Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Wednesday, December 29, 2021
Emosi murid -murid itu?
Wednesday, December 22, 2021
Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Daerah Manjung 2020/2022
-YB Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir,Adun Pangkor ketika
Tuesday, December 14, 2021
Kejadian Buli ?
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian buli di sebuah MRSM,kejadian ini sekali lagi mengejutkan pihak-pihak tertentu.
Kejadian buli, mengapa ianya masih berlaku,persoalan itu terus dibangkitkan,dan akhirnya KPM telah mengambil usaha untuk memperkenalkan satu pendekatan baharu iaitu 'Sekolahku Sejahtera.'
Pun begitu dalam hal ini,pihak sekolah dan ibu bapa wajarlah mempunyai rasa kepunyaan dalam memastikan gejala buli ini tidak berlaku di sekolah,terutamanya di sekolah berasrama.
Tindakan awal,sudah tentu dapat memastikan kejadian buli ini tidak berlaku.Namun akhirnya blogger bersetuju,jika berlaku juga,amat wajar tindakan tegas dikenakan kepada pelajar yang terbabit.Pelajar yang terbabit wajar diberikan terapi oleh guru kaunseling atau pakar psikologi.
Masyarakat sudah tidak sepatutnya berfikiran bahawa masalah buli ini hanyalah tugas guru disiplin sahaja,walaupun tugas mengawasi disiplin di sekolah adalah tanggungjawab semua guru,namun kekadang kemungkinan berlaku terlepas pandang akan tanda-tanda yang boleh menimbulkan gejala buli.
Oleh itu pihak sekolah wajar memberikan ruang kepada pihak komuniti setempat seperti pihak PIBG,Majlis Belia Daerah,badan-badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan untuk mengambil bahgaian dalam membantu mengatasi masalah buli di sekolah.
Hal ini dapat memberikan ruang kepada setiap murid dalam memahami akan hakikat kesejahteraan belajar di sekolah dan juga tinggal di asrama.
Walaupun kejadian buli ini mungkin menimbulkan rasa bimbang di kalangan ibu bapa yang berhasrat menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah berasrama,namun usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah,MRSM dan KPM akan mampu memberikan mereka keyakinan bahawa anak-anak mereka selamat belajar di sekolah berasrama.
Saturday, December 11, 2021
Menikmati Cendol Warung Pak Ali di Lumut Kiri Manjung,Perak.
Menu dipaparkan melalui tulisan Jawi
Mengikut paparan yang terpampang di Warung Pak Ali ,warung ini memang dikenali sejak tahun 2002 lagi.Lokasinya yang dalam naungan pepohon kelapa sawit,mewujudkan suasana yang tenang sambil menikmati juadah yang disediakan.
Warung Pak Ali memang sudah lama dikenali,lebih-lebih lagi oleh warga daerah Manjung.Warung ini terletak berhampiran dengan bangunan Perumahan Penjawat Awam Amanjaya,Lumut Kiri,Manjung.
Wednesday, December 8, 2021
Manfaatkan cuti sekolah dengan membaca?
-antara bahan bacaan yang sesuai dibaca ketika cuti sekolah-
Cuti akhir tahun akan menjelang tiba,ketibaan cuti ini kebiasaannya akan menggembirakan hati setiap murid sekolah kerana dapat merehatkan minda setelah belajar sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Masa cuti inilah yang amat sesuai untuk menziarahi keluarga di kampung dan melancong.Oleh itu membaca juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti yang menarik dalam mengisi jadual cuti akhir tahun ini.
Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam.Di perpustakaan awam terdapat banyak buku cerita fiksyen dan bukan fiksyen yang boleh menjadi pilihan untuk dibaca.Di samping itu juga sesetengah perpustakaan awam terdapat majalah-majalah yang amat bermanfaat kepada murid-murid sekolah.Bahkan mereka juga boleh membaca surat khabar.
Sehubungan itu ada juga perpustakaan yang menyediakan Wi-Fi,untuk memudahkan pengunjung perpustakaan melayari Internet.
Sesungguhnya membaca itu menambah ilmu.Selamat bercuti.
Wednesday, December 1, 2021
Anda Remaja yang Suka Membaca ?
Thursday, November 11, 2021
Aliran Pemikiran Semasa :Sebuah Buku yang Patut Dimiliki oleh Anda.
