Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Saturday, December 31, 2022
Tahun 2023.
Selamat belajar,selamat mencipta kejayaan bagi diri masing-masing.Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM,selamat mengulang kaji pelajaran.
Wednesday, December 28, 2022
Mulakan Tahun 2023 dengan Tabiat Membaca dan Berkunjung ke Perpustakaan.
Perpustakaan Awam Sitiawan |
Antara kamus yang terdapat di perpustakaan, |
Penggemar akhbar boleh mendapatkan akhbar seperti Utusan Malaysia dan The Star. |
Tuesday, December 27, 2022
Adakah Anda Cakna akan Kalendar Akademik/Takwim Persekolahan dan Cuti Perayaan serta Cuti Umum?
Memahami kalendar sesi persekolahan ,cuti sekolah,cuti umum,daan cuti perayaan amat penting dalam menyusun memahami aktiviti mengulang kaji pelajaran secara kendiri.Ibu bapa wajar membantu anak-anak mereka dalam memahami jadual sesi persekoalahan dan cuti.
Thursday, December 22, 2022
Latihan Santai BM:
https://forms.gle/rEVkUAKsng81pFdz8
Cuba jawab soalan latihan di link tersebut.Baca soalan dengan teliti :Cuba dapatkan semua betul.
Wednesday, December 21, 2022
Tuesday, December 20, 2022
Latihan Santai Cuti Sekolah.
Tudung
Keringkam:
Keringkam
atau Selayah adalah selendang, tudung ataupun skaf tradisional yang dipakai
oleh wanita Melayu di Sarawak. Ianya menjadi pelengkap busana tradisional
masyarakat Melayu di Sarawak yang sering digayakan ketika menghadiri
majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan dan juga perayaan besar yang
lain. Pada zaman dahulu, selendang warisan ini, hanyalah dipakai oleh golongan
bangsawan sahaja, namun kini sesiapa sahaja boleh menggayakannya.
Ia biasanya
dijahit dengan benang emas atau perak dan menggunakan motif sulaman
bunga-bungaan dan tumbuh -tumbuhan seperti bunga tanjung, bunga ros dan pucuk
rebung di atas kain jenis bawal atau yang lebih berkualiti kain kasa rubiah.
Jenis keringkam dibezakan dengan pendek dan panjang saiznya. Yang bersaiz
pendek digelar tudung keringkam tradisional manakala yang bersaiz
panjang dikenali sebagai selayah. Tudung keringkam tradisional adalah pendek,
berukuran 54cm x 95 cm dan dihasilkan dengan menggunakan kain jojet nipis atau
sintatik.
Baca
petikan di atas ,kemudian jawab soalan yang berikut.
Soalan 1.
Namakan dua
seni sulaman yang terdapat dalam petikan itu?
I:……………………………………………………….
II:……………………………………………………..
{ 2 markah ]
Soalan 2
Apakah itu
tudung keringkam?
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
{ 2 markah }
Soalan 3
Pada pendapat
kamu mengapa bengkel Seni Sulaman Linangkit diadakan?
………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………..
{ 3 markah }
Soalan 4.
Perkataan
tradisional dalam petikan sesuai digantikan dengan perkataan…………………………..
{
1 markah }
Wednesday, December 14, 2022
Latihan Santai waktu cuti.
Jika ada kelapangan,bolehlah menjawab latihan berikut.
Pilihan Aku.
Malam itu aku tidak dapat melelap akan mataku.Aku masih
terdengar-dengar perbualan ayah dan ibuku.
Pada minggu depan mereka mahu mengajak aku
melancong ke Singapura.Namun aku lebih suka melancong di dalam negara
sahaja.Aku ingat lagi,ayah dan ibu aku pernah berjanji yang mereka akan membawa
aku melancong ke Perak.Aku amat gembira Ketika itu kerana di Perak banyak
tempat-tempat melancong yang menarik bagiku.
Esok apbila bangun pagi,aku
akan memberitahu akan hasrat hatiku kepada ayah dan ibuku.
Soalan 1.
Pada pendapat kamu mengapakah ‘Aku’ mahu melancong ke negeri
Perak?
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)
Soalan 2.
Adakah ayah ‘Aku’ akan menerima keputusan ‘Aku’ dan megapa?
…………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
Soalan 3.
Jika kamu ialah ‘Aku’ yang manakah tempat pelancongan yang
kamu akan pergi Perak atau Singapura dan mengapa?
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
Friday, December 9, 2022
Manfaatkan Masa Cuti.
Selamat bercuti,manfaatkan cuti anda,murid-murid boleh juga mengulang kaji pelajaran,di samping pulang ke kampung atau melancong ke tempat-tempat yang menarik.Jika kelapangan bolehlah menjawab soalan latihan di paparan.
