Thursday, December 28, 2023

Menjelang 2024


 👉Tahun 2024 kian hampir tiba,dan tahun 2023 akan melangkah pergi.Namun kepada murid-murid sekolah terutamanya murid Tahun 6,usaha mereka pada tahun 2023 akan dituai pada tahun2024.

👉Ibu bapa dan penjaga pasti telah menyedari  anak-anak mereka akan menempuhi Ujian Akhir Sesi Akademik.Oleh itu sewajarnya mereka dapat membantu anak-anak mereka dalam bersedia menempuhi ujian tersebut.

👉Kesimpulannya keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik dapat membantu murid itu menilai akan pencapaian mereka dalam setiap mata pelajaran yang telah dipelajari.Mereka tidak perlu membanding-bandingkan keputusan itu,kerana keputusan itu untuk membolehkan mereka bertindak dalam menempuhi alam persekolahan untuk sesi 2024/2025.

Monday, December 18, 2023

Cuti Sekolah dan UASA.

👉 Kini murid-murid menikmati waktu cuti sekolah yang membolehkan mereka berehat,santai minda dan melancong.

👉Pun begitu mereka wajar menggunakan masa cuti ini untuk mengulang kaji pelajaran dalam berhadapan dengan UASA.Sama ada ujian ini penting atau tidak,ianya menjadi pengukur kepada pencapaian dan penguasaan mereka dalam menempuhi pembelajaran sesi 2023-2024.

👉Semua ini terletak di bahu murid-murid itu,di samping perhatian pihak ibu bapa.Jika mereka culas,sudah tentu prestasi mereka dalam UASA tidak memuaskan hati mereka.

👉Kesimpulannya manfaatkanlah cuti sekolah ini dengan bijak.

Tuesday, December 5, 2023

Tujuan Anak Anda ke Sekolah?


 Sesiapa pun tidak pasti,bagaimanakah perasaan ibu  bapa apabila menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah.Setiap pagi ibu bapa menghantar anak ke sekolah,waktu balik,menunggu untuk dibawa pulang.


    Namun,adakah anak-anak itu tahu mengapa mereka ke sekolah?Siapa yang wajar memberitahu kepada anak-anak itu,mengapa mereka belajar di sekolah.

    Bilakah waktu yang sesuai anak-anak itu memahami akan mengapa mereka ke sekolah.Lantaran itu,ibu bapa wajar bertanya kepada anak-anak mereka,mengapakah kamu belajar di sekolah?

     Tunggulah respons mereka.

Monday, November 27, 2023

Pokok Kelapa dan Pokok Betik Sumber Rezeki.

 



Pokok kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur sejenis  tumbuhan yang mudah didapati di kampung-kampung.Tanaman ini mudah hidup dan sesuai dengan suasana perkampungan.Begitulah juga dengan Pak Mat yang mempunyai kebun kelapa.

           Pak Mat akan menjual buah kepala muda pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 11:30 tengah hari hingga jam 6:00 petang.Di samping menghilangkan dahaga dan rasa air kelapa muda yang enak,air kelapa muda dapat memberikan kesan yang baik kepada kesihatan.

              Manakala buah kelapa tua pula diproses dijadikan santan ,.Jualan  santan ini dilakukan oleh anak Pak Mat yang bernama Hasan.Pasaran santan memang dapat mendatangkan keuntungan lebih-lebih lagi pada musim perayaan.




               Buah betik pula menjadi pilihan jiran Pak Mat iaitu Pak Abu,Pak Abu mempunyai ladang betik yang agak luas.Pasaran betik kian hari kian meningkat..

                    Di samping itu,betik mempunyai banyak faedah untuk kesihatan,antaranya melegakan keradangan,mengatasi masalah pencernaan dan dapat meningaktkan kesihatan jantung.
                                  

