Saturday, June 29, 2024

Murid Tahun Satu Tidak Boleh Membaca?

👉 Mengapakah terdapat segelintir murid tahun 1 yang belajar di sekolah,tidak boleh membaca,mengenal abjad dan nombor?

👉Bagaimanakah suasana murid tersebut ketika berada di rumah bersama ibu bapa dan keluarganya,

adakah nurid itu dipupuk untuk membaca atau dibiarkan dalam dunianya sendiri.Akhirnya  murid tahun 1 itu gagal untuk mengenal abjad dan angka?


👉Apakah faktor yang menyebabkan murid tahun 1 itu tidak boleh mengenal abdjad A,B,C ...,dan tidak boleh mengenal 1,2,3 ...

👉Kesimpulannya ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka yang berada di Tahunn 1 menguasai kemahiran membaca dan mengira.Murid tahun 1 itu mesti diberikan didikan suka membaca dan belajar.Bukannya membiarkan murid tahun 1 itu,membuang masa ketika berada di rumah.

Saturday, June 8, 2024

Lepasan SPM Wajar Sertai TVET


 👉Lepasan SPM wajar menyertai TVET.Pihak kerajaan memberi ruang yang luas kepada lepasan SPM untuk belajar dan menyertai bidang TVET.

👉Pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) boleh membantu para lepasan SPM dalam mengetahui lebih lanjut  tentang TVET.Maklumat yang berkesan dapat meningkatkan minat mereka untuk menyertai TVET.

👉Peluang dan ruang telah pun ada,terserahlah kepada lepasan SPM untuk memilihnya.

Tuesday, May 28, 2024

Setelah Keputusan SPM 2023 Diumumkan.

 



Keputusan SPM 2023 telah pun diketahui.Kini terserahlah kepada pelajar itu untuk memilih langkah-langkah  yang seterusnya.

        Pilihan  sama ada menyambung belajar di peringkat seterusnya atau bekerja,itu semua pilihan pelajar SPM itu sendiri.Mereka wajar membuat keputusan yang bijak.

         Mereka wajar memilih jalan-jalan yang sesuai dengan diri mereka,atau pilihan jalan-jalan yang dibuat setelah berbincang dengan rakan-rakan sebaya,keluarga atau dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

          Masa akan berlalu dengan pantas dalam menuju era  Kecerdasaan Buatan(AI)..

Selamat membuat pilihan.

Saturday, May 18, 2024

Cara Belajar Anak Anda ?


 Kini terdapat sebahagian murid-murid tidak menguasai cara belajar.Hal  ini berpunca atas kelesuan  keupayaan mereka dalam cara  belajar.Murid-murid itu malas untuk menghafal sifir dan formula matematik.

        Murid-murid itu mungkin ada kemudahan gajet di rumah,namun mereka culas menggunakan gajet itu untuk belajar dan  memahami pelajaran.

         Murid -murid yang malas membaca adalah faktor utama motivasi belajar mereka lemah,lesu dan longlai.

     Rumusannya tabiat belajar yang lemah,lesu  dan longlai di sekolah rendah akan memungkinkan murid-murid ini akan terus menerus gagal ketika di sekolah menengah .

Sunday, May 12, 2024

SELAMAT MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2023


 Didoakan calon-calon SPM 2023 dalam situasi yang sejahtera.Menjelang keluarnya keputusan SPM 2023,memanglah akan timbul pelbagai rasa.Selamat mengambil keputusan SPM 2023.

Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4

 Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan. Selamat belajar...