Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Friday, January 1, 2021
Wednesday, December 30, 2020
Menjelang Sesi Persekolahan 2021.
Tahun 2020 telah menghampiri penghujungnya.Kini fajar tahun 2021 bakal menjelang tiba,ini bermakna sesi persekolahan tahun 2021 juga kian hampir.Diharapkan para ibu bapa dan murid-murid telah pun membuat persediaan yang sewajarnya.
Walaupun masih bercuti,diharapkan terus mengamalkan tabiat membaca dan mengulang kaji pelajaran.
![]() |
| Adakah anda telah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer untuk PdPR? |
![]() |
| Diharapkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama telah pun bersedia. |
![]() |
| Anda tahu apa itu MUET,dan mampu merujuk kamus? |
![]() |
| Bagaimanakah persiapan bagi murid yang bakal belajar di Tahun 1 dan prasekolah? |
![]() |
| Adakah anak anda menguasai tabiat belajar ? |
![]() |
| Bagaimanakah budaya membaca anak-anak anda? |
Diharapkan semua murid telah bersedia untuk belajar pada sesi persekolahan tahun 2021.
Monday, December 28, 2020
Semoga Arwah Noor Asmah Binti Abdul Aziz dalam Rahmat-Nya.
Jasa dan bakti Arwah Noor Asmah dalam Gpms sudah tentu tersemat di kalangan ahli Biro Badan Bertindak Gpms dan Gpms Sitiawan.Apatah lagi,di kalangan ahli BBBGPMS dari kawasan Pengkalan Baharu dan Pantai Remis.Arwah memang bergiat aktif dalam persatuan belia,lebih-lebih lagi ketika menetap di Kampung Sitiawan.
Foto kenangan ketika arwah di Tanah Tinggi Cameron.Antara catatan yang terdapat pada buku yang bertajuk
'Bayangan Sunyi yang Menyinar' tulisan Mohamad Nor Suhaili.
Semoga arwah Noor Asmah Binti Abdul Aziz dalam rahmat-Nya.
Monday, December 21, 2020
Gotong - Royong Menjelang Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Institut Gpms Perak 2020
Satu gotong-royong telah diadakan di Institut Gpms Perak,Beberapa ahli Gpms dan penggerak Gpms telah sempat hadir ke gotong-royong tersebut.Anggaran kasar kos gotong-royong tersebut ialah RM600.00 iaitu termasuk kos menebang dahan dan ranting pokok,mengangkat dahan dan ranting pokok,membersih lantai dewan makan institut dan mengangkat karpet surau.
Antara gambar yang sempat diklik.Terima kasih kepada yang sempat hadir.
Saturday, December 19, 2020
Foto Pilihan DI VBelia 2020
Wednesday, December 9, 2020
Perginya Sebutir Permata Biro Badan Bertindak Gpms Perak.
i
Pada jam 8.34 malam,bersamaan hari Rabu 9.12.2020,terpapar satu paparan di whatsApp , bahawa Tuan Haji Zainal Abidin Mohd Noor telah kembali ke rahmatullah.
ii
Mengimbau kenangan ketika berada di Institut Gpms Perak, ,antara detik yang diingati ialah Allahyarham Tuan Haji Zainal ,amat mengutamakan agar semua urus setia dan para peserta kursus untuk menunaikan solat secara berjemaah di surau,menasihati agar usah meninggalkan solat..
iii
.Sesungguhnya jasa dan sumbangan Allahyarham Tuan Haji Zainal Mohd Noor kepada Institut Gpms Perak dan Gpms Perak , tidak dapat dicoretkan dengan kata-kata.
-paparan ketika bersama dengan Pengerusi BBBGPMS Perak,
-paparan wajah sebahagian bangunan Institut Gpms Perak,di sinilah
Wednesday, December 2, 2020
Sepetang dengan GPMS SITIAWAN dalam Jelajah Gerakan Obor GPMS.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,namun
pelajar tingkatan lima yang bakal mengambil SPM wajar tabah,berusaha,berdoa dan
bertawakal dalam mencipta keputusan masing-masing dalam SPM .
Sehubungan itu
Gpms mengambil inisiatif memberi sokongan moral kepada pelajar SPM melalui
program Jelajah Gerakan Obor.Di daerah Manjung antara sekolah yang terpilih
ialah
1. SMK TOK PERDANA
2. SMK TLDM
3. SMK AHMAD BOESTAMAM
4. SMK BATU SEPULUH
5. SMK DATO' IDRIS
6. SMK CHANGKAT BERUAS
7. MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH
Selekoh Pak Ngah menjamu selera,
Jelajah Gerakan Obor GPMS mengisi agenda,
SPM menanti di pintu masa,
Doakan masing-masing mencipta cita-cita.
Usaha Tangga Jaya Murid Tahun 4
Berusaha,memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajar dapat membantu kamu mencipta kejayaan. Selamat belajar...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
Berselawatlah ke ataas Nabi Muhammad SAW..
























