Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Friday, July 29, 2022
Bersediakah Anak Anda Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik?
Saturday, July 23, 2022
GPMS dan Mengurangi Masalah 3M ?
Memetik antara isi Ucapan Dasar Mohd Alif Anas Bin Haji Md.Noor , Presiden GPMS dalam Persidangan Agung Tahunan Gpms ke-67,amatlah wajar untuk diinsafi.
- 2.15 Situasi ini memberi kesan negatif kepada tahap penguasaan 3M
pelajar. Hal ini demikian kerana, mereka akan mengalami
kesukaran dalam memahami isi kandungan pelajaran. Justeru,
pelajar yang gagal menguasai kemahiran asas ini akan lebih
terdedah kepada pelbagai kesan negatif dari aspek psikologi.
Mereka berasa rendah diri, terasing dan ketinggalan kerana
tidak
menguasai kemahiran 3M dan kemudian hilang minat belajar.-
Mengapakah ada murid-murid yang mengalami masalah 3M?Peranan bagaimana yang Gpms boleh lakukan dalam membantu mengurangi masalah 3M ini.
Tentu ahli-ahli Gpms sudah mempunyai rangka tugas dalam membantu mengurangi masalah 3M ini.
Tuesday, July 12, 2022
Filem Mat Kilau antara Tangisan,Realiti,Fantasi dan Harapan?
-Saad sempat menonton filem Mat Kilau-
Filem Mat Kilau,reaksi penonton amat teruja,menitis air mata.Walaupun kisah Mat Kilau itu sudah lama tertulis di buku teks Sejarah Malaysia,kini dengan aksi Mat Kilau di wajah filem ramai penonton yang berasa terharu.Namun apakah hakikat kehidupan di dunia yang realiti.Adakah setelah menonton filem ini anda akan berubah fikiran.
Elok juga kita petik sedikit kata-kata pidato ini.
‘…Satukanlah segala kekuatan anda dan berikan sepenuh tumpuan kepada usaha pembinaan semula masa depan kita.Semaikanlah jalan ke arah kejujuran,semangat kemuliaan dan bekerja dengan penuh keazaman,maka kita semua akan mampu menyemarakkan kegemilangan empayar ini seiring dengan kemajuan dunia.’
(Petikan pidato
Maharaja Hirohito,Maharaja Jepun yang ke - 124,muka surat 134,Pidato Yang
Mengubah Dunia-SPEECHES THAT CHANGED THE WORLD,,SIMON SEBAG MONTEFIORE,Penterjemah
Nor Idatul Akmar Zulkipli,Wan Norazah Wan Chik,Terbitan Bersama Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad,53300,Kuala Lumpur.
Mat Kilau tetap teguh terpahat dalam lipatan sejarah,namun andalah yang mengukir kisah sejarah yang seterusnya.
Terima kasih kepada yang telah menonton filem Mat Kilau,kepada yang belum,ada masa jengah-jengahlah ke pawagam.
Saturday, July 2, 2022
Hapuskan Nyamuk Aedes.
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...