                                  Kebiasaannya Pak Abu akan menjual buah betiknya kepada pemborong-pemborong buah yang datang ke kebunnya.Harga buah betik yang stabil dapat mengimbangi keuntungan.Ini memberikan masa depan yang cerah kepada pekebun betik seperti Pak Abu.



Friday, November 10, 2023

Murid Tahun Satu dan Prasekolah Tidak Boleh Membaca?

 

Apabila murid lepasan Tahun 6 tidak menguasai kemahiran membaca,mengira dan menulis,sudah pasti timbul pelbagai persoalan.Namun bagaimana jika murid Tahun Satu dan prasekolah tidak menguasai kemahiran membaca?

          Lantaran itu wajarkah kegagalan murid Tahun Satu dan prasekolah yang gagal menguasai kemahiran membaca ini diberikan tumpuan utama oleh  pihak sekolah.Tindakan susulan perlu diberikan kepada murid-murid itu,sebelum mereka melangkah belajar di Tahun 1 dan memasuki Tahun 2.

           Bahkan,peranan ibu bapa hendalah seiring dengan pihak sekolah dalam membantu penguasaan murid-murid itu untuk menugasai kemahiran membaca.

            Oleh itu,kegagalan murid - murid Tahun 1 dan prasekolah menguasai kemahiran membaca ini memerlukan  komitmen yang erat dan padu antara ibu bapa dan pihak sekolah.Usah biarkan murid-murid ini terkapai-kapai dalam menempuh dunia persekolahan.Mereka perlu dibantu agar boleh menguasai kemahiran membaca.

Sunday, November 5, 2023

UPSR Tidak Perlu dikembalikan.

👉 Situasi kini tidak mewajarkan UPSR dibawa kembali dalam pendidikan di sekolah rendah.UPSR lebih mengutamakan peperiksaan dan bukan nilai insaniah.Murid-murid yang mencapai banyak 'A" akan disanjung manakala yang tidak mendapat 'A" akan menerima kesan emosi yang negatif.


👉Oleh itu pendidikan secara holistik yang terangkum dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih tuntas dalam membentuk karakter dan nilai insaniah.

👉Ibu bapa wajar lebih memahami akan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Berbincanglah dengan pihak sekolah untuk lebih memahami akan hal tersebut.


👉 Akhirnya,apabila melangkah masuk ke dunia sekolah menengah ,murid-murid itu akan dididik pula dalam pendidikan yang lebih kompleks,bahkan murid-murid itu boleh didedahkan untuk bersedia berhadapan dengan peperiksaan SPM.


Friday, October 27, 2023

Bersatulah Umat Islam demi Palestin.

"Bersatulah Umat Islam demi Palestin,ayuh Malaysia berdoalah agar Umat Islam bersatu demi Palestin".



 

Saturday, October 21, 2023

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

 

Adakah pihak ibu bapa memahami akan SEGAK sebagai satu ujian kecergasan yang dilalui oleh anak-anak mereka bermula pada Tahun 4 hingga ke Tingkatan 5.

     Justeru adakah ibu bapa prihatin akan keputusan SEGAK anak-anak mereka,atau ibu bapa memang terlepas pandang akan hal ini.

     Oleh itu,ibu bapa wajar mengambl berat akan SEGAK ini.Lebih-lebih lagi jika anak mereka itu obesiti.

Amat wajar ,ibu bapa menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui tahap kecergasan dan jisim berat  badan anak masing-masing.

Saturday, October 14, 2023

Pentaksiran Psikometrik?

👉Pentaksiran Psikometrik?Adakah ibu bapa memahami akan kepentingan pentaksiran psikometrik itu dan tujuan pentaksiran tersebut.

👉👉Sejauh manakah pihak sekolah menggunakan pentaksiran psikometrik ini dalam membina porensi murid-murid?

👉👉👉Justeru sudah sewajarnya pentaksiran psikometrik ini digunakan sebagai alat untuk membina potensi murid - murid.



 

Saturday, October 7, 2023

Pastikan Anak-anak Anda Menguasai Mata Pelajaran ini.