Friday, December 2, 2022
Menjelang Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun Empat,Tahun Lima dan Tahun Enam.
Ujian Akhir Sesi Akademik bagi sesi persekolahan 2022-2023 akan dilaksanakan bagi murid tahun empat,,tahun lima dan tahun enam bagi sekolah rendah.Sewajarnya ibu bapa dan penjaga murid telah mengetahui akan pelaksanaan ujian tersebut.
Ibu bapa/penjaga wajar merujuk pihak sekolah agar dapat memahami tujuan ujian itu diadakan.
Kepada murid tahun empat,tahun lima dan tahun enam selamat menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik.
Tuesday, November 8, 2022
Membaca Menjana Cara Berfikir.
Perlukah mempunyai gaya berfikir?Adakah cara berfikir ini perlu diasuh sejak kecil lagi?
Pasti setiap ibu bapa memahami cara berfikir anak masing-masing..
Setiap murid pasti diajar cara berfikir sama ada berfikir secara kritis atau kreatif.Adakah anda yakin bahawa gaya berfikir ini penting untuk anak-anak anda atau anda berasa ragu-ragu?
Membaca boleh menjana daya fikir.Ibu bapa yang suka membaca pasti anak-anak mereka juga gemar membaca.Bagaimanakah membaca boleh menjana daya fikir? Lihat situasi berikut.
1: 1+ 1 = ........
2. Mengapakah 1+1=2 ?
3. Awan mendung di langit.Cuba teka ,hujan turun atau tidak?
4. Awan mendung di langit>Cuba ramalkan hujan turun atau tidak?
Sesuaikah soalan nombor 3 dan 4 diajukan kepada murid berumur 7 tahun? Dalam filem Nujum
Pak Belalang,jalan ceritanya penuh dengan meneka atau meramal?
Marilah kita fikirkan bersama-sama akan ajuan soalan tersebut.
Saturday, October 15, 2022
Adakah Anda Suka Membaca.
Anda suka membaca? |
Membaca menambah ilmu.Adakah ibu bapa Malaysia suka membaca.Berapakah buah buku yang dibaca oleh golongan dewasa dan golongan muda?
Apabila kurang atau tidak gemar membaca,maka sudah pastilah minda tidak akan setajam mata pena dan tidak sebijak 'pendeta'.Rakyat yang kurang membaca akan mudah terpedaya dengan kepalsuan dan sukar menerima fakta.
Jika ayah dan ibu tidak gemar membaca,sudah tentu anak-anak juga tidak suka membaca.Oleh itu adakah mahasiswa negara ini mempunyai tahap membaca yang tinggi?
Selamat membaca :Dekad Membaca 2030?
Friday, October 7, 2022
Ibu Bapa Wajar Manfaatkan Bajet 2023
Monday, September 26, 2022
Sejenak di Kuala Terengganu.
Tuesday, September 20, 2022
Murid Tahun Satu Membaca?
Thursday, September 8, 2022
Puisi Benih Ikhlas-SRiwati Hj Labot
-Adakah manusia semuanya ikhlas? |
Sewaktu membelek-belek buku yang tersusun di perpustakaan awam ini,terpandang sebuah buku yang bertajuk Kumpulan Puisi LUKA MERPATI oleh SRIWATI HJ LABOT.
Buku ini mempunyai 83 muka surat dan amat sesuai dibaca oleh peminat puisi dan pelajar.Lantaran itu saya tertarik dengan puisi berjudul Benih Ikhlas.
Pada hemat saya puisi Benih Ikhlas ini menggambarkan betapa pentingnya nilai ikhlas itu dalam jiwa penulis.Bahkan 'ikhlas; itu merupakan nilai yang baik.Walaupun sukar untuk dihitung setiap keikhlasan itu.
Sehubungan itu,puisi ini mahukan setiap ibu bapa menyemai nilai dan amalan keikhlasan itu kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Atau dalam konteks negara ini nilai keikhlasan merupakan tunjang kepada perpaduan rakyat yang pelbagai kaum.
Didoakan agar penulis SRiwati Hj Labot diberikan ruang waktu untuk terus menghasilkan puisi untuk tatapan para pembaca.
