Ibu bapa juga arif bahawa anak-anak mereka yang belajar di Tahun 6 sudah tidak perlu lagi mengambil peperiksaan seperti UPSR.Kini anak-anak mereka akan dinilai pencapaiannya berdasarkan tahap penguasaan 1 hingga 6.
Oleh itu sebagai ibu bapa wajarlah mengimpikan anak-anak mereka di Tahun 6 memperoleh Tahap Penguasaan 6 bagi semua mata pelajaran.Bahkan ibu bapa juga tahu akan kebolehan anak-anak mereka dalam berfikir aras tinggi.
Sehubungan itu,ramai ibu bapa yang berhajat anak-anak mereka menyambung belajar di Sekolah Khusus setelah tamat belajar di Tahun 6.Ini memerlukan ibu bapa memahami bagaimanakah anak-anak mereka layak untuk belajar di Sekolah Khusus.
Kesimpulannya ibu bapa wajar berbincang dengan pihak sekolah agar dapat mengetahui akan pencapaian anak-anak mereka dengan lebih jitu.Anak-anak mereka perlu aktif dan bukan pasif.