 👉Sejak di bangku sekolah rendah,kedua-dua ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka

berusaha gigih dalam menguasai mata pelajaran tersebut.

👉Penguasaan asas mata pelajaran itu amat  penting,agar mereka lebih bersedia untuk belajar di sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi.

👉👉👉Begitu juga,setiap ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.


*Kejayaan tidak datang bergolek.

Sunday, October 1, 2023

Sejenak di Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Manjung 2023

 

Pengurusan Minda Sihat dan keupayaan membezakan antara kerjaya dan kerja,
merupakan elemn penting pada masa ini.

-Info yang penting,dalam menghayati akan konsep Pendidikan khas di Sekolah Khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.


Antara Pempamer yang bertugas di ruang pameran Reka BentukGrafik Digital,
di sekolah   manakah murid-murid ini belajar?

Antara pempamer yang bertugas di sudut Bimbingan Kerjaya dan Konsultasi,
Terima kasih kepada penerangan yang diberikan,di sini saya dapat banyak maklumat mengenai 
apa itu kerja,apa itu kerjaya,cabaran lepasan SPM dalam kalis masa dalam kerjaya akan datang.

Rajah ini memaparkan  peringkat-peringkat  yang perlu  dilalui oleh  murid-murid yang
dipilih mengikut Program Pemulihan Khas.Bagaimanakah  situasi kelas pemulihan khas ketika ini?
   Du sudut ini saya menerima beberapa info tentang program pemulihan khas.Terima kasih kepada pempamer yang bertugas .


Syabas dan tahniah kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Manjung dan para pempamer..Banyak info dan input yang blogger peroleh.

Thursday, September 28, 2023

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H/2023


 👉 Berpeganglah kepada Tali Allah.

👉👉 Bersatu teguh bercerai roboh.

👉👉👉 Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW.

Friday, September 22, 2023

Selamat Bersara Cikgu Azman Bin Abdul Wahid (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lekir)

                                             -antara paparan foto Abg Man dan Gpms..



-Selamat Bersara Cikgu Azman Bin Abdul Wahid(Abg Man)-Foto-ihsan Tuan Tam-


👉Hari ini hari Jumaat;
      Solat sebentar di Changkat Larang,
      Jasamu tuan tetap terpahat;
      Sepanjang masa tetap dikenang.

 

Sunday, September 10, 2023

Adakah Anak Anda Menguasai Formula Matematik?

Satu contoh Fornula dalam matematik



👉Adakah anak anda telah menguasai fomrula matematik?Jika belum menguasai sudah pasti mereka sukar untuk belajar matematik.

👉👉Anda mesti memastikan anak anda  menguasai formula matematik.Anak anda perlu berusaha gigih untuk menguasai formula itu,
 

👉👉👉Sikap belajar anak anda menentukan sama ada anak anda boleh menguasai formula matematik,tanpa menguasai formula matematik,sudah pasti sukar bagi anak anda untuk meminati dan menguasai mata pelajaran matematik.ANAK ANDA PERLU BERUSAHA GIGIH.

Wednesday, August 30, 2023

Hayatilah Sebuah Kemerdekaan.





 https://vt.tiktok.com/ZSLW69bW8/


Salam kemerdekaan Malaysia,kita yang mengisi kemerdekaan ini dengan semangat perpaduan dan jiwa yang merdeka.

Tuesday, August 15, 2023

Selamat Menyambut 75 Tahun GPMS.

👉BBBGPMSSITIAWAN mengucapkan selamat menyambut GPMS 75 Tahun.

Selamat berjuang kepada ahli-ahli Gpms.
 

Saturday, August 5, 2023

66 Tahun Malaysia Merdeka.

 



👉Salam kemerdekaan.Adakah anda pasti anak-anak anda menghayati akan kemerdekaan Malaysia?

Atau mereka masih tertanya-tanya apa makna sambutan kemerdekaan,apa pula maksud sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia?


