Friday, November 10, 2023

Murid Tahun Satu dan Prasekolah Tidak Boleh Membaca?

 

Apabila murid lepasan Tahun 6 tidak menguasai kemahiran membaca,mengira dan menulis,sudah pasti timbul pelbagai persoalan.Namun bagaimana jika murid Tahun Satu dan prasekolah tidak menguasai kemahiran membaca?

          Lantaran itu wajarkah kegagalan murid Tahun Satu dan prasekolah yang gagal menguasai kemahiran membaca ini diberikan tumpuan utama oleh  pihak sekolah.Tindakan susulan perlu diberikan kepada murid-murid itu,sebelum mereka melangkah belajar di Tahun 1 dan memasuki Tahun 2.

           Bahkan,peranan ibu bapa hendalah seiring dengan pihak sekolah dalam membantu penguasaan murid-murid itu untuk menugasai kemahiran membaca.

            Oleh itu,kegagalan murid - murid Tahun 1 dan prasekolah menguasai kemahiran membaca ini memerlukan  komitmen yang erat dan padu antara ibu bapa dan pihak sekolah.Usah biarkan murid-murid ini terkapai-kapai dalam menempuh dunia persekolahan.Mereka perlu dibantu agar boleh menguasai kemahiran membaca.

Sunday, November 5, 2023

UPSR Tidak Perlu dikembalikan.

👉 Situasi kini tidak mewajarkan UPSR dibawa kembali dalam pendidikan di sekolah rendah.UPSR lebih mengutamakan peperiksaan dan bukan nilai insaniah.Murid-murid yang mencapai banyak 'A" akan disanjung manakala yang tidak mendapat 'A" akan menerima kesan emosi yang negatif.


👉Oleh itu pendidikan secara holistik yang terangkum dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih tuntas dalam membentuk karakter dan nilai insaniah.

👉Ibu bapa wajar lebih memahami akan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Berbincanglah dengan pihak sekolah untuk lebih memahami akan hal tersebut.


👉 Akhirnya,apabila melangkah masuk ke dunia sekolah menengah ,murid-murid itu akan dididik pula dalam pendidikan yang lebih kompleks,bahkan murid-murid itu boleh didedahkan untuk bersedia berhadapan dengan peperiksaan SPM.


Friday, October 27, 2023

Bersatulah Umat Islam demi Palestin.

"Bersatulah Umat Islam demi Palestin,ayuh Malaysia berdoalah agar Umat Islam bersatu demi Palestin".



 

Saturday, October 21, 2023

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

 

Adakah pihak ibu bapa memahami akan SEGAK sebagai satu ujian kecergasan yang dilalui oleh anak-anak mereka bermula pada Tahun 4 hingga ke Tingkatan 5.

     Justeru adakah ibu bapa prihatin akan keputusan SEGAK anak-anak mereka,atau ibu bapa memang terlepas pandang akan hal ini.

     Oleh itu,ibu bapa wajar mengambl berat akan SEGAK ini.Lebih-lebih lagi jika anak mereka itu obesiti.

Amat wajar ,ibu bapa menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui tahap kecergasan dan jisim berat  badan anak masing-masing.

Saturday, October 14, 2023

Pentaksiran Psikometrik?

👉Pentaksiran Psikometrik?Adakah ibu bapa memahami akan kepentingan pentaksiran psikometrik itu dan tujuan pentaksiran tersebut.

👉👉Sejauh manakah pihak sekolah menggunakan pentaksiran psikometrik ini dalam membina porensi murid-murid?

👉👉👉Justeru sudah sewajarnya pentaksiran psikometrik ini digunakan sebagai alat untuk membina potensi murid - murid.



 

Saturday, October 7, 2023

Pastikan Anak-anak Anda Menguasai Mata Pelajaran ini.


 👉Sejak di bangku sekolah rendah,kedua-dua ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka

berusaha gigih dalam menguasai mata pelajaran tersebut.

👉Penguasaan asas mata pelajaran itu amat  penting,agar mereka lebih bersedia untuk belajar di sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi.

👉👉👉Begitu juga,setiap ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.


*Kejayaan tidak datang bergolek.

Sunday, October 1, 2023

Sejenak di Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Manjung 2023

 

Pengurusan Minda Sihat dan keupayaan membezakan antara kerjaya dan kerja,
merupakan elemn penting pada masa ini.

-Info yang penting,dalam menghayati akan konsep Pendidikan khas di Sekolah Khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.


Antara Pempamer yang bertugas di ruang pameran Reka BentukGrafik Digital,
di sekolah   manakah murid-murid ini belajar?

Antara pempamer yang bertugas di sudut Bimbingan Kerjaya dan Konsultasi,
Terima kasih kepada penerangan yang diberikan,di sini saya dapat banyak maklumat mengenai 
apa itu kerja,apa itu kerjaya,cabaran lepasan SPM dalam kalis masa dalam kerjaya akan datang.

Rajah ini memaparkan  peringkat-peringkat  yang perlu  dilalui oleh  murid-murid yang
dipilih mengikut Program Pemulihan Khas.Bagaimanakah  situasi kelas pemulihan khas ketika ini?
   Du sudut ini saya menerima beberapa info tentang program pemulihan khas.Terima kasih kepada pempamer yang bertugas .


Syabas dan tahniah kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Manjung dan para pempamer..Banyak info dan input yang blogger peroleh.

Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4

 Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan. Selamat belajar...