Assalamu alaikum dan Selamat Menyambut 1 Syawal 1434H.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan rasa syukur dan setinggi-tinggi rasa
tawadduk kepada Allah SWT kerana pada tahun ini sekali lagi umat Islam menyambut
Hari Raya Aidil Fitri .Sambutan hari yang mulia ini sebagai tanda kegembiraan dan kemenangan kita setelah berpuasa sepanjang bulan Ramadan.
Saudara dan saudari,
Oleh itu,marilah kita bertekad meneruskan azam dan cita-cita hala tuju Gpms Sitiawan khasnya dan Gpms umumnya.Usaha kita adalah jihad,kita bergerak kerana-Nya,bukan kerana apa-apa.Kita jadikan Ramadan yang berlalu sebagai guru yang berwibawa membawa kita ke ruang cahaya yang memandu kita dalam meneruskan perjuagan Gpms Sitiawan.
Lantaran itu,marilah kita bersama-sama mempertahankan prinsip-prinsip teras Gpms,menginsafi akan ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan,bersatu teguh bercerai roboh,yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing,belajar terus belajar,kaya miskin,hina mulia bangsa itu di tangan ahli Gpms.
Bersempena hari yang mulia ini , saya mewakili pihak Gpms Sitiawan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada ahli Gpms Sitiawan, tenaga Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan,mantan-mantan kepimpinan Gpms Sitiawan,barisan fasilitator kelas bimbingan Gpms Sitiawan dan kepada semua yang sudi membantu dan bergerak dalam menghela nafas Gpms Sitiawan.Maaf Zahir dan Batin. .
Berhati-hatilah dalam hidup seharian, salinglah bermaafan di hari yang mulia ini dan sambutlah Syawal dengan gembira,berjanji pada diri dalam memelihara maruah Agama Islam dan pegangan Akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah.
Sekian,terima kasih.
YDP GPMS SITIAWAN.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...
No comments:
Post a Comment