Friday, November 5, 2021
Syabas Encik Azman Bin Abdul Wahid.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Azman Bin Abdul Wahid kerana terpilih menerima Anugerah Nordin Kardi(Khidmat Cemerlang) daripada Gpms Perak.Majlis itu telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Akhir B, Abdul Latif,Pegawai Pendidikan Daerah Manjung yang telah mewakili YB Dato' Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abdul Kadir,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pangkor.Majlis itu diadakan sempena perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gpms Perak 2021.
Di samping itu terdapat dua lagi anugerah yang juga telah disampaikan pada majlis itu ,Anugerah Hasnul Fairuz(Kepimpinan) dan Anugerah Hj. Zainal Abidin Md. Nor.(Cawangan Terbaik).
Monday, November 1, 2021
Mesyuarat Agung Gpms Cawangan Sitiawan dalam Kebiasaan Baharu 2021.
Kebiasaan baharu memerlukan setiap organisasi bertindak mengikut situasi terkini.Organisasi belia seperti Gpms tercakup dalam berhadapan dengan kebiasaan baharu ini.
Melaksanakan sidang mesyuarat dalam kebiasaan baharu memang ada perbezaannya.Antaranya ialah aspek teknikal .
Syabas kepada Gpms Cawangan Sitiawan yang telah dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan 2021 pada 30 Oktober 2021 yang lalu.
-projektor LCD yang banyak berjasa-
Saturday, October 30, 2021
Anda Berminat Sukan Elektronik.
Rajah itu membuktikan bahawa e-sukan semakin begitu penting di negara ini.Lantaran itu adakah anda a meminati dunia e-sukan.Tentu anda pernah melihat sukan dron ?
Oleh itu adakah pertubuhan belia di tempat anda mempromosi tentang e-sukan.Bagaimanankah untuk mencipta jaguh e-sukan?
Tentu Majlis Belia Daerah atau Gpms Cawangan anda lebih arif mengenai e-sukan.
Friday, October 22, 2021
Pernahkah Anak Anda Melihat Bulan Dipagari Bintang?
Anda tentu tahu bilakah manusia pertama sampai ke bulan?Oleh itu sebagai ibu bapa,sudah tentu anda pernah bercerita tentang bulan kepada anak-anak anda.Bahkan anak anda sudah memahami apa itu bulan purnama.
Para nelayan sudah semestinya bijak menghitung fasa bulan,kerana dikatakan banyak atau sedikitnya ikan atau sotong itu berkaitan dengan bulan.Jika anak anda bertanya,benarkah manusia pernah menjejaki ke bulan,apakah jawapan anda sebagai i bu bapa?
Saturday, October 16, 2021
Salam Maulidur Rasul 1443H
Pada kesempatan ini,blogger mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul tahun 1443H,yakni pada 12 Rabiulawal yang jatuh pada 19 Oktober 2021.
Oleh itu amat wajarlah kita berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW. Bahkan elok juga kita mengenang akan kisah dan peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Kisah-kisah itu boleh dijadikan teladan kepada anak-anak kita dan juga golongan muda.Cuti umum yang diberikan sempena sambutan Maulidur Rasul molek diisikan dengan program selawat dan membaca sirah kelahiran Nabi Muhammad SAW..
Sollallahu ala Muhammad Selawat Allah ke atas Muhammad
Sollallahu ala Muhammad Selawat Allah ke atas Muhammad
Monday, October 4, 2021
Selamat ke Sekolah dalam Suasana Endemik.
-Pelitup muka antara yang terpenting pada situasi endemik-
Selamat kembali ke sekolah,selamat kembali belajar secara bersemuka.Pada situasi endemik ini,sudah semestinya pematuhan kepada SOP menjadi teras utama dalam meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Ibu bapa dan penjaga,sewajarnya memberikan bimbingan kepada anak masing-masing agar mematuhi dan mengikuti nasihat para guru.Bahkan interaksi erat antara pihak ibu bapa penjaga dan pihak sekolah mampu memberikan keyakinan agar sesi persekolahan bersemuka kebiasaan baharu ini dapat dilaksanalan dengan lancar.
Selamat kembali ke sekolah.
Friday, September 24, 2021
Lestarikan Sungai Kita.
