Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Thursday, February 26, 2026
Kemahiran Asas Bermula dari Rumah.
Amatlah penting penguasaan asas kemahiran membaca,mengira dan menulis bermula dari rumah.Ibu bapa wajar memberikan pengalaman asas kepada anak-anak mereka dalam merasai dan mengalami proses membaca,mengira dan menulis.Kemahiran ini tidak perlu disampaikan secara formal.
Saturday, February 14, 2026
Wednesday, February 11, 2026
Perlukah Anak Anda Belajar di Pusat Tuisyen.
👉Perlukah anak anda belajar di kelas tambahan atau di pusat tuisyen?
Ibu bapa wajar memastikan bahawa keperluan itu dapat membantu anak mereka memahami akan mata pelajaran yang sukar bagi mereka.Pembelajaran di sekolah tidak cukup bagi anak itu untuk memahami akan sesuatu isi mata pelajaran,oleh itu belajar di pusat tuisyen dapat membantu anak itu menguasai akan isi mata pelajaran tersebut.
👉Amatlah penting anak itu belajar di pusat tuisyen yang kondusif,bilangan murid di kelas itu tidak ramai,bilangan murid antara lima hingga sepuluh orang sahaja.Amat merugikan jika menghantar anak i itu belajar di kelas tuisyen yang bilangan ramai.(20 orang ke atas)
👉Akhirnya,ibu bapa mestilah memastikan kelas tuisyen itu tidak membebankan anak mereka.
Saturday, January 31, 2026
Meneropong Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035
Anak-anak yang tinggal di pedalaman,desa ,kampung dan pinggir bandar wajar diberikan tumpuan dan bantuan agar mereka mendapat akses pendidikan yang adil dalam menuju hasrat Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.
Ibu bapa dan komuniti harus memahami akan hasrat murni RPM 2026-2035.Ayuh,bergerak bersama-sama dalam mencapai hasrat "Merapatkan Jurang,Meningkatkan Mutu,Meraih Kejayaan Bersama"
Friday, January 16, 2026
Usah Bicara Lagi tentang UPSR
Amatlah kurang wajar jika mahu dikembalikan semula UPSR.Zaman UPSR telah pun berlalu.Memanglah ibu bapa ada yang mengeluh akan kerisauan dalam menilai pencapaian anak-anak mereka di sekolah rendah.
Diharapkan pihak berwajib dapat mencari jalan yang paling jitu dalam menambah baik sistem penilaian bagi murid di sekolah rendah.Usahlah tergesa-gesa dalam membuat keputusan.Ingat emosi anak-anak murid di sekolah rendah wajar dijaga dan dipelihara.
Pihak ibu bapa dan masyarakat wajar memberi ruang yang secukupnya kepada pihak berwajib dalam menambah baik sistem yang ada.Usah disebut-sebut lagi UPSR.
Tuesday, January 6, 2026
Apa itu PISA dan TIMSS?
Kemahiran Asas Bermula dari Rumah.
Amatlah penting penguasaan asas kemahiran membaca,mengira dan menulis bermula dari rumah.Ibu bapa wajar memberikan pengalaman asas kepada a...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
-
Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur.Bicara dan wacana tersebut amat bermakna dalam melihat kejituan pendidikan di negara ini dalam me...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...




.jpeg)
