Monday, May 29, 2023

Anda Mahu ke Mana Selepas Keputusan SPM 2022 diumumkan.



 ➤Setelah anda menerima keputusan SPM 2022 ,apakah yang anda akan lakukan?

⚽Adakah anda akan menemui  Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah anda untuk memilih
keputusan  yang anda akan pilih sama ada bekerja atau  belajar?

✋Anda akan berbincang dengan ibu bapa dan keluarga anda dalam membuat pilihan dan perancangan selepas SPM 2022?

๐Ÿ’ฎAnda akan mengikuti jejak rakan sebaya anda?


       Akhirnya semua itu terletak di tangan anda,anda yang akan melalui setiap detik perjalanan itu setelah keputusan SPM anda ketahui.Namun eloklah anda berbincang dengan orang yang anda percayai dalam membantu anda membuat pilihan-pilihan yang anda fikirkan.


Selamat membuat pilihan.


Friday, May 12, 2023

Selamat Hari Guru 2023


 Biro Badan Bertindak GPMS Sitiawan mengucapkan selamat hari guru.Jasa dan bakti guru tetap terukir pada sepanjang masa.Terima kasih cikgu.

Wednesday, April 26, 2023

Adakah Anak Anda Suka Membaca?


Peranan ibu bapa amat penting dalam menyedari sama ada anak mereka yang belajar di Tahap 1,sudah boleh membaca .

        Kegagalan mendorong anak-anak membaca di rumah, akan menyukarkan proses membaca ketika berada di sekolah.Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka memahami perkara yang dibaca.

        Amatlah malang jika ada ibu bapa yang tidak mengambil berat akan penguasaan anak mereka dalam membaca.Sewajarnya mereka berbincang dengan guru dalam mengatasi masalah kesukaran anak mereka dalam menguasai kemahiran membaca.

Sunday, April 23, 2023

Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf dipinta.


                                                  Salam Syawal ,maaf dipinta.

Saturday, March 25, 2023

Selanat Belajar dan Selamat Berpuasa.

 

Kini telah pun masuk ke minggu kedua sesi akademik persekolahan 2023/2024.Oleh itu selamat belajar dan selamat berpuasa.Pastikan setiap murid dapat memberikan fokus sewaktu berada di dalam kelas.Begitu juga belajarlah bepuasa mengikut kemampuan masing-masing dengan meminta nasihat daripada ustaz dan ustazah.

                     Selamat belajar dan selamat berpuasa.

Friday, March 10, 2023

Menjelang Persekolahan Sesi 2023/2024

 



Persediaan yang rapi amat perlu kepada semua murid menjelang persekolahan sesi 2023/2024.Setiap murid wajar telah bersedia dalam menempuhi sesi persekolahan tersebut dengan azam yang tinggi dan tekad yang gigih.

            Sesungguhnya murid - murid yang berusaha gigih akan dapat mencipta kejayaan bagi diri masing-masing.Setiap murid wajar aktif sama ada di bidang pelajaran,permainan,persatuan dan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

             Oleh itu setiap murid mesti menguasai adab belajar dan kemahiran belajar.Tanpa adab belajar murid-murid pasti sukar untuk mencipta kejayaan.Penguasaan kemahiran belajar juga penting,tanpa kemahiran belajar murid-murid tentu  payah untuk memahami  pembelajaran di dalam kelas.


                Selamat belajar.

Thursday, March 2, 2023

Santai Minda.(Sesuai untuk murid yang akan memasuki Tahun 1)

 




Bina ayat mudah dengan betul.

contoh:
Ini bas.




 ........................................................................................................................................................




Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4

 Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan. Selamat belajar...