Saturday, November 16, 2024

Ketemu lagi UASA 2024/2025


 

Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025?

JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata pelajaran.

       Kepada ibu bapa,tiuokan semangat  motivasi kepada anak anda untuk berhadapan dengan Ujian Akhir Sesiu Akademik 2024/2025.

Monday, November 4, 2024

Kes Buli Tidak Berkesudahan.


 

Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula berdasarkan situasi setempat.Pakar psikologi dan kaunseling tentu hadam akan mengapakah seterika ini menjadi objek ancaman kepada mangsa buli dan mengapa pula pembuli gemar menggunakan objek seterika itu?

Friday, November 1, 2024

Mencuba Kecerdasan Buatan.(AI)


Kecerdasan Buatan itu mengolah perkataan kepada gambar di atas.Murid-murid boleh mencubanya.

Ibu bapa boleh membimbing anak masing-masing agar mesra AI.
 

Friday, October 4, 2024

Adakah Anak Anda Telah Bersedia Menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025


 👉Murid-murid yang mempunyai gaya dan motivasi belajar yang rendah pasti akan mendapat keputusan UASA yang kurang memuaskan hati ibu bapa.

👉Pun begitu ibu bapa tidak perlu memberikan tekanan kepada anak-anak mereka untuk mencapai keputusan semua gred A.

👉Ibu bapa wajar memberikan mereka dorongan agar mereka berusaha gigih dan belajar dengan tekun agar dapat mencapai keputusan yang lebih baik berbanding keputusan UASA semester lalu.


Selamat bersedia menghadap UASA 2024/2025

Tuesday, September 17, 2024

Dorongan Ibu Bapa itu Penting.


 Ibu bapa berperanan utama dalam memberikan dorongan kepada anak-anak mereka sejak di Tahun 1 lagi.Hari pertama memasuki alam Tahun 1,ibu bapa sewajarnya sudah memberikan dorongan kepada anak-anak mereka dalam menimba ilmu.

    Begitu juga,ibu bapa semestinya membina situasi komunikasi yang baik dengan  pihak sekolah.Hal itu  dapat membantu menyuburkan dunia belajar anak-anak di sekolah.


   Selamat memasuki dunia Tahun 1  Sesi 2025/2026.

Sunday, September 8, 2024

Salam Maulidur Rasul 2024/1446H


 Selamat menyambut Maulidur Rasul 2024/1446H.Selamat  berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Friday, August 30, 2024

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke -67.




Ambillah tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 dalam membantu meningkatkan pencapaian  akademik  dan nilai-nilai amalan baik kepada murid-murid di bangku sekolah.

 

                      Antara kesimpulan yang boleh diambil pada saranan PMX    di Majlis Kunjungan 
                      Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam.

Tuesday, August 20, 2024

Motivasi Murid Tahap 1

 

👉ANAK ANDA PERLU BIMBINGAN ANDA UNTUK MINAT MEMBACA DAN BELAJAR.

👉BERIKAN MEREKA MOTIVASI.

👉ANAK ANDA TENTU GEMBIRA DENGAN MENDAPAT DORONGAN YANG POSITIF .

Saturday, August 10, 2024

Berikan Peluang Anak Anda Memohon Sekolah Khusus


 Ibu bapa kepada murid-murid tahun 6 wajar ,memberikan ruang kepada anak-anak mereka untuk memohon sekolah khusus.

        Hal ini akan memberikan mereka melihat akan kemampuan mereka dalam bersedia untuk memasuki dunia persekolahan di sekolah menengah.Bahkan dapat  mengetahui akan nama-nama sekolah khusus yang terdapat di negara ini.


        Syabas kepada yang telah membuat permohonan.

Thursday, July 25, 2024

Monday, July 15, 2024

Adakah Anak Anda Menggunakan Id DELIMA?


 👉Adakah anak anda menggunakan id Delima atau anda tidak pasti mengenai hal ini?

👉👉Adakah sebagai ibu bapa ,anda pernah bertanya kepada pihak sekolah akan hal ini?

👉👉👉Atau di rumah anda memang tiada peralatan untuk mengakses Internet?

