Monday, January 27, 2025

Membaca dan Cara Menjawab Soalan Pemahaman.


Membaca menambah ilmu,oleh itu kamu wajar memanfaatkan masa cuti ini denga membaca.  Membaca juga memerlukan kamu memahami maklumat yang terdapat dalam bahan yang kamu baca.
    Rujuk YouTube  tersebut agar  dapat membantu kamu cara-cara memahami maklumat yang kamu baca dan menjawab soalan pemahaman.

 

Monday, January 20, 2025

Cara Menulis Pendahuluan Karangan.




Terdapat ramai murid yang tidak mahir menulis pendahuluan karangan,di sini dipaparkan beberapa cara untuk menulis pendahuluan katangan.  Murid-murid boleh merujuk Youtube untuk  medapatkan maklumat lanjut.

   Cuba tulis pendahuluan karangan bagi soalan berikut.

   Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Kepentingan Membaca Buku.

Friday, January 10, 2025

Gunakan Buku Teks untuk Menyemai Tabiat Membaca.

 


Kebiasaannya murid-murid yang bakal memasuki sesi persekolahan 2025/2026  telah pun mendapat buku teks.Agihan buku teks diberikan oleh pihak sekolah sebelum bermulanya sesi persekolahan 2025/2026.

     Oleh itu  murid-murid hendaklah memanfaatkan buku teks tersebut dengan menggunakannya sama ada untuk mengisi masa lapang,menjadikan membaca  buku teks sebagai aktiviti ketika  cuti sekolah dan menggunakannya sebagai asas dalam memahami topik baharu .

     Lantaran itu murid-murid juga boleh menggunakan buku teks dengan merujuk YouTube.

Contohnya:

Jika mahu belajar menggunakan buku teks Bahasa Melayu Tahun 5,langkah-langkahnya ialah

1-buka buku teks tersebut dan rujuk tajuk nya.

-Unit 1-Masyarakat Penyayang,kemudian lihat  Rakan Taman.selepas itu

buka YouTube dengan mencari BM Tahun 5 Rakan Taman.


      Selain  itu,murid-murid juga boleh melancarkan bacaan dengan membaca kuat menggunakan buku teks tersebut.

       Kesimpulannya buku teks boleh dimanfaatkan ketika cuti persekolahan.

Bina Asas Suka Membaca di Rumah.

Selamat berpuasa.Pada  bulan Ramadan yang mulia ini,sudah pasti ibu bapa boleh bersama-sama anak-anak mereka  membaca al-Quran.Oleh itu tabi...