Tuesday, February 20, 2024

Ibu bapa Perlu Pastikan Waktu Belajar pada Waktu Cuti Sekolah


Penguasaan murid-murid  dalam setiap mata pelajaran bergantung kepada cara belajar murid itu sendiri.Oleh itu amat beruntung  murid-murid yang mempunyai jadual waktu belajar ketika cuti sekolah.

    Ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka mempunyai jadual belajar ketika cuti sekolah.Masa ulang kaji boleh sama ada tiga puluh minit atau enam puluh minit.

    Kini,murid-murid boleh belajar melalui capaian TikTok,YouTube,buku aktiviti atau merujuk  latihan dalam paparan Internet.

Monday, February 19, 2024

Ulang kaji Waktu Cuti.


Mengisi waktu cuti dengan mengulang kaji pelajaran mampu memudahkan anak anda untuk bersedia memasuki sesi persekolahan akan datang.Pastikan anak-anak mengulang kaji walaupun sebentar sahaja.
 

Friday, February 9, 2024

Manfaatkan Waktu Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024

👉 Kini setiap murid berasa gembira kerana waktu percutian persekolahan sesi 2023/2024 telah pun bermula.Namun dalam mengisi percutian itu setiap murid wajar dapat memanfaatkannya dengan aktiviti yang berfaedah.

👉Wajar diingatkan bahawa murid-murid semestinya membaca buku dan mengulang kaji pelajaran,agar menjelang sesi persekolahan 2024/2025 murid-murid akan dapat mengikuti pelajaran dengan baik.


👉Aktiviti membaca itu paling penting,murid-murid boleh membaca surat khabar,buku cerita,buku teks dan membaca menggunakan media maya.Bahkan kepada yang mampu boleh mengikuti kelas-kelas secara dalam talian.


👉Akhirnya didoakan agar setiap murid dapat memanfaatkan waktu cuti dengan baik,sama ada balik  ke kampung,melancong atau melakukan aktiviti sukan .

Monday, January 1, 2024

Selamat Datang Tahun 2024/1445H

 

Selamat datang tahun 2024,didoakan Malaysia aman ,makmur dan sejahtera.

Didoakan agar Palestin mendapat haknya.

Thursday, December 28, 2023

Menjelang 2024


 👉Tahun 2024 kian hampir tiba,dan tahun 2023 akan melangkah pergi.Namun kepada murid-murid sekolah terutamanya murid Tahun 6,usaha mereka pada tahun 2023 akan dituai pada tahun2024.

👉Ibu bapa dan penjaga pasti telah menyedari  anak-anak mereka akan menempuhi Ujian Akhir Sesi Akademik.Oleh itu sewajarnya mereka dapat membantu anak-anak mereka dalam bersedia menempuhi ujian tersebut.

👉Kesimpulannya keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik dapat membantu murid itu menilai akan pencapaian mereka dalam setiap mata pelajaran yang telah dipelajari.Mereka tidak perlu membanding-bandingkan keputusan itu,kerana keputusan itu untuk membolehkan mereka bertindak dalam menempuhi alam persekolahan untuk sesi 2024/2025.

Monday, December 18, 2023

Cuti Sekolah dan UASA.

👉 Kini murid-murid menikmati waktu cuti sekolah yang membolehkan mereka berehat,santai minda dan melancong.

👉Pun begitu mereka wajar menggunakan masa cuti ini untuk mengulang kaji pelajaran dalam berhadapan dengan UASA.Sama ada ujian ini penting atau tidak,ianya menjadi pengukur kepada pencapaian dan penguasaan mereka dalam menempuhi pembelajaran sesi 2023-2024.

👉Semua ini terletak di bahu murid-murid itu,di samping perhatian pihak ibu bapa.Jika mereka culas,sudah tentu prestasi mereka dalam UASA tidak memuaskan hati mereka.

👉Kesimpulannya manfaatkanlah cuti sekolah ini dengan bijak.

Tuesday, December 5, 2023

Tujuan Anak Anda ke Sekolah?


 Sesiapa pun tidak pasti,bagaimanakah perasaan ibu  bapa apabila menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah.Setiap pagi ibu bapa menghantar anak ke sekolah,waktu balik,menunggu untuk dibawa pulang.


    Namun,adakah anak-anak itu tahu mengapa mereka ke sekolah?Siapa yang wajar memberitahu kepada anak-anak itu,mengapa mereka belajar di sekolah.

    Bilakah waktu yang sesuai anak-anak itu memahami akan mengapa mereka ke sekolah.Lantaran itu,ibu bapa wajar bertanya kepada anak-anak mereka,mengapakah kamu belajar di sekolah?

     Tunggulah respons mereka.

Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4

 Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan. Selamat belajar...