Saturday, July 29, 2023

Mampukah Anak Anda Menulis Karangan?

Teliti bahan grafik di atas.Tulis  sebuah karangan dalam bentuk  karangan berformat atau  karangan tidak berformat.Panjang karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

👉Adakah anak  anda mampu menulis sebuah karangan berdasarkan tajuk tersebut.
👉👉Adakah anak anda akan membaca soalan itu dengan teliti ?



 

Friday, July 7, 2023

Adakah Anak Anda yang Belajar di Tahap Dua,Boleh Mengajukan Soalan?


 👉Adakah anak anda yang belajar di Tahap 2,mampu mengajukan soalan?Adakah mereka mampu membina soalan berdasarkan petikan yang mereka baca?Lihat contoh di atas,adakah anak anda mampu membina soalan dan mengajukan soalan itu kepada anda,berdasarkan petikan yang dibaca.

👉👉Perhatikan sama ada soalan anak anda itu mencakupi soalan aras KBAT.

👉👉👉Anda perlu memastikan anak anda mampu membina soalan dan mengajukan soalan itu,berdasar bahan bacaan yang dibaca.

Friday, June 16, 2023

Adakah Anak Anda Memahami Maklumat Tersurat dan Tersirat.

 Ibu bapa pasti berasakan bahawa  anak-anak mereka mengetahui akan apa itu maklumat tersurat dan tersirat.Kebiasaannya murid-murid yang belajar di Tahap Dua,pasti wajar telah memahami apa itu maklumat tersurat dan tersirat.



👉Perhatikan petikan berikut.

      Encik Abu pergi bercuti ke Pulau Pinang selama tiga hari.Dia memberitahu Pak Mat jiran rapatnya bahawa dia berada di Pulau Pinang selama tiga hari.(Secara mudahnya setiap maklumat yang terdapat dalam petikan itu ialah maklumat tersurat)

Siapa yang pergi bercuti?  Encik Abu  atau Pak Mat.(dalam petikan menyatakan Encik Abu pergi bercuti)

Di manakah Encik Ali pergi bercuti?(Pulau Pinang-dalam petikan dinyatakan Pulau Pinang tempat bercuti)


👉👉Perhatikan soalan berikut.

Mengapakah Encik Abu memberitahu Pak Mat yang beliau akan bercuti ke Pulau Pinang selama tiga hari?(jawapan bagi soalan ini tidak terdapat di dalam petikan,oleh itu murid-murid perlu berfikir untuk  memberikan jawapannya.(tersirat-sebab apa Encik Abu memberitahu Pak Mat yang beliau  akan bercuti ke Pulau Pinang selama tiga hari.

1-sahaja suka-suka memberitahu jiran rapatnya

2.-Encik Abu berharap Pak Mat akan mengawasi keselamatan rumahnya supaya tidak dimasuki pencuri.

(ramai murid yang berasa sukar dalam menjawab soalan yang tersirat,oleh  itu ibu bapa wajar membantu anak-anak mereka menguasai kemahiran menjawab soalan yang berkaitan dengan maklumat yang tersirat)



-

Monday, May 29, 2023

Anda Mahu ke Mana Selepas Keputusan SPM 2022 diumumkan.



 ➤Setelah anda menerima keputusan SPM 2022 ,apakah yang anda akan lakukan?

⚽Adakah anda akan menemui  Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah anda untuk memilih
keputusan  yang anda akan pilih sama ada bekerja atau  belajar?

✋Anda akan berbincang dengan ibu bapa dan keluarga anda dalam membuat pilihan dan perancangan selepas SPM 2022?

💮Anda akan mengikuti jejak rakan sebaya anda?


       Akhirnya semua itu terletak di tangan anda,anda yang akan melalui setiap detik perjalanan itu setelah keputusan SPM anda ketahui.Namun eloklah anda berbincang dengan orang yang anda percayai dalam membantu anda membuat pilihan-pilihan yang anda fikirkan.


Selamat membuat pilihan.


Friday, May 12, 2023

Selamat Hari Guru 2023


 Biro Badan Bertindak GPMS Sitiawan mengucapkan selamat hari guru.Jasa dan bakti guru tetap terukir pada sepanjang masa.Terima kasih cikgu.

Wednesday, April 26, 2023

Adakah Anak Anda Suka Membaca?


Peranan ibu bapa amat penting dalam menyedari sama ada anak mereka yang belajar di Tahap 1,sudah boleh membaca .

        Kegagalan mendorong anak-anak membaca di rumah, akan menyukarkan proses membaca ketika berada di sekolah.Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka memahami perkara yang dibaca.

        Amatlah malang jika ada ibu bapa yang tidak mengambil berat akan penguasaan anak mereka dalam membaca.Sewajarnya mereka berbincang dengan guru dalam mengatasi masalah kesukaran anak mereka dalam menguasai kemahiran membaca.

Sunday, April 23, 2023

Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf dipinta.


                                                  Salam Syawal ,maaf dipinta.

Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4

 Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan. Selamat belajar...