Friday, September 2, 2022
Sunday, August 28, 2022
Menjengah ke Sambutan Hari Terbuka PPD Daerah Manjung
Pempamer:SK SERI SAMUDERA-Pasu Kopi Biodegradasi. |
Pempamer:SK SERI BAYU-Battle Bots |
Pempamer:SMK SERI SAMUDERA |
Pempamer:SMK SERI MANJUNG-RODA EMOSI |
Pempamer:PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MANJUNG |
Antara maklumat Myco-Numbers-Pempamer dari SK SEGARI |
*Syabas dan tahniah kepada PPD Daerah Manjung,program Sambutn Hari Terbuka ini dapat memberikan maklumat kepada badan-badan bukan kerajaan untuk mengetahui perkembangan dunia pendidikan di daerah Manjung.
*Terdapat banyak lagi para pempamer yang mempersembahkan inovasi dan amalan baik masing-masing.Tahniah kepada semua pempamer.
Thursday, August 25, 2022
Salam Kemerdekaan.
31 Ogos 1957 ialah tarikh kemerdekaan negara kita.Secara ringkasnya kejatuhan Melaka pada tahun 1511,membawa kisah penjajahan yang amat memeritkan.
Lantaran itu ingat dan kenangkanlah akan perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita.Tanpa semangat juang mereka,pasti nasib kita entah bagaimana?
Sambutlah hari kemerdekaan ini dengan penuh rasa syukur dan berdoalah agar Malaysia kekal merdeka selamanya,maju dan makmur pada sepanjang masa.
Friday, July 29, 2022
Bersediakah Anak Anda Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik?
Saturday, July 23, 2022
GPMS dan Mengurangi Masalah 3M ?
Memetik antara isi Ucapan Dasar Mohd Alif Anas Bin Haji Md.Noor , Presiden GPMS dalam Persidangan Agung Tahunan Gpms ke-67,amatlah wajar untuk diinsafi.
- 2.15 Situasi ini memberi kesan negatif kepada tahap penguasaan 3M
pelajar. Hal ini demikian kerana, mereka akan mengalami
kesukaran dalam memahami isi kandungan pelajaran. Justeru,
pelajar yang gagal menguasai kemahiran asas ini akan lebih
terdedah kepada pelbagai kesan negatif dari aspek psikologi.
Mereka berasa rendah diri, terasing dan ketinggalan kerana
tidak
menguasai kemahiran 3M dan kemudian hilang minat belajar.-
Mengapakah ada murid-murid yang mengalami masalah 3M?Peranan bagaimana yang Gpms boleh lakukan dalam membantu mengurangi masalah 3M ini.
Tentu ahli-ahli Gpms sudah mempunyai rangka tugas dalam membantu mengurangi masalah 3M ini.
Tuesday, July 12, 2022
Filem Mat Kilau antara Tangisan,Realiti,Fantasi dan Harapan?
-Saad sempat menonton filem Mat Kilau-
Filem Mat Kilau,reaksi penonton amat teruja,menitis air mata.Walaupun kisah Mat Kilau itu sudah lama tertulis di buku teks Sejarah Malaysia,kini dengan aksi Mat Kilau di wajah filem ramai penonton yang berasa terharu.Namun apakah hakikat kehidupan di dunia yang realiti.Adakah setelah menonton filem ini anda akan berubah fikiran.
Elok juga kita petik sedikit kata-kata pidato ini.
‘…Satukanlah segala kekuatan anda dan berikan sepenuh tumpuan kepada usaha pembinaan semula masa depan kita.Semaikanlah jalan ke arah kejujuran,semangat kemuliaan dan bekerja dengan penuh keazaman,maka kita semua akan mampu menyemarakkan kegemilangan empayar ini seiring dengan kemajuan dunia.’
(Petikan pidato
Maharaja Hirohito,Maharaja Jepun yang ke - 124,muka surat 134,Pidato Yang
Mengubah Dunia-SPEECHES THAT CHANGED THE WORLD,,SIMON SEBAG MONTEFIORE,Penterjemah
Nor Idatul Akmar Zulkipli,Wan Norazah Wan Chik,Terbitan Bersama Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad,53300,Kuala Lumpur.
Mat Kilau tetap teguh terpahat dalam lipatan sejarah,namun andalah yang mengukir kisah sejarah yang seterusnya.
Terima kasih kepada yang telah menonton filem Mat Kilau,kepada yang belum,ada masa jengah-jengahlah ke pawagam.
Saturday, July 2, 2022
Hapuskan Nyamuk Aedes.
Thursday, June 30, 2022
Tahniah kepada Pelajar ini.
Ketka keputusan SPM 2021 diumumkan tempoh hari ,saya sempat mengambil gambar pelajar ini,didoakan agar terus gigih berusaha dalam mencipta impian.
Wednesday, June 15, 2022
Friday, June 10, 2022
Adakah Anda Murid Tahun Enam yang menguasai KBAT ?
Kini cuti sekolah hampir tamat.Murid-murid akan kembali ke sekolah dan meneruksan menimba ilmu.
