Rajah 1*
Calon-calon UPSR 2018,telah mengetahui bahawa keputusan UPSR akan diumumkan pada 29 November 2018 .Oleh itu pihak ibu bapa dan penjaga hendaklah dengan perasaan empati menerima keputusan anak-anak mereka.
Wajar diingatkan bahawa keputusan UPSR hanyalah salah satu komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2018.
Oleh itu amat wajar pihak ibu bapa,penjaga dan guru menerima dan meraikan keputusan UPSR dengan perasaan yang 'empati'.
Lebih-lebih lagi PPSR itu mencakupi pencapaian calon dalam komponen yang berikut;
- Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)
-Pentaksiran Pusat (PeP) :Yakni Upsr bagi sekolah rendah.
-Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
-Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Sehubungan itu,ibu bapa dan penjaga murid bolehlah berinteraksi dengan "Guru Bimbingan dan Kaunseling" jika mahu mengetahui akan pencapaian anak mereka dalam PPsi.
Akhirnya diharapkan setelah menerima keputusan PPSR masing-masing,murid-murid tahun 6 dapat mengambil langkah-langkah yang positif sewaktu belajar di sekolah menengah.'Empati" ,ibu bapa,penjaga dan guru mampu menolong murid-murid tahun 6 membina langkah asas untuk mencipta kejayaan pada masa akan datang.
*Tujuan 'Profil Murid" sekiranya menggantikan slip keputusan UPSR.
Kandungan Profil Murid mencakupi PBD,PeP,PAJSK dan PPsi)
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Monday, November 26, 2018
Thursday, November 15, 2018
Apakah yang anda lakukan setelah keputusan UPSR 2018 diumumkan?
Tidak berapa lama lagi,,Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau akronimnya PPSR akan diketahui oleh semua calon di sekolah masing-masing.Setiap calon kini berdebar-debar menunggu keputusan yang bakal mereka peroleh.
Antara komponen PPSR yang menjadi bualan ramai dan ditunggu-tunggu ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun 2018.Para ibu bapa dan guru-guru teruja untuk melihat pencapaian murid-murid tahun 6.Soalan yang bakal dicetuskan nanti antaranya; ialah
-Siapakah yang mendapat 6 A?
-Berapakah bilangan calon yang mencapai 6A
Hal ini bergantung kepada reaksi dan refleksi masing-masing.Pihak ibu bapa harus memahami bahawa PPSR mengandungi empat komponen.Oleh itu setiap murid tahun 6 wajar memahami akan maksud yang tersurat dan tersirat melalui komponen-komponen tersebut.
Kesimpulannya murid-murid tahun 6 wajar menyedari,pada tahun 2019 mereka melangkah masuk ke sekolah menengah.Mereka wajar tabah dan mampu bersedia untuk terus belajar dengan penuh iltizam.

Tuesday, November 13, 2018
Saturday, November 3, 2018
Tiada Lagi Peperiksaan Murid Tahap 1 pada tahun 2019.
Baru -baru ini Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik,menyatakan bahawa tiada lagi peperiksaan bagi murid Tahap 1,iaitu murid Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun 3.Oleh itu peperiksaan itu pula akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.
Oleh itu pihak ibu bapa wajar memahami akan isu ini.Pihak sekolah akan lebih maklumi akan hal itu dari masa ke semasa.Ketika ini pun Pentaksiran Bilik Darjah telah pun dilaksanakan di sekolah,,di samping pentaksiran sumatif.
Lantaran itu pentaksiran alternatif boleh dijadikan sandaran untuk melihat pencapaian murid tahun satu,tahun dua dan tahun tiga.Pentaksiran alternatif ini dapat mengukur 'holistik 'seseorang murid.Kemahiran berfikir murid lebih dapat dilihat melalui pentaksiran alternatif berbanding pentaksiran tradisional.
Namun ,menjelang 2019,pihak sekolah akan diberikan input pentaksiran untuk murid tahun satu,tahun dua dan tahun tiga.Ibu bapa tidak perlu gusar,bahkan sentiasa berinteraksi dengan pihak sekolah agar lebih memahami akan hakikat yang sebenarnya.
Yang lebih utama,menjelang murid itu memasuki Tahap 2,murid itu telah bersedia dan menguasai kemahiran membaca,mengira,menulis dan menaakul.Murid itu mampu untuk berdikari dan berkomunikasi dengan baik.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...