Khutbah Jumaat di Masjid Al - Khairiah Kg, Sitiawan,kupasan isinya berkaitan tentang melestarikan sungai.Umum mengetahui betapa penting menjaga kebersihan dan keindahan sungai.Sungai adalah sumber rezeki bagi para nelayan,hobi kepada kaki pancing dan lebih-lebih lagi sungai boleh menjadi daya tarikan kepada para pelancong.
Pepohon bakau dan spesies hidupan sungai tentu akan riang gembira sekiranya sungai itu bersih dan indah.Sang spesies akan dapat hidup dan terus membiak.
Bagaimanakah suasana sungai di tempat anda,tentu anda boleh berkongsi di facebook,atau di mana-mana ruangan maya.Cintailah sungai kita.
Sungai di Kampung Sitiawan,kelihatan masih terjaga dan kian popular kepada kaki pancing.Aliran sungainya akan membawa kaki pancing terus menyusuri Selat Dinding.Ketika dahulu ada sebatang jambatan di situ,untuk menghubungkan Kampung Deralik dengan Kampung Sitiawan.
Sejak dahulu sungai ini berbakti sebagai sumber rezeki.Amat tepat sekali,isi khutbah Jumaat menyarankan agar kita menjaga kebersihan sungai.
Monday, September 20, 2021
Bacaan Yasin untuk Saudara Ujang yang Terkena Jangkitan Covid-19.
Saturday, September 11, 2021
Manfaatkan Waktu Cuti Sekolah.
Saturday, September 4, 2021
Belajar dalam fasa Endemik Covid-19.
Umum telah pun mengetahui belajar secara bersemuka akan bermula pada 3 Oktober 2021.Oleh itu amat penting bagi setiap murid menghayati akan setiap SOP yang digariskan oleh pihak berwajib.
Oleh itu,para ibu bapa wajar memastikan pematuhan Sop itu akan dapat diikuti,kelompongan mana-mana Sop boleh membawa risiko kepada sekolah dan juga murid.
Kini tiabalah masanya warga Malaysia menikmati kehidupan era endemik Covid-19.Selamat kembali ke sekolah dan belajar secara bersemuka.
Memakai Pelitup Muka antara sop yang perlu dipatuhi |
Sunday, August 29, 2021
Selepas Stpm ?
Kini sudah pasti pelajar lepasan Stpm telah pun memilih sama ada untuk meneruskan pengajian di menara gading,atau bekerja.Pilihan itu di tangan anda dan mungkin juga satu pilihan antara perbincangan dengan ibu bapa ,keluarga,rakan-rakan atau pihak sekolah.
Lantaran itu,sudah sewajarnya keputusan yang telah dibuat itu akan membantu anda untuk mencipta sebuah cita-cita atau impian.Dunia berubah begitu pantas,ilmu yang ada hari ini,mungkin sudah lapuk pada esok hari.
Secara hitungan yang mudah,manusia tetap akan mencari makanan untuk hidup,oleh itu sudah pastilah kerjaya menjadi seorang pekebun sayur mempunyai masa depan yang cerah,namun di menara gading manakah yang menawarkan kursus untuk menjadi seorang pekebun sayur.Wajarkah untuk menjadi seorang pekebun sayur itu menuntut ilmu di menara gading.Anda wajar menghitung bahawa anda berada pada tahun 2021,cuba anda fikirkan adakah situasi pekebun sayur tahun 2021 serupa dengan situasi pekebun sayur tahun 1975?
Sehubungan itu juga,sudah pasti anda berkeinginan mendapat pendapatan bulanan yang lumayan apabila anda bekerja kelak.Oleh itu anda fikirkanlah adakah anda menuntut di menara gading ini akan menjamin anda mendapat pendapatan bulanan yang lumayan?
Keputusan di tangan anda.
Saturday, August 21, 2021
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2021
Sungai Dinding luas muaranya,
Bukit Engku Busu berdiri megah;
Sejarah Malaysia usah dilupa;
Beratus tahun kita dijajah.
Bukit Teluk Kopiah di Segari,
Perjanjian Pangkor Kota Belanda;
Bersatu teguh
hidup disepakati;
Hidup merdeka kekal selamanya.
Friday, August 13, 2021
Menanti Juraian Meteor Perseids 2021 di langit .
