*Blogger sempat mengikuti sesi forum ,soalan para peserta adalah baik dan ahli panel mampu mengupas setiap persoalan mengikut bahasa anak muda.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Sunday, September 29, 2019
FORUM IKON ANAK MUDA OLEH GPMS PERAK 2019
*Blogger sempat mengikuti sesi forum ,soalan para peserta adalah baik dan ahli panel mampu mengupas setiap persoalan mengikut bahasa anak muda.
Thursday, September 26, 2019
Kem Pembugaran Sikap Tingkatan 4 2019
-Kuliah Maghrib disampaikan oleh Saudara Saad drp
Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan.
-sesi kuliah Maghrib-
-antara fasilitator daripada Gpms Sitiawan -
*Kem Pembugaran ini dikelolakan oleh Gpms Perak,yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dari sebuah sekolah menengah .
Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan.
-sesi kuliah Maghrib-
-antara fasilitator daripada Gpms Sitiawan -
*Kem Pembugaran ini dikelolakan oleh Gpms Perak,yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dari sebuah sekolah menengah .
Monday, September 23, 2019
Kepimpinan Muda Gpms- Apakah Agenda Mereka?
Secara realistik sesebuah organisasi akan bertukar ganti pemimpinnya.Pemimpin boleh datang dan pergi mengikut masa dan ketikanya.Bahkan ramai percaya bahawa sesebuah organisasi berkelangsungan dengan sejarah organisasi itu diwujudkan.Mengapakah Gpms ditubuhkan?
Apakah wadah yang diperjuangkan oleh Gpms? Ahli Gpms tentu tahu ,malah 'Pemimpin Muda Gpms" amat tahu.
Realistik juga,persekitaran jangka masa waktu Gpms ditubuhkan amat berbeza dengan situasi yang Gpms perlu hadapi ketika ini.Lantaran itu ketika ini Gpms kemungkinan sedang melalui proses pembugaran.
Senario ketika ini dapat dilihat Gpms Kebangsaan ,Gpms Negeri dan Cawangan mempunyai pemimpin yang berkebolehan,berdaya maju,kreatif dan kritis.Pelajar-pelajar Melayu yakin akan kejituan mereka memperjuangkan nasib hala tuju pendidikan pelajar-pelajar Melayu sama ada di peringkat sekolah atau menara gading.
Akhirnya agenda mereka sudah tentu berteraskan Mukadimah Gpms.Selamat berorganisasi.
Monday, September 9, 2019
Selepas UPSR 2019,,Murid Tahun 6 Buat apa?
Tidak beberapa hari lagi,peperiksaan UPSR 2019 akan berakhir.Kebiasaannya murid-murid tahun 6 akan berasa bahawa mereka sudah bebas merdeka dalam menimba ilmu.Pihak sekolah pula akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran(PdP) .Namun yang lebih penting ialah kebolehan pihak sekolah melaksanakan Pengajaran dan Pemudahcaraan(PdPc) kepada murid-murid Tahun 6 yang telah pun menduduki UPSR.
Murid Tahun 6 dan ibu bapa wajar memahami bahawa pentaksiran bilik darjah akan terus berlaku dan murid-murid tahun 6 akan belajar seperti biasa,namun pihak sekolah diberikan ruang yang wajar dalam memikirkan program selepas Upsr.
Banyak perkara yang boleh difikirkan oleh murid tahun 6 itu sendiri ,mereka boleh bertanya apakah mereka sudah khatam Al-Quran? Sudah menguasai asas kebolehan berbahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan bahasa Arab..
Bagimanakah tahap kesihatan mereka,adakah mereka obesiti?Setakat manakah mereka mampu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi,yakni menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Contohnya: Selepas tamat persekolahan di sekolah rendah,mereka mahu belajar di sekolah menengah yang bagaimana? Atau mereka hanya menurut pilihan ibu bapa?
Namun yang amat ditakuti ialah apabila terdapat segelintir murid tahun 6 yang akan terikut-ikut dengan pengaruh persekitaran yang negatif.Jika ini berlaku amat malanglah bagi murid itu.
Pada masa hadapan dunia mahukan manusia yang berilmu dan beradab,bijaksana,mampu menyelesaikan masalah dan berdaya saing.
"BBB GPMS SITIAWAN MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA.'
Sunday, September 1, 2019
Dari Lekir ke London 2019.:Sejenak di Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Tuan Tam.
-
-antara yang hadir(atas)
Tuan Tam dan anakandanya.
BBB Gpms Sitiawan mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara
-antara yang hadir(atas)
Tuan Tam dan anakandanya.
BBB Gpms Sitiawan mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara
Tajul Azmir Bin Mustapa sekeluarga atas kejayaan anakanda beliau Lokman Nor Hakim menyambung pelajaran di London.Kepada Lokman selamat menimba ilmu.
"Dari Lekir ke London:Dari Tadika Sepakat Budi Sitiawan ke UCL.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...