Didoakan kesejahteraan dan kemudahan kepada anda semua.Kepada barisan kepimpinan Gpms Sitiawan yang baharu,selamat bertugas dan selamat berbakti.
Terima kasih atas komitmen dan khidmat bakti kepada barisan kepimpinan Gpms Sitiawan yang terdahulu.Jasa bakti saudara dan saudari amat besar dalam bergerak sebagai pertubuhan belia yang berpaksikan pendidikan.
BBB Gpms Sitiawan akan membantu selagi terdaya .Belajar Terus Belajar.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Saturday, August 31, 2019
Friday, August 30, 2019
Selamat Menduduki UPSR 2019.
Selepas menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan kedatangan Tahun Hijrah 1441,murid-murid tahun 6 akan menduduki UPSR tahun 2019.Sudah pastilah calon-calon Upsr sudah bersedia dan telah membuat ulang kaji yang sepatutnya.Gunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menjawab dan memahami kehendak soalan.
Manfaatkan hari cuti umum itu dengan mengulang kaji pelajaran.Pastikan juga menjaga kesihatan diri dan emosi.Usah lupa meneliti Jadual UPSR yang telah diberikan oleh pihak sekolah.
Para ibu bapa wajar memberikan semangat kepada calon-calon Upsr.Doakan kejayaan mereka dan berikan sokongan kepada mereka.
Kepada calon-calon UPSR 2019 BBBGPMS SITIAWAN mendoakan diberikan kemudahan dan ketenangan serta memperoleh keputusan yang diidam-idamkan.
*Rabu 4.9.2019-Kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.
Khamis-5.9.2019-Kertas Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan.
Selasa 10.9.2019-Matematik kertas 1 dan Matematik kertas 2.
Rabu-11.9.2019-Sains kertas 1 dan Sains kertas 2.

Thursday, August 15, 2019
Menyusuri :Selamat Ulang Tahun Penubuhan GPMS yang ke 71
Menyusuri semangat Gpms yang kini menyambut Hari Ulang Tahun yang ke 71,Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan menyusuri kisah dan peristiwa yang ruang lingkupnya berkisar kepada catatan aktiviti Gpms Sitiawan khasnya dan Gpms secara umumnya.
Mungkin boleh dinyatakan Gpms itu 'sebuah sekolah kepimpinan',yang berdenyut dan mendidik ahlinya erti dunia kepimpinan yang penuh rencam dan rencah.Keriangan,kedukaan,konflik,hala tuju,cabaran,halangan dan mara adalah kerja orang Gpms.
Masa berlalu terasa pantas ,1948 hingga 2019,Gpms itu tetap berdiri di bumi watan ini.Setiap pemimpin Gpms dan ahli Gpms sudah boleh menilai akan bakti Gpms.Masa depan Gpms itu bagaimanakah harapan dan rencahnya?
Pada catatan ini,foto-foto ini menceritakan akan kisah-kisah Gpms Sitiawan khasnya dan Gpms secara umumnya.Kepada kepimpinan Gpms masa kini , teruskan perjuangan.
*Sekelumit foto sahaja.

Friday, August 9, 2019
Gpms Sitiawan dan Program Foodbank 2019.
'Foodbank' di Sk Seri Samudera.
'Foodbank' di Sk Seri Samudera.
'Foodband' di Sk Lekir.
'Foodbank' di Sk Sitiawan.
Gpms Sitiawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK SERI SAMUDERA,Guru Besar SK LEKIR dan Guru Besar SK SITIAWAN atas kesudian menerima kehadiran 'Program Foodbank'.
Pengelolaan 'Program Foodbank ' ini dikendalikan oleh Saudara Muhammad Anwar Azwan bin Ali Basri.(Ydp Gpms Sitiawan),Saudara Hanif(Timbalan Ydp Gpms Sitiawan)Saudara Aiman,(Ketua Penerangan Gpms Sitiawan) dan saudara Alif.(Ajk Gpms Sitiawan)
Sesungguhnya Pelaksanaan Program Food Bank Malaysia diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP)
Pihak kerajaan juga telah melancarkan Yayasaan Food Bank Malaysia dan mempelawa badan-band korporat dan pertubuhan NGO untuk bersama-sama menjayakan Program FoodBank Malaysia.

Friday, August 2, 2019
Selamat Datang Bulan Zulhijah 1440H
Masa yang berlalu terasa pantas ,kini menjelma bulan ke-12 tahun hijrah iaitu bulan Zulhijah.Pada tahun ini bulan Zulhijah tiba pada masa menjelangnya cuti pertengahan penggal dua persekolahan.
Oleh itu amatlah wajar murid-murid tahun 6 khususnya mengambil ruang waktu cuti ini untuk menghayati kemuliaan bulan Zulhijah dan mengulang kaji pelajaran.
Sekiranya ada sekolah yang mengadakan kelas tambahan,para ibu bapa wajar membuat keputusan yang sewajarnya,malah pihak sekolah juga molek untuk berbincang dengan pihak ibu bapa dan mengambil keputusan yang paling ideal.
Sesungguhnya bulan Zulhijah ini membawa kisah teladan pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Ismail alaihissalam.
Justeru murid tahun 6,ibu bapa dan pihak sekolah wajar mengambil pedoman akan kisah pengorbanan itu.
Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha,masa cuti itu harus digunakan dengan sewajarnya.
*Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha-Maat dipinta.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...