Menjelang jam 11.00 saya memerhati langit,memandang bintang,namun cahaya lampu jalan menggangu intaian juraian yang mungkin berlaku.Memang tidak pernah memandang bintang dan langit pada waktu malam sebegini,merenung dengan penuh teliti.
Namun hasilnya tidak kunjung tiba,tiada nampak apa-apa pun,hanya kerlipan bintang yang kelihatan.Lantaran itu terus mengikut Juraian Meteor di Youtube Dark Sky Malaysia.Memang banyak input yang dikisahkan di dalam paparan Youtube itu.Dark Sky Malaysia telah memberikan saya sedikit input termasuklah kepada semua pelayar yang melayari Youtube Dark Sky Malaysia,Kepada yang dapat mengikuti soalan kuiz,sudah tentu lebih teruja.
Kini sudah membawa kepada hampir jam 3.00 pagi,celoteh di Youtube sudah pun berakhir,namun paparan cerapan juraian meteor tetap diteruskan.Apabila terjaga jam sudah pun pukul 5.17 pagi,teringat bual bicara pihak Dark Sky di Youtube,juraian meteor mungkin dapat dilihat hingga jam 6.00 pagi,bergegas ke luar rumah,Kagum dengan ciptaan-Nya,langit di atas bumbung rumah terbentang luas bintang-bintang.Menunggu dan menanti,lebih kurang hampir 17 minit,akhirnya,bersyukur diberikan ruang oleh-Nya ,dapat juga melihat sepintas lalu juraian seperti garisan tompoh putih di langit.
Terima kasih, kepada pihak Dark Sky Malaysia,input di Youtube memang sungguh bermakna.
Monday, August 9, 2021
Salam Maal Hijrah 1443H/2021M
Salam Maal Hijrah 1443H.Secara tuntas kedatangan Maal Hijrah ini kita sambut dengan meneruskan keupayaan dalam kehidupan kebiasaan baharu.Didoakan agar wabak Covid-19 ini akan beransur pulih.
Pun begitu,sudah semestinya kita wajar mematuhi cara hidup kebiasaan baharu.Kita jaga kita dan bertawakallah.Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443H./2021M.
Wednesday, August 4, 2021
Adakah Anak Anda Berfikiran Secara Inovatif.
Adakah anak anda boleh berfikir secara inovatif.Ibu bapa wajar menyedari bahawa ketika belajar di sekolah,anak anda akan dibimbing untuk berfikir secara inovatif.Justeru itu ,apabila berada di rumah ,ibu bapa pula boleh membimbing anak masing-masing berfikir secara inovatif.
Lantaran itu para ibu bapa pasti memahami akan maksud pemikiran inovatif.Ketika sesi PdPR pun pemikiran inovatif ini dijana sama ada secara dalam talian atau luar talian.
Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan para ibu bapa dalam memastikan setiap murid mencapai dan menguasai pemikiran inovatif amatlah disanjung tinggi.
Saturday, July 24, 2021
Bila Bersemuka Belajar?
Secara umum semua pihak menyedari ketika ini setiap murid menimba ilmu melalui PdPR.Oleh itu juga,sesi secara bersemuka akan bermula secara berperingkat mulai 1 September 2021.
Namun,para ibu bapa dan murid wajar menanti dengan penuh sabar akan makluman yang seterusnya.Pada era kebiasaan baharu ini,setiap ibu bapa dan murid sepatutnya sudah menghadami situasi dunia pembelajaran dan pengajaran ketika ini.
Yang penting setiap murid wajar terus berminat untuk belajar,jika ini dapat dikekalkan,proses PdP sama ada secara bersemuka atau PdPR akan dapat memberikan kesan yang baik kepada setiap murid.Tetapi jika daya minat murid telah pudar,sudah tentu akan menimbulkan masalah.
Juteru itu ibu bapa wajar memastikan minat anak mereka untuk belajar tetap tinggi,jika ada masalah,wajarlah berbincang dengan pihak sekolah.
Bahkan guru bimbingan dan kaunseling dapat memberikan bimbingan dan penerokaan belajar dalam kabiasaan baharu.Setiap murid wajar berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah masing-masing seandainya mereka mengalami masalah.
Marilah kita berdoa agar sesi belajar secara bersemuka akan dapat diadakan pada September ini.
