Saturday, August 31, 2019

Selamat Datang Tahun 1441H/2019

Didoakan kesejahteraan dan kemudahan kepada anda semua.Kepada barisan kepimpinan Gpms Sitiawan yang baharu,selamat bertugas dan selamat berbakti.

        Terima kasih atas komitmen dan khidmat bakti kepada barisan kepimpinan Gpms Sitiawan yang terdahulu.Jasa bakti saudara dan saudari  amat besar dalam bergerak sebagai pertubuhan belia yang berpaksikan pendidikan.

        BBB Gpms Sitiawan akan  membantu selagi terdaya .Belajar Terus Belajar.

Friday, August 30, 2019

Selamat Menduduki UPSR 2019.

Selepas menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan kedatangan Tahun Hijrah 1441,murid-murid tahun 6 akan menduduki UPSR tahun 2019.Sudah pastilah calon-calon Upsr sudah bersedia dan telah membuat ulang kaji yang sepatutnya.Gunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menjawab dan memahami kehendak soalan.

     Manfaatkan hari cuti umum itu dengan  mengulang kaji pelajaran.Pastikan juga menjaga kesihatan diri dan emosi.Usah lupa meneliti Jadual UPSR yang telah diberikan oleh pihak sekolah.

     Para ibu bapa wajar memberikan semangat kepada calon-calon Upsr.Doakan kejayaan mereka dan berikan sokongan kepada mereka.

     Kepada calon-calon UPSR 2019 BBBGPMS SITIAWAN mendoakan  diberikan kemudahan dan ketenangan serta memperoleh keputusan yang diidam-idamkan.


     *Rabu 4.9.2019-Kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.
       Khamis-5.9.2019-Kertas Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan.

        Selasa 10.9.2019-Matematik kertas 1 dan Matematik kertas 2.
        Rabu-11.9.2019-Sains kertas 1 dan Sains kertas 2.

Thursday, August 15, 2019

Menyusuri :Selamat Ulang Tahun Penubuhan GPMS yang ke 71

Menyusuri  semangat Gpms yang kini menyambut Hari Ulang Tahun yang ke 71,Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan menyusuri kisah dan peristiwa yang  ruang lingkupnya berkisar kepada catatan aktiviti Gpms Sitiawan khasnya dan Gpms  secara umumnya.
           
            Mungkin boleh dinyatakan Gpms itu 'sebuah sekolah kepimpinan',yang berdenyut dan mendidik  ahlinya erti dunia kepimpinan yang penuh rencam dan rencah.Keriangan,kedukaan,konflik,hala tuju,cabaran,halangan dan mara adalah kerja orang Gpms.

            Masa berlalu terasa pantas ,1948 hingga 2019,Gpms itu tetap berdiri di bumi watan ini.Setiap pemimpin Gpms dan ahli Gpms sudah boleh menilai akan bakti  Gpms.Masa depan Gpms itu bagaimanakah harapan dan rencahnya?

            Pada catatan ini,foto-foto ini menceritakan akan kisah-kisah Gpms Sitiawan khasnya dan Gpms secara umumnya.Kepada kepimpinan Gpms masa kini , teruskan perjuangan.






       
               *Sekelumit foto sahaja.

Friday, August 9, 2019

Gpms Sitiawan dan Program Foodbank 2019.

                                                      'Foodbank' di Sk Seri Samudera.
                                                       'Foodbank' di Sk Seri Samudera.
                                                   'Foodband' di Sk Lekir.
                                                     'Foodbank' di Sk Sitiawan.
Gpms Sitiawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK SERI SAMUDERA,Guru Besar SK LEKIR dan  Guru Besar SK SITIAWAN   atas kesudian menerima kehadiran  'Program Foodbank'.