👉👉 Oleh itu,sudah pasti ketika ini anda dan keluarga anda telah pun mengetahui akan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2023.


👉👉👉 Selanat menghayati kemerdekaan Malaysia.Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.Kibarkan Jalur Gemilang.



Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” 


Saturday, July 29, 2023

Mampukah Anak Anda Menulis Karangan?

Teliti bahan grafik di atas.Tulis  sebuah karangan dalam bentuk  karangan berformat atau  karangan tidak berformat.Panjang karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

👉Adakah anak  anda mampu menulis sebuah karangan berdasarkan tajuk tersebut.
👉👉Adakah anak anda akan membaca soalan itu dengan teliti ?



 

Friday, July 7, 2023

Adakah Anak Anda yang Belajar di Tahap Dua,Boleh Mengajukan Soalan?


 👉Adakah anak anda yang belajar di Tahap 2,mampu mengajukan soalan?Adakah mereka mampu membina soalan berdasarkan petikan yang mereka baca?Lihat contoh di atas,adakah anak anda mampu membina soalan dan mengajukan soalan itu kepada anda,berdasarkan petikan yang dibaca.

👉👉Perhatikan sama ada soalan anak anda itu mencakupi soalan aras KBAT.

👉👉👉Anda perlu memastikan anak anda mampu membina soalan dan mengajukan soalan itu,berdasar bahan bacaan yang dibaca.

Friday, June 16, 2023

Adakah Anak Anda Memahami Maklumat Tersurat dan Tersirat.

 Ibu bapa pasti berasakan bahawa  anak-anak mereka mengetahui akan apa itu maklumat tersurat dan tersirat.Kebiasaannya murid-murid yang belajar di Tahap Dua,pasti wajar telah memahami apa itu maklumat tersurat dan tersirat.



👉Perhatikan petikan berikut.

      Encik Abu pergi bercuti ke Pulau Pinang selama tiga hari.Dia memberitahu Pak Mat jiran rapatnya bahawa dia berada di Pulau Pinang selama tiga hari.(Secara mudahnya setiap maklumat yang terdapat dalam petikan itu ialah maklumat tersurat)

Siapa yang pergi bercuti?  Encik Abu  atau Pak Mat.(dalam petikan menyatakan Encik Abu pergi bercuti)

Di manakah Encik Ali pergi bercuti?(Pulau Pinang-dalam petikan dinyatakan Pulau Pinang tempat bercuti)


👉👉Perhatikan soalan berikut.

Mengapakah Encik Abu memberitahu Pak Mat yang beliau akan bercuti ke Pulau Pinang selama tiga hari?(jawapan bagi soalan ini tidak terdapat di dalam petikan,oleh itu murid-murid perlu berfikir untuk  memberikan jawapannya.(tersirat-sebab apa Encik Abu memberitahu Pak Mat yang beliau  akan bercuti ke Pulau Pinang selama tiga hari.

1-sahaja suka-suka memberitahu jiran rapatnya

2.-Encik Abu berharap Pak Mat akan mengawasi keselamatan rumahnya supaya tidak dimasuki pencuri.

(ramai murid yang berasa sukar dalam menjawab soalan yang tersirat,oleh  itu ibu bapa wajar membantu anak-anak mereka menguasai kemahiran menjawab soalan yang berkaitan dengan maklumat yang tersirat)



-

Monday, May 29, 2023

Anda Mahu ke Mana Selepas Keputusan SPM 2022 diumumkan.



 ➤Setelah anda menerima keputusan SPM 2022 ,apakah yang anda akan lakukan?

⚽Adakah anda akan menemui  Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah anda untuk memilih
keputusan  yang anda akan pilih sama ada bekerja atau  belajar?

✋Anda akan berbincang dengan ibu bapa dan keluarga anda dalam membuat pilihan dan perancangan selepas SPM 2022?

💮Anda akan mengikuti jejak rakan sebaya anda?


