Sunday, February 23, 2025

Adakah Anak Anda Mengulang Kaji di Rumah?


 Kini sesi persekolahan 2025/2026 telah pun bermula.Setiap murid sudah mempunyai jadual waktu belajar di sekolah.

    Justeru itu adakah setiap murid mempunyai jadual waktu belajar di rumah?Setakat mana ibu bapa memastikan anak-anak mereka mempunyai waktu belajar di rumah?

    Sesungguhnya untuk mencipta pencapaian yang baik dalam pelajaran setiap murid mesti dilatih mempunyai waktu belajar di rumah.Jika tidak murid-murid akan ketinggalan jauh ke belakang.

     Oleh itu setiap murid wajar ingat,tugas mereka ialah untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang diajar di sekolah.

     Bahkan kini,ibu bapa sepatutnya sudah memastikan   anak-anak mereka mesra dan menguasai asas  penggunaan teknologi digital secara berperingkat.Ibu bapa boleh berinteraksi dengan pihak sekolah dalam meneroka penguasaan asas digital anak-anak mereka.

    Kesimpulannya masa belajar di rumah amat penting dalam membantu murid-murid meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran yang diajar di sekolah.

Saturday, February 8, 2025

Bolehkah AI(artificial intelligence(kecerdasan buatan) Membantu Anak Anda Belajar?


 Kini AI kian menjadi buah mulut akan penggunaannya.Namun adakah AI ini boleh membantu anak anda dalam memahami pelajaran yang mereka belajar   di sekolah.

    Ibu bapa wajar membimbing anak-anak mereka akan tatacara menggunakan AI untuk memahami sesuatu kemahiran yang diajar di sekolah.

     Tanpa etika  yang betul sudah pasti anak-anak/murid-murid itu menjadi keliru  atau mereka menjadi peniru sahaja,kesannya  mereka tidak dapat menguasai kemahiran yang  patut mereka kuasai.

      Namun jika digunakan dengan betul sudah pasti  kecerdasan buatan ini dapat membantu anak-anak/murid-murid memahami dan menguasai   isi pelajaran yang mereka belajar di sekolah.

      Rumusannya dunia kini memberikan ruang terbuka kepada setiap anak /murid memahami isi pelajaran yang mereka belajar di sekolah.Mereka boleh mengulang kaji dengan menggunakan panduan di YouTube,TikTok ,belajar secara dalam talian atau kelas tambahan bersemuka.

Wednesday, February 5, 2025

Murid Tidur di Kelas?


 Sesi persekolahan 2025/2026 hampir tiba.Oleh itu amat wajar ibu bapa memastikan anak-anak mereka sudah bersedia untuk menimba ilmu di sekolah.

     Ibu bapa wajar menyusun dan memberikan nasihat yang baik agar anak-anak mereka dapat tenaga yang secukupnya ketika belajar di dalam kelas.

     Amatlah rugi jika terdapat anak murid yang tidur ketika  belajar di dalam kelas.

Kesimpulannya ibu bapa bertanggungjawan memastikan anak-anak mereka mendapat tidur yang secukupnya.

Bina Asas Suka Membaca di Rumah.

Selamat berpuasa.Pada  bulan Ramadan yang mulia ini,sudah pasti ibu bapa boleh bersama-sama anak-anak mereka  membaca al-Quran.Oleh itu tabi...