Tuesday, May 28, 2024

Setelah Keputusan SPM 2023 Diumumkan.

 



Keputusan SPM 2023 telah pun diketahui.Kini terserahlah kepada pelajar itu untuk memilih langkah-langkah  yang seterusnya.

        Pilihan  sama ada menyambung belajar di peringkat seterusnya atau bekerja,itu semua pilihan pelajar SPM itu sendiri.Mereka wajar membuat keputusan yang bijak.

         Mereka wajar memilih jalan-jalan yang sesuai dengan diri mereka,atau pilihan jalan-jalan yang dibuat setelah berbincang dengan rakan-rakan sebaya,keluarga atau dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

          Masa akan berlalu dengan pantas dalam menuju era  Kecerdasaan Buatan(AI)..

Selamat membuat pilihan.

Saturday, May 18, 2024

Cara Belajar Anak Anda ?


 Kini terdapat sebahagian murid-murid tidak menguasai cara belajar.Hal  ini berpunca atas kelesuan  keupayaan mereka dalam cara  belajar.Murid-murid itu malas untuk menghafal sifir dan formula matematik.

        Murid-murid itu mungkin ada kemudahan gajet di rumah,namun mereka culas menggunakan gajet itu untuk belajar dan  memahami pelajaran.

         Murid -murid yang malas membaca adalah faktor utama motivasi belajar mereka lemah,lesu dan longlai.

     Rumusannya tabiat belajar yang lemah,lesu  dan longlai di sekolah rendah akan memungkinkan murid-murid ini akan terus menerus gagal ketika di sekolah menengah .

Sunday, May 12, 2024

SELAMAT MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2023


 Didoakan calon-calon SPM 2023 dalam situasi yang sejahtera.Menjelang keluarnya keputusan SPM 2023,memanglah akan timbul pelbagai rasa.Selamat mengambil keputusan SPM 2023.

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...