       Akhirnya semua itu terletak di tangan anda,anda yang akan melalui setiap detik perjalanan itu setelah keputusan SPM anda ketahui.Namun eloklah anda berbincang dengan orang yang anda percayai dalam membantu anda membuat pilihan-pilihan yang anda fikirkan.


Selamat membuat pilihan.


Friday, May 12, 2023

Selamat Hari Guru 2023


 Biro Badan Bertindak GPMS Sitiawan mengucapkan selamat hari guru.Jasa dan bakti guru tetap terukir pada sepanjang masa.Terima kasih cikgu.

Wednesday, April 26, 2023

Adakah Anak Anda Suka Membaca?


Peranan ibu bapa amat penting dalam menyedari sama ada anak mereka yang belajar di Tahap 1,sudah boleh membaca .

        Kegagalan mendorong anak-anak membaca di rumah, akan menyukarkan proses membaca ketika berada di sekolah.Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka memahami perkara yang dibaca.

        Amatlah malang jika ada ibu bapa yang tidak mengambil berat akan penguasaan anak mereka dalam membaca.Sewajarnya mereka berbincang dengan guru dalam mengatasi masalah kesukaran anak mereka dalam menguasai kemahiran membaca.

Sunday, April 23, 2023

Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf dipinta.


                                                  Salam Syawal ,maaf dipinta.

Saturday, March 25, 2023

Selanat Belajar dan Selamat Berpuasa.

 

Kini telah pun masuk ke minggu kedua sesi akademik persekolahan 2023/2024.Oleh itu selamat belajar dan selamat berpuasa.Pastikan setiap murid dapat memberikan fokus sewaktu berada di dalam kelas.Begitu juga belajarlah bepuasa mengikut kemampuan masing-masing dengan meminta nasihat daripada ustaz dan ustazah.

                     Selamat belajar dan selamat berpuasa.

Friday, March 10, 2023

Menjelang Persekolahan Sesi 2023/2024

 



Persediaan yang rapi amat perlu kepada semua murid menjelang persekolahan sesi 2023/2024.Setiap murid wajar telah bersedia dalam menempuhi sesi persekolahan tersebut dengan azam yang tinggi dan tekad yang gigih.

            Sesungguhnya murid - murid yang berusaha gigih akan dapat mencipta kejayaan bagi diri masing-masing.Setiap murid wajar aktif sama ada di bidang pelajaran,permainan,persatuan dan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

             Oleh itu setiap murid mesti menguasai adab belajar dan kemahiran belajar.Tanpa adab belajar murid-murid pasti sukar untuk mencipta kejayaan.Penguasaan kemahiran belajar juga penting,tanpa kemahiran belajar murid-murid tentu  payah untuk memahami  pembelajaran di dalam kelas.


                Selamat belajar.

Thursday, March 2, 2023

Santai Minda.(Sesuai untuk murid yang akan memasuki Tahun 1)

 




Bina ayat mudah dengan betul.

contoh:
Ini bas.




 ........................................................................................................................................................




Thursday, February 23, 2023

Santai Minda(Sesuai untuk murid Tahap 1 dan Tahap 2)

 📞 Sila jawab soalan berikut.




Ini ialah gambar....................................................... 



Ini ialah gambar...................................................................


👉Tuliskan satu nama makanan yang kamu suka ?

..................................................................................................................................... 

💭Saya suka makanan itu kerana...................................





Wednesday, February 22, 2023

Santai Minda(Sesuai untuk murid Tahap 1 dan Tahap 2)

👉Sebut perkataan ini dengan kuat.


1. playar  

2.wau

3.wayar

✋  Baca ayat berikut dengan kuat. 

Ayah memotong wayar dengan playar.





Ini gambar ....................................................................



Itu gambar......................................................
 

💬  Beritahu ibu atau ayah kamu,satu perbezaan antara wau dan layang-layang?




Saturday, February 18, 2023

Santai Minda


Gambar 1

Berdasarkan gambar 1,sila jawab soalan berikut.