              Pengelolaan 'Program Foodbank ' ini dikendalikan oleh Saudara Muhammad Anwar Azwan bin Ali Basri.(Ydp Gpms Sitiawan),Saudara Hanif(Timbalan Ydp Gpms Sitiawan)Saudara Aiman,(Ketua Penerangan Gpms Sitiawan) dan saudara Alif.(Ajk Gpms Sitiawan)

            Sesungguhnya  Pelaksanaan Program Food Bank Malaysia diterajui  oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP)

               Pihak kerajaan juga telah melancarkan Yayasaan Food Bank Malaysia dan mempelawa badan-band korporat dan pertubuhan NGO untuk  bersama-sama menjayakan Program FoodBank Malaysia.
         

Friday, August 2, 2019

Selamat Datang Bulan Zulhijah 1440H

Masa yang berlalu terasa pantas ,kini menjelma bulan ke-12 tahun hijrah iaitu bulan Zulhijah.Pada tahun ini bulan Zulhijah tiba pada masa menjelangnya cuti pertengahan penggal dua persekolahan.
   
     Oleh itu amatlah wajar murid-murid tahun 6 khususnya mengambil ruang waktu cuti ini untuk menghayati kemuliaan bulan Zulhijah dan mengulang kaji pelajaran.

     Sekiranya ada sekolah yang mengadakan kelas tambahan,para ibu bapa wajar membuat keputusan yang sewajarnya,malah pihak sekolah juga molek untuk berbincang dengan pihak ibu  bapa dan mengambil keputusan yang paling ideal.

      Sesungguhnya bulan Zulhijah ini membawa kisah teladan   pengorbanan Nabi Ibrahim  alaihissalam dan Nabi Ismail alaihissalam.

       Justeru murid tahun 6,ibu bapa dan pihak sekolah wajar mengambil pedoman akan kisah pengorbanan itu.

       Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha,masa cuti itu harus digunakan dengan sewajarnya.



*Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha-Maat dipinta.

     

Saturday, July 27, 2019

Selepas Peperiksaan Percubaan Upsr 2019,apakah yang patut dilakukan?

Pada minggu ini  atau minggu hadapan ,sudah pasti murid-murid Tahun  6,telah mengetahui pencapaian masing-masing dalam peperiksaan Percubaan Upsr 2019.
           
          Sehubungan dengan itu,setiap calon wajarlah melihat akan kekuatan yang ada pada diri mereka sewaktu menghadapi peperiksaan Percubaan Upsr tempoh hari.Yang lemah pula perlu dibaiki.

          Lantaran itu calon-calon Upsr wajar menguasai kemahiran menjawab soalan.Menguasai teknik menjawab sesuatu soalan boleh membantu untuk mencapatkan keputusan  yang  lebih baik dalam Upsr 2019.

          Teknik menjawab soalan itni mencakupi kebolehan  berfikir aras tinggi(kritis dan kreatif),termasuk mempunyai emosi yang stabil dan tahap motivasi yang tinggi.

           Di samping itu calon-calon Upsr hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang tinggi agar cergas sewaktu menjawab soalan.Menghadiri bengkel  Teknik Menjawab Soalan yang diadakan oleh pelbagai pihak juga  membantu kesediaan murid Tahun6 untuk menghadapi Upsr 2019.

            Akhirnya semua murid tahun enam berhak untuk mendapat keputusan yang mereka idam-idamkan.

Wednesday, July 10, 2019

Apakah yang Anak Anda dapat di sekolah?


Apakah yang anak anda dapat di sekolah?Bermula dari prasekolah hingga ke tahun 6,apakah yang anak anda pelajari dan perolehi?

         Apakah reaksi yang akan berlaku apabila anak anda belajar pula di sekolah menengah?
Atau sebagai ibu bapa anda tidak tahu apa yang anak anda dapat sewaktu berada di sekolah?

         Yang mana satu pilihan anda sebagai ibu bapa,mahu anak anda memperoleh Tahap Penguasaan 1 atau Tahap Penguasaan 6?
          Atau anda lebih gembira jika anak anda berdaya fikir,atau mahu anak anda mempunyai nilai murni yang tinggi?

          Apakah yang anak anda dapat di sekolah,hanya anak anda yang tahu?

Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4

 Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan. Selamat belajar...