Saturday, July 10, 2021
Syair Zulhijah 1442H/2021
Bulan Zulhijah datang menjelma,
Ibadah haji di bumi tercinta,
Wajah Kaabah terbayang di mata,
Rindu di hati tiada terkira.
Nabi Ibrahim teladan semua,
Peristiwa korban pedoman kita,
Doa diangkat sungguh sekata
Kepada-Nya mohon segala.
Masa kini Covid-19 melanda,
Barisan Hadapan siap siaga,
Ibu bapa berkorban segala,
Pendidikan anak tidak dialpa.
Bulan Zulhijah bulan mulia,
Amal ibadah teruskan jua,
Tabahkan hati kuatkan jiwa,
Tawakal kita kepada-Nya
*Salam Zulhijah daripada BBBGPMS SITIAWAN.
Tuesday, July 6, 2021
Bakti Ayah dan Ibu pada ketika wabak Covid-19.
Pada ketika wabak Covid-19 ini,masyarakat umum sudah pun menyedari akan persekolahan anak-anak mereka diadakan secara maya.PdPR diadakan agar murid-murid terus menerima ilmu.
Justeru itu pastinya ibu bapa murid-murid itu,perlu menyediakan peranti kepada anak-anak mereka,termasuklah data Internet.
Lantaran itu setiap murid wajar berterima kasih kepada ibu bapa mereka yang sedaya upaya menyediakan perkakasan belajar mereka ketika PdPR.Bakti ibu bapa itu amat besar nilainya.
Umum juga menyedari dan insaf betapa sukar dan jerihnya setiap ibu bapa dalam menyediakan peranti untuk anak-anak mereka.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Sewajarnya setiap murid berterima kasih kepada ayah dan ibu masing-masing.Bersyukurlah.
Monday, June 28, 2021
Murid Tahun 6 dan PdPR 2021?
Apa khabar murid Tahun 6,diharapkan sihat sejahtera.Bagaimanakah perasaan kamu ketika ini?Apakah perasaan kamu belajar secara PdPR?
Sesungguhnya suka atau tidak suka kamu sebagai murid Tahun 6 2021,perlu belajar melalui proses pembelajaran secara PdPR.Bahkan sesi kokurikulum pun boleh dilaksanakan melalui PdPR,yakni secara dalam talian atau luar talian.
Adakah kamu mempunyai masalah belajar secara 'online;jika kamu mempunyai masalah, kamu sepatutnya memberitahu guru kamu ,bahkan boleh berbincang dengan kaunselor di sekolah kamu.
Rumusannya kamu perlu gigih dan tabah dalam berhadapan dengan situasi kebiasaan baharu ini,berbincanglah dengan pihak sekolah jika kamu mempunyai masalah.Sesungguhnya pilihan di tangan kamu.
Sunday, June 20, 2021
Sebuah Coretan pena daripada Dr.Chubby Comot
Berikut dikongsikan sebuah kiriman cerpen yang mengisahkan pengalaman penulis dalam mengikuti kursus yang dilaksanakan oleh Gpms Perak.Tentu Tuan Tam ingat akan penulis ini,cuma saya tidak dapat mencari satu foto sewaktu berkayak dalam program Rentas Selat Dinding 1.
Namun dalam perkongsian ini penulis menyatakan tentang Lata Kekabu,tentu ada yang masih ingat tentang program di Lata Kekabu.Terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi coretan untuk tatapan para pembaca.
-foto penulis-
“Saya bilang dalam kiraan sepuluh, semua peserta perlu
berada di tempat perhimpunan dengan lengkap berpakaian sukan”
10...
9..
8..
7..
Keletap keletuppp!!
Bertempiaran bunyi tapak kaki peserta kursus berlari menuju
tempat berhimpun, semua berharap sempat berhimpun dalam kiraan komander kursus
perkaderan GPMS sekitar tahun 1999 di Institut Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung Kg Rahmat Batu Gajah Perak.
GPMS bukanlah gagasan asing dalam hidup aku, kerana mama aku
juga pernah melalui PENGKADERAN GPMS di Universiti Malaya sekitar tahun 1978.
Terngiang-ngiang kata-kata mama semasa menghantar aku
mendaftar di Universiti Malaya untuk pengajian Sarjana Muda Pembedahan
Pergigian.
“Pertama kali mama jejakkan kaki di UM ini semasa mama dapat
ikut Kursus Pengkaderan GPMS, mama berkesempatan jumpa dengan NORDIN KARDI,
mama juga menyanyikan lagu, Anak Kecil Main Api.”
