Thursday, July 30, 2020

Benarkah GPMS sudah tiada Tokoh dan Juara?

Benarkah GPMS sudah tiada 'Tokoh dan Juara?'



Menjelang kedatangan Hari Raya Aidiladha 1441H,Haji Zainal Noor telah menghantar satu mesej yang berlegar-legar tentang "GPMS sudah mula tiada Tokoh dan Juara?'

       Mungkin ada fakta-fakta tertentu yang mencetuskan persoalan begitu.Namun benarkah Gpms sudah mula ketiadaan tokoh dan juara?Jika benar apa yang patut dilakukan?

        Dalam buku hasil tulisan  Haji Zainal Noor 32 Tahun bersama GPMS ,komponen pengkaderan
menjadi satu wadah penting dalam membina pemimpin pelapis Gpms.

        Jika benar ketika ini Gpms sudah mula ketiadaan tokoh dan juara,maka  tentu ada faktor yang menyebabkan Gpms sudah mula tiada Tokoh dan Juara.

        Organisasi yang hebat ialah organisasi yang boleh hidup pada sepanjang zaman mengikut  acuan zamannya.

Saturday, July 18, 2020

Apa Khabar Murid Tahun 6 2020.?

Apa khabar murid tahun 6,tentu gembira kerana sesi persekolahan  telah pun bermula setelah begitu lama duduk di rumah akibat wabak Covid-19.

          Sehubungan itu juga walaupun UPSR tahun 2020 dibatalkan,murid-murid tahun 6 sewajarnya akan mencapai dan menguasai 'Fokus Kssr'.

          Ibu bapa dan penjaga sudah tentu sedia maklum akan  tahap pencapaian yang perlu dikuasai oleh anak-anak mereka.

           Di sekolah ,guru-guru  akan menggunakan pelbagai cara dan kaedah agar anak didik tahun 6 mereka mencapai 'Fokus Kssr'.

          Diharapkan murid tahun 6 tetap bermotivasi untuk mencipta kejayaan dan meningkatkan penguasaan dan  pencapaian mereka agar  berasa selesa apabila melangkah ke sekolah  menengah.

Monday, July 6, 2020

Bersediakah Anda:Pembelajaran Hibrid?



  Kini sesi persekolahan  sudah pun dibuka secara berperingkat.Bermula dengan kelas yang akan menduduki peperiksaan awam,prasekolah dan seterusnya mencakupi semua murid berdasarkan pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

     Oleh itu sewaku bemulanya Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19,  para ibu bapa dan pelajar serta masyarakat Malaysia teruja dengan belajar secara dalam talian.Pengggunaan Google Classroom,aplikasi whatsApp dan telegram menjadi pilihan guru untuk menghantar tugasan kepada murid-murid.Ibu bapa mengambil peranan penting dalam membantu pembelajaran dalam talian ini.

      Persoalannya apakah kita sudah bersedia dengan pembelajaran hibrid ini?Atau masih lagi bergantung kepada pembelajaran secara tradisional semata-mata.(bersemuka)

     Ibu bapa dan murid wajar bertindak dari sekarang dan bersedia untuk belajar secara pembelajaran hibrid.

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...