Saturday, May 31, 2025

Bicara yang Terbaik.


 Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur.Bicara dan wacana tersebut amat bermakna dalam melihat kejituan pendidikan di negara ini dalam menempuh 30 tahun atau 50 tahun akan datang.

      Pendidikan masa kini seolah-olah tersepit antara mahu melihat Holistik atau melihat Kecemerlangan A+.Bahkan anak-anak di desa masih tercari-cari komputer riba ,tetiba AI menerpa.

      Oleh itu tepat sekali,pemikir Melayu Muda wajar bangkit dan membawa angin perubahan dalam membantu pendidikan generasi mendatang.Selamat berbicara tentang pendidikan.

Syabas.

Saturday, May 17, 2025

Siapakah yang Wajar Menjadi Pemacu Reformasi Pendidikan ?

ABCD...123....

Noli nama murid itu.Bersekolah di situ.Begitu juga dengan rakan-rakannya.Di sekolah Noli ada komputer,ada makmal komputer,

    Cikgunya mengajar Noli dan rakan sekelasnya yang 40 orang itu,kadang-kadang komputer digunakan  berkongsi bersama.

     Apabila pulang ke rumah,Noli menonton televisyen,Noli tidak mempunyai komputer,abang dan kakak dan ibu ayahnya ada telefon  bimbit.Noli tidak ada.Kekadang Noli melihat sahaja keluarganya dengan telefon  bimbit masing-masing.

     Noli mahu membuat  tugsan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu.Noli tidak  dapat melayari  pelantar DELIMa.Sejak Noli di Tahun 1 begitulah nasibnya.Esok Noli sudah  pasti , guru sejarahnya akan bertanya mengapa tidak membuat latihan sejarah.

 

Tuesday, April 29, 2025

Saturday, April 19, 2025

Anak Siapa Itu Anak Siapa-Siapa


 Anak siapa itu

itu anak siapa-siapa

dia belajar di  sebuah sekolah

rakan kelasnya ada tiga puluh sembilan   orang

rumahnya di bandar

gurunya kata dia dapat TP 2

kawannya dapat TP6.


Anak siapa itu anak siapa-siapa

kakak dan abang serta ibu bapa anak itu ada telefon bimbit

anak siapa itu ada juga

sejak kecil dia sudah arif  butang-butang di telefon bimbit hadiah bapa saudara.



Cikgu anak siapa itu

itu anak siapa-siapa

berkata sekarang ini kamu boleh belajar menggunakan YouTube

di rumah dia terdengar kakaknya melayari AI

di kelas meronta jiwanya membaca huruf-huruf di halaman buku 

di rumah setiap malam dia gembira dengan permainan dalam talian

ibunya menonton televisyen

ayahnya masih bekerja

anak siapa itu anak siapa-siapa.

Monday, April 14, 2025

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

 14April 2025-Isnin,berita menyedihkan,Tun Abdullah Ahmad Badawi PM ke-5 telah meninggal dunia.

      Dalam GPMS Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi mesra dengan panggilan Pak Lah.Didoakan Allahyarham Pak Lah berada dalam rahmat-Nya.

Al-Fatihah.



Belayar perahu di malam hari,

Angin bertiup  langit  mendung ,

Jasa Pak Lah tetap abadi,

Dalam hati  kekal dikenang.



Saturday, April 12, 2025

Pastikan Anak Anda Mengisi Rekod Bacaan.


Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa tuntutlah ilmu dari ayunan sampai ke liang lahad.

                 Ibu bapa wajar memantau dan membimbing anak-anak mereka dalam mengisi pelaporan bacaan .Laporan itu boleh diisi melalui  paparan AINS NILAM KPM yang terdapat di pelantar DELIMa
KPM.Pihak sekolah telah memberikan e-mel dan kata laluan untuk melayari halaman tersebut.

                  Oleh itu ibu bapa wajar memberikan sokongan kepada paparan AINS NILAM ini.Terutamanya ibu bapa yang tinggal di luar bandar dan pinggir bandar.Ingatlah membaca itu kunci ilmu pengetahuan bak kata peribahasa Yang hampa biar terbang ,yang bernas biar tinggal.


Selamat membaca.Gunakanlah AINS NILAM dengan aktif.


 

Wednesday, April 2, 2025

Salam Aidilfitri.


Didoakan ketibaan Syawal ini membawa kesejahteraaan kepada anda semua.Salam dan maaf dipinta.
Doakan juga Palestin pasti Merdeka.

 

Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4

 Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan. Selamat belajar...