Begitulah.
Lain benar gaya penyampaian komander kali ini, berat pula
provokasi yang dilontarkan.
Dentum kata hati aku.
Sejak aku menghadiri KURSUS JATI DIRI di Lata Kekabu anjuran
GPMS Negeri Perak semasa cuti sekolah, ketika aku di tingkatan 4, aku
seolah-olah mengikatkan diri menjadi KADER pada setiap hujung minggu disitu
bersama aktiviti sukarelawan untuk seminar peperiksaan percuma yang bermisikan
PENDIDIKAN.
“Anak-anak melayu ini pemalas, tak sedar diri. Hanya
mengharapkan duit subsidi. Anak melayu tak ada masa depan.” Komander terus
memprovokasikan kami semua.
Ewah!! Lebih sangat dah komander ini, apa dia ingat kami
anak melayu tak ada perasaan.
Dalam ketaksetujuan aku bangun dan aku angkat tangan sambil
aku jerit.
“Bantahan!!!”
“Saya tak setuju.”
“Awak siapa nak degil lawan cakap saya, awak bangun pergi
hujung sana sekarang.” Arah komander dan aku akur.
Provokasi demi provokasi diteruskan hingga selesai.
Kewajaran demi kewajaran didedahkan supaya difahami nilai dari perhimpunan
provokasi itu tadi.
Maka aku simpulkan bahawa anak melayu zaman dahulu terlalu
tebal rasa hormat mereka.
Jika diperhatikan, ada kebenarannya. Remaja dahulu diasuh
dan dididik dengan sifat sopan santun yang sangat tinggi. Ini termasuklah dari
sudut penggunaan bahasa yang keluar dari mulut mereka.
Hendak dibandingkan dengan remaja sekarang, penggunaan
bahasa tidak dijaga dengan baik. Bahkan, ada yang berani mengeluarkan kata-kata
kesat kepada orang yang lebih tua dari mereka. Bercakap dengan mereka yang
lebih berumur seperti rakan-rakan dan tiada sopan santunnya.
Berbanding pelajar zaman dahulu, mereka lebih berasa
kepayahan untuk menimba ilmu. Dengan keadaan yang serba kekurangan itulah
mereka berusaha sedaya upaya, mengerah akal fikiran, memperbanyakkan bahan
bacaan, dan ada yang perlu berjalan kaki atau menaiki basikal semata-mata untuk
menyiapkan suatu tugasan.
Begitulah antara beberapa perbezaan yang ketara antara
remaja dahulu dan sekarang. Sungguhpun begitu, segalanya bergantung kepada
remaja itu sendiri dalam membawa hala tuju dan diri mereka.
Semakin moden zaman itu, maka semakin mencabarlah kehidupan
yang dilalui. Justeru itu, peredaran zaman tersebut seharusnya diambil sebagai
suatu peluang dan dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan.
“Dunia ini hanya terdiri atas tiga hari, iaitu kelmarin, ia
telah pergi bersama dengan semua yang menyertainya. Esok, engkau mungkin tidak
akan menemuinya. Dan, hari ini itulah apa yang engkau miliki.
Oleh itu, beramallah untuk bekalan di sana nanti.”
Belajar terus belajar.
Walahualam.
—
Dr .Chubby Comot—
Saturday, June 19, 2021
Coretan Anda Berbakti di Institut Gpms Perak?
Salam sejahtera,jika anda ada coretan pengalaman sewaktu berbakti di Institut Gpms Perak,boleh kongsikan di sini,dengan menghantar coretan anda itu ke e-mel berikut,kisockamal@gmail.com,
Coretan anda boleh berbentuk foto,penceritaan,atau pun ilmiah.
-Tanda nama urus setia pada ketika itu-
Sunday, June 13, 2021
Syabas Pelajar SPM 2020.
Kini anda sebagai calon SPM akan membuat beberapa pilihan,pilihan itu di tangan anda.Bahkan anda juga boleh berbincang dengan ibu bapa,keluarga,rakan taulan,saudara mara dan guru dalam memilih perjalanan anda selepas ini.Apakah anda akan menyambung pengajian anda,jika ya,di mana?
