Semua orang tahu,bahawa tulang belakang bagi sesebuah negara itu ialah para belianya.Malaysia ialah sebuah negara yang mengambil berat akan hal ehwal para belianya.Namun adakah para belia di negara ini cakna akan keprihatinan ini?
Bagi orang muda yang memegang jawatan atau menjadi ahli persatuan belia sudah tentu memahami akan Akta 668-Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
Justeru itu bagi orang muda yang menjadi ahli sesuatu pertubuhan belia sudah pasti memahami bahawa antara tujuan memasuki sesuatu pertubuhan belia itu ialah untuk menimba pengalaman dan berkongsi ilmu demi kemajuan diri dan bersedia menjadi pemimpin pelapis negara pada masa akan datang.
Menjelang penghujung tahun 2021 bolehkah seseorang yang berumur 15 tahun bertanding untuk jawatan dalam sesuatu organisasi belia? Begitu juga,bolehkah seseorang yang berumur 33 tahun bertanding untuk jawatan dalam pertubuhan belia?
Dari tahun 2007 hingga kini bagaimana corak pembangunan belia di Malaysia atau di tempat anda?
Amatlah ironis jika belia hari ini tidak cakna akan hal ini.Jika orang muda tidak cakna ,maka berkuburlah sesuatu organisasi belia itu.