Saturday, October 3, 2026

Selamat Menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026


 Selamat menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026.Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan dijadikan ukuran dan panduan dalam membantu setiap murid tahun 4 meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran dengan melaksanakan intervensi berdasarkan penguasaan mereka dalam Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026.

Monday, September 28, 2026

Al-Fatihah-Allahyarhamah Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali-1926- 2026


 Jasamu tetap subur melata di bumi pendidikan anak bangsa,

 Belajar Terus Belajar,

Akan kami bawakan pesananmu ke persada pendidikan anak bangsa,

Doa kami agar dirimu dalam rahmat-Nya.


28 September 2026(Isnin)

Tuesday, September 1, 2026

Belikan Buku atau Telefon Bimbit ?


 Budaya membaca dan leterasi sewajarnya dipupuk sejak kanak-kanak  itu berusia dua tahun,namun kini telefon bimbit menjadi pilihan ramai ibu bapa .Hal ini menyebabkan terdapat sebahagian kanak-kanak ini sukar untuk menerima bahan buku apabila mereka mula belajar di sekolah.

      Di sekolah tidak ada  telefon bimbit,tugas guru menjadi kian rumit,tindakan ibu bapa yang memberikan  telefon bimbit kepada anak-anak mereka sejak kecil tanpa bimbingan penggunaan telefon bimbit yang bijak,menyebabkan anak-anak itu kurang motivasi untuk membaca,menulis dan mengira.

    Oleh itu ibu bapa wajar bijak jika mahu memberikan telefon bimbit kepada anak-anak mereka yang berusia antara dua tahun ke enam tahun.Sepatutnya bukulah yang wajar dibeli untuk digunakan oleh anak-anak itu.Jika diberikan telefon bimbit,didiklah anak-anak itu menggunakannya dengan bijak bukannya telefon bimbit itu menguasai minda dan jiwa anak-anak itu.

Friday, August 21, 2026

Pilihan di Tangan Siapa?

 

Apa khabar murid tahun 4,patutkah kamu mengikuti kelas intensif?

Pilihan di tangan kamu.Mampukah kamu berbuat keputusan ,telitilah penguasaan kamu dalam setiap mata pelajaran yang  kamu belajar,dan buatlah keputusan?

Saturday, August 15, 2026

GPMS DARI ROY KE RoS

https://www.sinarharian.com.my/article/792085/berita/nasional/gpms-keluar-roy-sertai-ros 




Perjuangan GPMS wajar mekar pada sepanjang masa.Situasi masa yang kian berubah persekitarannya,menuntut GPMS terus membawa suara dan membantu meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.

      Masa berubah warna dan cara,pemimpin datang dan silih berganti,namun hakikat perjuangan  GPMS tetap tersemat di sanubari.

Thursday, August 13, 2026

Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4


 Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan.

Selamat belajar.

Saturday, August 8, 2026

Ketagihan Gajet Mempengaruhi Pencapaian Murid Tahun 4


 Anda menentukan kejayaan anda,awasi anak-anak anda di rumah.Usah biarkan mereka ketagihan gajet.

Selamat Menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026

 Selamat menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026.Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan dijadikan ukuran dan panduan dalam membantu setiap mu...