Pada minggu ini atau minggu hadapan ,sudah pasti murid-murid Tahun 6,telah mengetahui pencapaian masing-masing dalam peperiksaan Percubaan Upsr 2019.
Sehubungan dengan itu,setiap calon wajarlah melihat akan kekuatan yang ada pada diri mereka sewaktu menghadapi peperiksaan Percubaan Upsr tempoh hari.Yang lemah pula perlu dibaiki.
Lantaran itu calon-calon Upsr wajar menguasai kemahiran menjawab soalan.Menguasai teknik menjawab sesuatu soalan boleh membantu untuk mencapatkan keputusan yang lebih baik dalam Upsr 2019.
Teknik menjawab soalan itni mencakupi kebolehan berfikir aras tinggi(kritis dan kreatif),termasuk mempunyai emosi yang stabil dan tahap motivasi yang tinggi.
Di samping itu calon-calon Upsr hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang tinggi agar cergas sewaktu menjawab soalan.Menghadiri bengkel Teknik Menjawab Soalan yang diadakan oleh pelbagai pihak juga membantu kesediaan murid Tahun6 untuk menghadapi Upsr 2019.
Akhirnya semua murid tahun enam berhak untuk mendapat keputusan yang mereka idam-idamkan.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Saturday, July 27, 2019
Wednesday, July 10, 2019
Apakah yang Anak Anda dapat di sekolah?
Apakah yang anak anda dapat di sekolah?Bermula dari prasekolah hingga ke tahun 6,apakah yang anak anda pelajari dan perolehi?
Apakah reaksi yang akan berlaku apabila anak anda belajar pula di sekolah menengah?
Atau sebagai ibu bapa anda tidak tahu apa yang anak anda dapat sewaktu berada di sekolah?
Yang mana satu pilihan anda sebagai ibu bapa,mahu anak anda memperoleh Tahap Penguasaan 1 atau Tahap Penguasaan 6?
Atau anda lebih gembira jika anak anda berdaya fikir,atau mahu anak anda mempunyai nilai murni yang tinggi?
Apakah yang anak anda dapat di sekolah,hanya anak anda yang tahu?
Saturday, July 6, 2019
Umur Belia kepada 30 tahun :Satu keputusan yang tepat.
Baru-baru ini sidang Dewan Rakyat telah meluluskan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.Pindaan ini dilihat telah memperkemaskan lagi akan kemampuan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia dalam membentuk pemimpin belia yang lebih dinamik,amanah dan wibawa.
Walaupun terdapat beberapa polemik akan keputusan ini,namun hakikatnya pindaan ini akan memberi ruang yang lebih luwes kepada golongan belia di negara ini untuk dilatih dan mencari pengalaman dalam ilmu kepimpinan dan berorganisasi.
Oleh itu nasib belia akan dapat dibela dengan rangka yang lebih sistematik.Jelasnya taburan belia yang terdapat di setiap pelosok negara dapat dibangunkan secara total dan lebih berkesan.
Justeru itu diharapkan pindaan had umur belia ini akan dapat menarik lebih ramai golongan belia bergerak dalam organisasi belia.Jika boleh jurang belia yang tidak berpersatuan dengan belia yang berpersatuan dapat dikecilkan.
Kesimpulannya belia negara ini pewaris masa depan kemajuan dan kemakmuran negara.Malaysia memerlukan belia yang berkomitmen ,berdaya maju,kritis ,bersih dan amanah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...