Oleh itu,sudah pasti murid-murid Tahun 6 boleh menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.Anda disarankan menjawab soalan berikut dengan menggunakan Kbat.Jika ada masalah boleh merujuk guru atau keluarga kamu untuk menjana Kbat.
Soalan.
Membaca menambah ilmu,adakah kamu suka membaca?
Jawapan:
.........................................................................................................................................................
(Kamu boleh menjawab saolan tersebut di buku catatan kamu.)
Saturday, June 4, 2022
Ujian Akhir Sesi Akademik
Saturday, May 28, 2022
Apakah Tahap Penguasaan Anak Anda ?
Ibu bapa juga arif bahawa anak-anak mereka yang belajar di Tahun 6 sudah tidak perlu lagi mengambil peperiksaan seperti UPSR.Kini anak-anak mereka akan dinilai pencapaiannya berdasarkan tahap penguasaan 1 hingga 6.
Oleh itu sebagai ibu bapa wajarlah mengimpikan anak-anak mereka di Tahun 6 memperoleh Tahap Penguasaan 6 bagi semua mata pelajaran.Bahkan ibu bapa juga tahu akan kebolehan anak-anak mereka dalam berfikir aras tinggi.
Sehubungan itu,ramai ibu bapa yang berhajat anak-anak mereka menyambung belajar di Sekolah Khusus setelah tamat belajar di Tahun 6.Ini memerlukan ibu bapa memahami bagaimanakah anak-anak mereka layak untuk belajar di Sekolah Khusus.
Kesimpulannya ibu bapa wajar berbincang dengan pihak sekolah agar dapat mengetahui akan pencapaian anak-anak mereka dengan lebih jitu.Anak-anak mereka perlu aktif dan bukan pasif.
Tuesday, May 24, 2022
Bantu Anak Anda Mendarab?
Terdapat pelbagai cara untuk menguasai kemahiran mendarab,atau anak anda takut dengan matematik?
-Buku tentang kehebatan tokoh-tokoh muslim dalam bidang matematik.-
Thursday, May 19, 2022
Sunday, May 15, 2022
Selamat Hari Belia Negara 2022
Friday, May 13, 2022
Selamat Hari Guru
BBBGPMSSITIAWAN mengucapkan Selamat Hari Guru.Terima kasih cikgu.Jasamu guru tetap dikenang pada sepanjang masa.
Saturday, April 30, 2022
Salam Aidilfitri 1443H
BBBGPMS SITIAWAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.
Kuih Karas
kuih Bom Bijan,
Masak lemang
di tepi kali;
Salam Aidilfitri
diucapkan,
Maaf
dipinta semerbak di hati.
Saturday, April 23, 2022
Budaya Membaca Tanggungjawab Ibu bapa?
Ibu bapa wajar mengambil tahu akan budaya membaca anak masing-masing.Pemupukan suka membaca ini adalah tanggungjawab ibu bapa di rumah.Ibu bapalah yang menjadi nadi utama dalam membentuk amalan suka membaca.
Ibu bapa wajar bertanya adakah anak-anak mereka aktif dalam program Nilam.Ibu bapa wajar merujuk pihak sekolah dalam mengikuti perkembangan budaya membaca anak masing-masing.
"Jika buku itu jendela dunia,maka membaca adalah kuncinya"
Selamat membaca.
Saturday, April 9, 2022
PAJSK
Friday, April 1, 2022
Thursday, March 24, 2022
Perlukah Menggunakan Buku Aktiviti?
-contoh buku aktiviti-
Jika mahu berjaya mestilah bijak mengurus masa dan cara belajar.Semakin banyak bahan belajar yang digunakan , pasti semakin mudah seseorang murid itu meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran yang mereka pelajari.
Pun begitu ibu bapa wajar bijak memilih sama ada mahu menggunakan buku aktiviti sebagai bahan tambahan kepada anak masing-masing dalam menimba ilmu atau memadai menggunakan buku teks yang dibekalkan oleh pihak KPM.
Justeru itu peranan PIBG amat penting dalam mencari formula yang paling lunak mengenai penggunaan buku aktiviti oleh murid-murid.Pihak PIBG boleh menjadi pemangkin dalam menserasikan situasi yang dialami oleh pihak ibu bapa agar berpadanan dengan sudut pandangan pihak sekolah.
Akhirnya penggunaan buku aktiviti itu bergantung kepada keputusan ibu bapa itu sendiri.Apakah pilihan mereka?
Wednesday, March 16, 2022
Selamat Kembali ke Sekolah bagi sesi 2022/2023
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi wajar dikuasai dan membaca itu kunci kejayaan.
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...