Saturday, July 6, 2024

Program Literasi Ilmu di Perpustakaan Awam Seri Iskandar 2024


                                       Pameran robotik,pelajar lepasan  SPM wajar menghubungi pihak IKBN Seri Iskandar untuk maklumat  lanjut berkaitan dengan kursus yang ditawarkan.
    Syabas atas daya usaha pihak penganjur mengadakan program literasi ilmu .Program ini memberi ruang kepada para pelajar sekolah dalam memahami  asas AI dan peluang belajar di beberapa pusat pengajian yang terdapat di sekitar bandar Seri Iskandar.Di mana ada kemahuan di situ ada usaha jaya.

Saturday, June 29, 2024

Murid Tahun Satu Tidak Boleh Membaca?

👉 Mengapakah terdapat segelintir murid tahun 1 yang belajar di sekolah,tidak boleh membaca,mengenal abjad dan nombor?

👉Bagaimanakah suasana murid tersebut ketika berada di rumah bersama ibu bapa dan keluarganya,

adakah nurid itu dipupuk untuk membaca atau dibiarkan dalam dunianya sendiri.Akhirnya  murid tahun 1 itu gagal untuk mengenal abjad dan angka?


👉Apakah faktor yang menyebabkan murid tahun 1 itu tidak boleh mengenal abdjad A,B,C ...,dan tidak boleh mengenal 1,2,3 ...

👉Kesimpulannya ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka yang berada di Tahunn 1 menguasai kemahiran membaca dan mengira.Murid tahun 1 itu mesti diberikan didikan suka membaca dan belajar.Bukannya membiarkan murid tahun 1 itu,membuang masa ketika berada di rumah.

Saturday, June 8, 2024

Lepasan SPM Wajar Sertai TVET


 👉Lepasan SPM wajar menyertai TVET.Pihak kerajaan memberi ruang yang luas kepada lepasan SPM untuk belajar dan menyertai bidang TVET.

👉Pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) boleh membantu para lepasan SPM dalam mengetahui lebih lanjut  tentang TVET.Maklumat yang berkesan dapat meningkatkan minat mereka untuk menyertai TVET.

👉Peluang dan ruang telah pun ada,terserahlah kepada lepasan SPM untuk memilihnya.

Tuesday, May 28, 2024

Setelah Keputusan SPM 2023 Diumumkan.

 



Keputusan SPM 2023 telah pun diketahui.Kini terserahlah kepada pelajar itu untuk memilih langkah-langkah  yang seterusnya.

        Pilihan  sama ada menyambung belajar di peringkat seterusnya atau bekerja,itu semua pilihan pelajar SPM itu sendiri.Mereka wajar membuat keputusan yang bijak.

         Mereka wajar memilih jalan-jalan yang sesuai dengan diri mereka,atau pilihan jalan-jalan yang dibuat setelah berbincang dengan rakan-rakan sebaya,keluarga atau dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

          Masa akan berlalu dengan pantas dalam menuju era  Kecerdasaan Buatan(AI)..

Selamat membuat pilihan.

Saturday, May 18, 2024

Cara Belajar Anak Anda ?


 Kini terdapat sebahagian murid-murid tidak menguasai cara belajar.Hal  ini berpunca atas kelesuan  keupayaan mereka dalam cara  belajar.Murid-murid itu malas untuk menghafal sifir dan formula matematik.

        Murid-murid itu mungkin ada kemudahan gajet di rumah,namun mereka culas menggunakan gajet itu untuk belajar dan  memahami pelajaran.

         Murid -murid yang malas membaca adalah faktor utama motivasi belajar mereka lemah,lesu dan longlai.

     Rumusannya tabiat belajar yang lemah,lesu  dan longlai di sekolah rendah akan memungkinkan murid-murid ini akan terus menerus gagal ketika di sekolah menengah .

Sunday, May 12, 2024

SELAMAT MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2023


 Didoakan calon-calon SPM 2023 dalam situasi yang sejahtera.Menjelang keluarnya keputusan SPM 2023,memanglah akan timbul pelbagai rasa.Selamat mengambil keputusan SPM 2023.

Friday, April 19, 2024

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari.

👉Anak-anak yang gagal hadir ke sekolah mestilah membuktikan ketidakhadiran itu adalah disebabkan dengan alasan yang munasabah dan dikukuhkan dengan surat  atau sijil sakit dari pihak perubatan.

