Berikut dikongsikan sebuah kiriman cerpen yang mengisahkan pengalaman penulis dalam mengikuti kursus yang dilaksanakan oleh Gpms Perak.Tentu Tuan Tam ingat akan penulis ini,cuma saya tidak dapat mencari satu foto sewaktu berkayak dalam program Rentas Selat Dinding 1.
Namun dalam perkongsian ini penulis menyatakan tentang Lata Kekabu,tentu ada yang masih ingat tentang program di Lata Kekabu.Terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi coretan untuk tatapan para pembaca.
-foto penulis-
“Saya bilang dalam kiraan sepuluh, semua peserta perlu
berada di tempat perhimpunan dengan lengkap berpakaian sukan”
10...
9..
8..
7..
Keletap keletuppp!!
Bertempiaran bunyi tapak kaki peserta kursus berlari menuju
tempat berhimpun, semua berharap sempat berhimpun dalam kiraan komander kursus
perkaderan GPMS sekitar tahun 1999 di Institut Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung Kg Rahmat Batu Gajah Perak.
GPMS bukanlah gagasan asing dalam hidup aku, kerana mama aku
juga pernah melalui PENGKADERAN GPMS di Universiti Malaya sekitar tahun 1978.
Terngiang-ngiang kata-kata mama semasa menghantar aku
mendaftar di Universiti Malaya untuk pengajian Sarjana Muda Pembedahan
Pergigian.
“Pertama kali mama jejakkan kaki di UM ini semasa mama dapat
ikut Kursus Pengkaderan GPMS, mama berkesempatan jumpa dengan NORDIN KARDI,
mama juga menyanyikan lagu, Anak Kecil Main Api.”
Begitulah.
Lain benar gaya penyampaian komander kali ini, berat pula
provokasi yang dilontarkan.
Dentum kata hati aku.
Sejak aku menghadiri KURSUS JATI DIRI di Lata Kekabu anjuran
GPMS Negeri Perak semasa cuti sekolah, ketika aku di tingkatan 4, aku
seolah-olah mengikatkan diri menjadi KADER pada setiap hujung minggu disitu
bersama aktiviti sukarelawan untuk seminar peperiksaan percuma yang bermisikan
PENDIDIKAN.
“Anak-anak melayu ini pemalas, tak sedar diri. Hanya
mengharapkan duit subsidi. Anak melayu tak ada masa depan.” Komander terus
memprovokasikan kami semua.
Ewah!! Lebih sangat dah komander ini, apa dia ingat kami
anak melayu tak ada perasaan.
Dalam ketaksetujuan aku bangun dan aku angkat tangan sambil
aku jerit.
“Bantahan!!!”
“Saya tak setuju.”
“Awak siapa nak degil lawan cakap saya, awak bangun pergi
hujung sana sekarang.” Arah komander dan aku akur.
Provokasi demi provokasi diteruskan hingga selesai.
Kewajaran demi kewajaran didedahkan supaya difahami nilai dari perhimpunan
provokasi itu tadi.
Maka aku simpulkan bahawa anak melayu zaman dahulu terlalu
tebal rasa hormat mereka.
Jika diperhatikan, ada kebenarannya. Remaja dahulu diasuh
dan dididik dengan sifat sopan santun yang sangat tinggi. Ini termasuklah dari
sudut penggunaan bahasa yang keluar dari mulut mereka.
Hendak dibandingkan dengan remaja sekarang, penggunaan
bahasa tidak dijaga dengan baik. Bahkan, ada yang berani mengeluarkan kata-kata
kesat kepada orang yang lebih tua dari mereka. Bercakap dengan mereka yang
lebih berumur seperti rakan-rakan dan tiada sopan santunnya.
Berbanding pelajar zaman dahulu, mereka lebih berasa
kepayahan untuk menimba ilmu. Dengan keadaan yang serba kekurangan itulah
mereka berusaha sedaya upaya, mengerah akal fikiran, memperbanyakkan bahan
bacaan, dan ada yang perlu berjalan kaki atau menaiki basikal semata-mata untuk
menyiapkan suatu tugasan.
Begitulah antara beberapa perbezaan yang ketara antara
remaja dahulu dan sekarang. Sungguhpun begitu, segalanya bergantung kepada
remaja itu sendiri dalam membawa hala tuju dan diri mereka.
Semakin moden zaman itu, maka semakin mencabarlah kehidupan
yang dilalui. Justeru itu, peredaran zaman tersebut seharusnya diambil sebagai
suatu peluang dan dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan.
“Dunia ini hanya terdiri atas tiga hari, iaitu kelmarin, ia
telah pergi bersama dengan semua yang menyertainya. Esok, engkau mungkin tidak
akan menemuinya. Dan, hari ini itulah apa yang engkau miliki.
Oleh itu, beramallah untuk bekalan di sana nanti.”
Belajar terus belajar.
Walahualam.
—
Dr .Chubby Comot—