang  berada di tingkatan 5 terus hadir ke sekolah dan  berasa yakin untuk menghadapi peperiksan SPM.

    BBB Gpms Sitiawan mendoakan agar pelajar tingkatan 5 diberikan kemudahan dan ketabahan serta kebijaksanaan menjelang SPM.

Sunday, October 18, 2020

Apa Khabar Murid-Murid Tahun 5 2020.

 Kini semua murid  tahun 5,menyedari akan amalan kebiasaan baharu.Sejak Covid-19 melanda  Malaysia,rakyat Malaysia telah dibiasakan dengan kebiasaan baharu.Lantaran itu juga UPSR Tahun 2020 telah dibatalkan.

    Namun situasi pada tahun 2021 agar sukar untuk ditelah.Adakah murid-murid tahun 5,  2020 akan menghadapi UPSR pada tahun 2021 ?

    Pun begitu amatlah wajar agar murid-murid tahun 5 bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang akan berlaku.Penguasaan kemahiran membaca,menulis,mengira dan menaakul perlu dikuasai.Perlu diingatkan juga,murid-murid tahun 5 sepatutnya sudah dapat menguasai kaedah belajar menggunakan talian maya.

    Murid-murid tahun 5 wajar menyedari bahawa kini mereka sedang belajar dalam situasi kebiasaan baharu.Jika mereka culas,mereka akan ketinggalan jauh dalam pelajaran.


Saturday, October 10, 2020

Membaca Menambah Ilmu.

                                           Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca.

 Membaca menambah ilmu.Adakah anak-anak anda gemar membaca atau tidak  berminat untuk membaca.Murid-murid sekolah sudah pasti mesti membaca sama ada buku,majalah atau bahan-bahan bacaan di Internet.

     Kita juga boleh pergi ke perpustakaan awam yang terdapat di tempat  kita untuk mencari atau meminjam bahan bacaan.Jika berkemampuan kita boleh membeli bahan  bacaan itu.

     Ironis sekali jika sebagai murid sekolah,tidak suka membaca buku.

     Sudah menjadi lumrah,tabiat membaca ini wajar dipupuk sejak di prasekolah lagi.Patutkah murid-murid yang sudah berusia sembilan  tahun tidak  boleh membaca?Jika murid-murid ini tidak  boleh membaca apa yang wajar dilakukan?Amatlah memeritkan jika ada murid yang gagal menguasai kemahiran membaca  setelah tamat darjah enam.

      Oleh iu marilah kita melihat akan pencapaian anak-anak didik kita dalam menguasai kemahiran membaca.Begitu juga adakah mereka menjadikan membaca itu sebagai satu budaya.?

       

Friday, October 2, 2020

Sejenak Bersama Mat Saad Bin Shafaai Mantan Bendahari Gpms Perak.


Salam sejahtera,bertemu lagi di halaman ini.Pada kali ini marilah kita menyusuri  secara ringkas pengalaman Mat Saad Bin Shafaai dalam pertubuhan belia.


Blogger:Sejak bila saudara menjadi ahli Gpms?

Mat Saad:Pada tahun 1992 menjadi ahli Gpms Sitiawan.

Blogger:Bagaimanakah saudara boleh berminat untuk menjadi ahli Gpms Sitiawan?

Mat Saad:Yang memperkenalkan saya tentang Gpms Sitiawan ialah Cikgu Tajul.(TAM)

Blogger:Boleh senaraikan  jawatan yang pernah disandang  sewaktu menjadi ahli Gpms?

Mat Saad:Timbalan Yang Dipertua GPMS Cawangan Sitiawan,Bendahari GPMS Perak.,

                 Bendahari Majlis Belia Daerah Manjung,pernah menjadi Exco Majlis Belia Negeri Perak.

Blogger:Apakah harapan saudara kepada pemimpin muda Gpms Sitiawan?

Mat Saad:Saya berharap pemimpin dan ahli muda Gpms Sitiawan berani ke hadapan dan aktif

                dalam kegiatan  kesukarelawanan.

Blogger:Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan sewaktu  berada di Institut Gpms Perak?

Mat Saad: Banyak pengalaman  saya ketika berkhidmat sebagai urus setia atau fasilitator 

                  di Institut Gpms Perak,antaranya ketika aktiviti kembara ke Istana Kellie .

Blogger;   Dalam tiga  patah perkataan nyatakan perasaan/pendapat  anda tentang GPMS?

Mat Saad: Pewaris Dunia Pendidikan.

                 

                 Itu sahaja untuk kali ini.
 

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...