Atau anda mahu terus bekerja dan membantu keluarga.Semua itu di tangan anda,anda yang akan memilih dan menentukan keputusan itu.
Thursday, June 3, 2021
Menggapai Hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan ?
Kini umum menginsafi bahawa setiap murid menerima pendidikan sama ada secara bersemuka atau pun melalui PdPR.
Justeru itu amatlah wajar setiap anggota masyarakat memahami akan hakikat hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahkan sekali sekala merenung kembali akan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Dalam situasi kebiasaan baharu ini,sudah sewajarnya pihak sekolah,ibu bapa,penjaga,komuniti setempat dan agensi swasta serta badan-badan bukan kerajaan membantu dalam memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang sewajarnya, walaupun dalam kebiasaan baharu.
Kerjasama erat ini amat penting dalam memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang adil , sama ada secara bersemuka atau PdPR.
Sunday, May 23, 2021
Palestin Tetap Menang.
Kekejaman tentera rejim Zionis membunuh warga Palestin yang tidak berdosa.Pastikan anda mendidik generasi anda agar membela nasib rakyat Palestin.
Saturday, May 8, 2021
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Guru 2021
Kini Ramadan telah hampir sampai ke penghujungnya.Diharapkan Ramadan kali ini membawa erti yang lebih bermakna kepada anda semua.
Begitu adanya perayaan Aidilfitri dan Hari Guru jatuh pada bulan Mei tahun 2021.Sehubungan itu juga,kita akan meraikannya berlandaskan SOP yang ditetapkan oleh pihak berwajib.
Marilah kita berdoa agar wabak Covid-19 akan dapat diatasi,dan kita dapat menikmati kehidupan seperti sedia kala.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri,maaf dipinta,dan Selamat Hari Guru,terima kasih atas setiap bakti yang para guru curahkan.
Saturday, May 1, 2021
Selamat Tinggal Upsr.
Sudah semestinya pihak ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6,amat gembira dengan keputusan pemansuhan UPSR.Berita ini amat menceriakan murid-murid Tahun 6 dan pihak ibu bapa dan penjaga.
Kini pencapaian murid Tahun 6 akan ditaksir melalui PBD.Para ibu bapa dan penjaga,murid Tahun 6 tentu arif akan hal ini.
Pun begitu hal utama yang wajar difikirkan ialah pencapaian murid tahun 6 itu bergantung sepenuhnya kepada daya usaha murid tahun 6 itu sendiri.
Selamat tinggal UPSR.Selamat datang PBD.
Wednesday, April 28, 2021
Alah Bisa,Tegal Biasa:PdPR Selepas Cuti Raya 2021
Sudah tentu PdPR ,menjadi satu cara menimba ilmu.Sejak Covid-19 melanda Malaysia,murid-murid sekolah dan pihak ibu bapa sudah biasa dengan PdPR.Oleh itu diharapkan murid-murid akan terus dapat menimba ilmu dan belajar ,walaupun tidak secara bersemuka.
Merujuk paparan rajah di atas,pihak sekolah mempunyai masa untuk menyusun atau memilih cara yang sesuai bagi murid masing-masing dalam meneruskan PdPR.Yang penting walaupun tidak bersemuka ,murid tetap belajar.
Pun begitu,menjadi harapan besar, peralatan belajar murid dapat diperkasakan,Pihak berwajib wajar mencari jalan agar semua murid di negara ini dapat mengikuti PdPR dengan selesa.Amatlah wajar,sekiranya setiap murid telah mempunyai peranti untuk mengikut sesi PdPR.
Sunday, April 11, 2021
Selamat Datang Ramadan yang Mulia.
Insya-Allah ,detik Ramadan akan tiba, dan selamat berpuasa pada bulan Ramadan.Diharapkan Ramadan pada kali ini akan lebih memberikan kekuatan dan hikmah kepada kita.
Salam Ramadan.Maaf dipinta.
Saturday, April 3, 2021
Dadah Musuh Negara Serantau.
Blogger berkesempatan mengikuti satu sesi webinar antarabangsa seperti papatan di atas.
Dapatlah disimpulkan bahawa dadah tidak mengenal apa,di mana dan siapa.Para ahli panel telah berjaya membentangkan apa yang telah dilakukan dan akan dilakukan dalam mencegah gejala dadah ini .