👉Kehadiran murid yang rendah,boleh menjadi punca kepada masalah pencapaian murid itu dalam pentaksiran.


Kesimpulannya usah ambil mudah dengan ketidakhadiran ke sekolah.

Sunday, April 7, 2024

Salam Aidilfitri 1445H

    Bunga delima bunga angsana,

    Bunga kenanga bunga raya,

    Aidilfitri kini menjelma,

    Maaf zahir batin dipinta jua.  

 


Selamat pulang ke kampung kepada  yang beraya di kampung.Pengalaman berhari raya di kampung boleh dijadikan idea dalam penulisan karangan.Sama ada dalam bentuk catatan,dialog,cerita dan fakta.




Maaf dipinta juga,

Daripada:bbbgpms.blogspot.com



Saturday, March 23, 2024

Murid Sekolah.

 Kini semua murid telah mengikuti sesi awal persekolahan.Berikut ialah  sikap yang telah anda lakukan pada awal sesi persekolahan.Perhatikan sikap yang berkaitan dengan diri anda.


👉Tidak membawa buku seperti yang tercatat dalam jadual waktu.

👉Tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

👉Tidak menumpukan perhatian ketika belajar.

👍Belajar dengan tekun dan aktif ;ketika belajar di dalam kelas.

Friday, March 8, 2024

Menjelang Ramadan Ini Doa untuk Palestin.


 Menjelang Ramadan 2024,

Doakan saudara-saudara di Palestin dalam rahmat-Nya,

Aku hanya insan lemah-hanya doa yang kutitipkan.


Palestin Tetap Menang.

Saturday, March 2, 2024

Thursday, February 29, 2024

Anda Tahu ini dan ANDA Kini Berada di Tahap Mana?


 Menjelang sesi akademik 2024/2025,anda perlu tahu ini.Kegigihan anda dan andalah yang akan  membuat pilihan itu.

   Selamat belajar dan menuntut ilmu.

Tuesday, February 20, 2024

Ibu bapa Perlu Pastikan Waktu Belajar pada Waktu Cuti Sekolah


Penguasaan murid-murid  dalam setiap mata pelajaran bergantung kepada cara belajar murid itu sendiri.Oleh itu amat beruntung  murid-murid yang mempunyai jadual waktu belajar ketika cuti sekolah.

    Ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka mempunyai jadual belajar ketika cuti sekolah.Masa ulang kaji boleh sama ada tiga puluh minit atau enam puluh minit.

    Kini,murid-murid boleh belajar melalui capaian TikTok,YouTube,buku aktiviti atau merujuk  latihan dalam paparan Internet.

Monday, February 19, 2024

Ulang kaji Waktu Cuti.


Mengisi waktu cuti dengan mengulang kaji pelajaran mampu memudahkan anak anda untuk bersedia memasuki sesi persekolahan akan datang.Pastikan anak-anak mengulang kaji walaupun sebentar sahaja.
 

Friday, February 9, 2024

Manfaatkan Waktu Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024

👉 Kini setiap murid berasa gembira kerana waktu percutian persekolahan sesi 2023/2024 telah pun bermula.Namun dalam mengisi percutian itu setiap murid wajar dapat memanfaatkannya dengan aktiviti yang berfaedah.

👉Wajar diingatkan bahawa murid-murid semestinya membaca buku dan mengulang kaji pelajaran,agar menjelang sesi persekolahan 2024/2025 murid-murid akan dapat mengikuti pelajaran dengan baik.


👉Aktiviti membaca itu paling penting,murid-murid boleh membaca surat khabar,buku cerita,buku teks dan membaca menggunakan media maya.Bahkan kepada yang mampu boleh mengikuti kelas-kelas secara dalam talian.


👉Akhirnya didoakan agar setiap murid dapat memanfaatkan waktu cuti dengan baik,sama ada balik  ke kampung,melancong atau melakukan aktiviti sukan .

Monday, January 1, 2024

Selamat Datang Tahun 2024/1445H

 

Selamat datang tahun 2024,didoakan Malaysia aman ,makmur dan sejahtera.

Didoakan agar Palestin mendapat haknya.

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...