Soalan 1.

a)Senaraikan satu kebaikan aiskrim ?

.............................................................................................................................................. 

b)Senaraikan satu keburukan aiskrim ?

............................................................................................................................................ 


Soalan 2.

Pada pendapat kamu mengapakah kanak-kanak suka akan  aiskrim ?

.............................................................................................................................. 
............................................................................................................................... 
............................................................................................................................... 
...............................................................................................................................
..............................................................................................................................




 

Thursday, February 16, 2023

Selamat Mengambil SPM 2022

Selamat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022.Didoakan calon-calon SPM 2022 diberikan kesabaran dan kebijaksanaan sewaktu menjawab soalan.

 

Tuesday, February 14, 2023

Teruskan Usaha Meningkatkan Pencapaian Anda.

👉 Setelah menerima keputusan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) pastikan anda berazam untuk meningkatkan pencapaian anda.Anda wajar menyedari sebagai seorang murid sekolah anda wajar berjiwa kental dan bersemangat waja dalam berusaha meningkatkan pencapaian anda yakni Tahap Penguasaan PBD.

🎓Dalam meningkatkan pencapaian anda semestinya ibu bapa dan keluarga anda menjadi pendorong utama anda.Diingatkan juga,bahawa guru anda ialah kunci utama dalam membantu anda mencipta peningkatan anda.Anda wajar taat dan patuh pada nasihat dan bimbingan guru anda.


✅Anda penentu kejayaan dalam meningkatkan pencapaian Tahap Penguasaan PBD.



💻Selamat belajar,



Friday, February 3, 2023

Selamat Datang Sesi Persekolahan 2023/2024

 

Kini semua murid sekolah rendah telah memasuki sesi akhir persekolahan bagi Sesi Akademik 2022/2023.Ini bermakna murid-murid sudah boleh bersedia untuk memasuki Sesi Akademik 2023/2024.

        Setiap  murid boleh melihat pencapaian mereka berdasarkan keputusan PBD dan Ujian Akhir Sesi Akademik bagi murid-murid yang belajar di Tahap 2.

        Amat penting bagi ibu bapa dan setiap murid menganalisis pencapaian masing-masing agar dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian mereka pada sesi akademik  2023/2024.

        Justeru itu ketika cuti  akhir persekolahan sesi 2022/2023 ,ibu bapa wajar memastikan  anak-anak mereka membaca buku .Bahkan ibu bapa wajar memastikan sama ada anak-anak mereka sudah boleh menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira.

         Selamat bercuti dan selamat  bersiap sedia menempuhi sesi akademik yang mendatang.

Sunday, January 29, 2023

Sejenak di Karnival Alumni Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir (SKGL) 2023











Majlis Malam 1000 Selawat SKGL

Encik Mohd Khairolazuan,Pengerusi Alumni SKGL dan Cikgu Mudzaffar Shah

Cikgu Azman

Tuan Haji Ahmad Dalail

Cikgu Daud



Syabas diucapkan kepada Persatuan Alumni SKGL yang dapat menganjurkan Karnival Alumni Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir(SKGL).Pengisian yang menarik dan melambangkan tanda terima kasih bekas-bekas murid SKGL  kepada Guru-guru Besar  ,guru-guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir sejak  tahun 1987.
                                    
                                   Program Kenduri Riuh Sekampung ,menunya memang enak dan menyelerakan,dan dapat menemukan para guru dengan ibu bapa dan komuniti Felcra Gugusan Lekir.
                                   Pada    Majlis  Malam  1000 Selawat SKGL ,berkumandang alunan Selawat dan doa di perkarangan Dataran SKGL.
                                   Tahniah kepada Persatuan Alumni SKGL.



*Terima kasih atas jemputan,memberi ruang kepada blogger bertemu dengan mantan-mantan guru besar dan guru-guru  SKGL,serta warga Felcra  Gugusan Lekir.

**Foto di paparan,antara foto yang sempat lensa kamera blogger rakamkan.

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...