Sunday, August 30, 2020

Malaysia Prihatin:Tuan Haji Zakaria bin Che Ya ,Anggota Polis 1951.

Saad bergambar dengan  Tuan Haji Zakaria bin Che Ya.Gambar ini diambil di Kg.Sitiawan,Perak.


    Dalam temu bual ringkas,Tuan Haji Zakaria bin Che Ya,menyatakan beliau berkhidmat sebagai anggota polis pada tahun  1951.Pada ketika itu unit polis dipanggil dengan pelbagai nama berdasarkan situasi darurat  dan ancaman komunis.


       Pesanan Tuan Haji Zakaria kepada  generasi muda,"kita hendaklah sentiasa berwaspada dan bersiap siaga,lihatlah kekejaman komunis pada zaman darurat.


*Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan mengucapkan  Selamat menyambut Hari Kebangsaan .

Terima kasih kepada pejuang kemerdekaan dan pejuang yang tidak didendang.

MALAYSIA  PRIHATIN.

Sunday, August 23, 2020

Malaysia Prihatin:Apa itu Pasokan Kawalan?

       Apa itu Pasokan Kawalan,apakah tugas ahli Pasokan Kawalan?
 

Dalam, meniti peristiwa pascakemerdekaan terdapat beberapa peristiwa telah berlaku ,sebab itu ada rakyat Malaysia yang menjadi  ahli Pasokan Kawalan.Siapakah ahli Pasokan Kawalan dan apakah bidang tugas mereka?

      Adakah peranan mereka sama seperti anggota Rela pada masa kini atau anggota Home Guard pada masa darurat?

     Generasi muda wajar mengambil tahu dan cakna akan kisah-kisah sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan  dan selepas  Malaysia  kemerdekaan.


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.

Thursday, August 20, 2020

Menghayati Tema Sambutan Maal Hijrah 1442H/2020M

 'Ummah Rabbani Negara Harmoni' ialah tema sambutan Maal Hijrah 1442H. oleh itu marilah kita bersama-sama melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dalam merealisasikan matlamat diri,organisasi,kerjaya,keluarga dan masyarakat.

        Masyarakat yang harmoni akan membentuk negara yang aman sejahtera.Berazam membuang yang keruh dan mengambil yang jernih,yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul dapat dijadikan asas dalam berhadapan dengan masa depan yang kian mencabar.

        Kita amat sedar bahawa  antara nilai dalam peristiwan hijrah ialah pengorbanan dan persaudaraan.Bersatu teguh bercerai roboh.


Salam Maal Hijrah.

Sunday, August 16, 2020

Dekad Ini Dekad Anda

 

Dekad Ini Dekad Anda,itu yang para belia tentu tahu akan tema sambutan Hari Belia tahun 2020.

Namun siapakah belia itu?Apa pula persatuan belia?Bagaimanakah situasi belia di tempat anda?

 Adakah anda penggiat belia?

          Siapa pun anda,yang penting belia di negara ini wajar bersedia menghadapi cabaran masa depan kerana dekad ini ialah dekad para belia.Justeru itu komuniti belia dan pertubuhan belia wajar mempunyai agenda yang kukuh dalam membantu belia berdepan dekad ini.

            Sehubungan itu juga,sudah tentu di kalangan ibu bapa memahami sama ada anak-anak mereka sudah mencapai tahap umur belia dan wajarkah anak mereka itu berkhidmat bakti dalam organisasi belia atau badan bukan kerajaan.

             Belia yang produktif  wadah pembina pembangunan negara.


Monday, August 3, 2020

Anda Prihatin dengan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2020.




Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?Apakah tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.Anda tentu tahu.
          Bagaimanakah  dengan keprihatinan anda dalam menghayati kemerdekaan Malaysia?Atau adakah tahap keprihatinan rakyat Malaysia akan sejarah kemerdekaan negara kian pudar?

          Apakah maksud tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.Jika anda mengamalkan kebiasaan baharu anda sudah pun menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

           Adakah anda sudah mengibarkan Jalur Gemilang?

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...