Syabas kepada para penganjur kerana webinar ini telah membuka ruang yang lebih luas dalam 'Pendidikan Pencegahan Dadah.'
Pengalaman tiga negara serantau ini dapat meningkatkan komitmen dalam mendidik generasi kini agar tidak terjebak dengan gejala dadah.
Peranan setiap warga amat penting dalam 'Pendidikan Pencegahan Dadah ini.'
Tuesday, March 30, 2021
Selamat Belajar dalam Kebiasaan Baharu.
sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan
gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
- memastikan saringan demam serta gejala batuk,
selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan
terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap
hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan
bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C
atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke sekolah.
Kesimpulannya kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa/penjaga dapat memastikan sesi persekolahan berjalan dengan lancar dan selamat.
*Selamat belajar dan selamat berpuasa di bulan Ramadan.
Saturday, March 20, 2021
Perlukah Murid Sekolah diberikan Bimbingan Tambahan ?
Perlukah anak anda mengikuti kelas tambahan.Jika perlu,bilakah masa yang paling sesuai utnuk mereka diberikan kelas tambahan?
Saturday, March 13, 2021
Apa Khabar Murid Tahun 6 2021.
Murid Tahun 6 2021,tentu begitu gembira kerana dapat belajar secara bersemuka sejak 8 Mac lalu.Oleh itu sudah semestinya mereka sudah pun membuat pilihan hala tuju selepas tamat belajar di tahun 6,mereka mahu ke mana pula.
Mereka perlu tahu,apa yang patut mereka kuasai dan apa pilihan mereka ,sama ada belajar di sekolah menengah harian biasa atau sekolah berasrama penuh atau sekolah-sekolah lain.
Sepatutnya murid tahun 6 telah tahu apa yang patut mereka lakukan jika ada hati hendak belajar ke Sekolah Berasrama Penuh atau Sekolah Rancangan Khas.
Mereka wajar merujuk kepada guru Unit Bimbingan Kaunseling masing-masing.Sesungguhnya belajar di mana-mana pun sama sahaja,namun tidak salah jika mahu berasa belajar di sekolah berasrama penuh.Pilihan itu di tangan murid tahun 6 itu sendiri.
Wednesday, March 3, 2021
SPM ITU PENTING:KLIK PAPARAN DI JEJANTAS BANDAR SITIAWAN
Syabas Gpms Sitiawan.Anda menghargai calon-calon SPM yang menduduki peperiksaan SPM pada waktu wabak Covid-19.
Tuesday, February 9, 2021
Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Wednesday, January 27, 2021
Organisasi Belia Sewaktu PKP 2.0
Tanpa menyatakan data-data tertentu,sudah semestinya terdapat jumlah yang agak besar yang menjadi ahli persatuan atau ahli dalam organisasi belia.Melalui pertubuhan belia masing-masing, tentu banyak aktiviti yang telah dilakukan pada ketika ini,aktiviti yang menjurus kepada kebiasaan baharu.
Pun begitu,dalam menoleh bidang pekerjaan, situasi kerjaya para belia,sukar untuk diterjemahkan,apakah status yang para belia hadapi ketika ini.Adakah ahli belia sudah arif mengenai 'ekonomi digital.'
Namun kini ruang pekerjaan di bidang 'penghantaran makanan dan barangan sudah boleh menjadi punca mencari wang saku para belia.
Justeru itu,sudah menjadi kebiasaan setiap pertubuhan belia akan mengadakan pelbagai program di atas talian dalam memberikan input-input yang bermanfaat kepada ahli persatuan masing-masing.
Bagaimanakah dengan anda, anda ahli persatuan belia?
Friday, January 8, 2021
Anda telah Bersedia untuk Sesi Persekolahan 2021.
Saturday, January 2, 2021
Calon-Calon SPM,Tekadkan Azam.
Rajah 1 |
Kini awal Januari 2021 telah pun melangkah detik-detik waktu.Diharapkan calon-calon SPM tahun 2020 telah pun bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,namun setiap calon SPM ada matlamat masing-masing.
Berdasarkan rajah 1,cuba tuliskan sebuah karangan yang panjangnya antara 15 hingga 30 patah perkataan atau nyatakan perasaan anda ketika melihat rajah 1 itu?
BBBBGPMSSITIAWAN mendoakan kejayaan anda.
Friday, January 1, 2021
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...