Saturday, September 23, 2017

AL-FATIHAH :NUR ADLINA BINTI MOHD RUSLAN,CATATAN KENANGAN 2017

i

kelmarin,

'kenalkan diri kamu kepada rakan-rakan kelas 6 Bijak,
nama saya Nur Adlina Binti Mohd Ruslan'.


ii

Aqilah,Siti,Nur Adlina dan Shah,kumpulan kamu bincang tajuk ini.

iii

Ketua kelas,siapa yang tidak hadir hari ini,
Nur Adlina tidak hadir:Dia tidak sihat
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul .

iv

Adlina ada di hospital Manjung.

dan
 hari ini 23 September 2017 :2 Muharam 1439H

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Bersemadilah Adlina di situ,dan itulah hakikat kehidupan
Kepada-Nya setiap manusia akan kembali.

Al-Fatihah.

Wednesday, September 13, 2017

'APABILA UPSR BERLALU PERGI,SEKOLAH TETAP DIKUNJUNGI' 2017

-Kemahiran berkomunikasi,berfikir,dan menyelesaikan masalah-*
-permainan ,sukan,  kecergasan,*
-program pemimpin muda-*

-Keupayaan berbahasa Inggeris-*
-keupayaan menghitung/mengira-*
-melukis,kraf*
-kuiz sains,kembara sains,saintis muda-*
-pemimpin maya-*

                                                                          - kerohanian -*

1.Berlalunya peperiksaan UPSR bukan bermakna murid-murid tahun 6 boleh berehat atau tidak hadir ke  sekolah.
2.Seseorang murid tahun 6,yang tidak hadir ke sekolah tanpa  alasan yang munasabah bolehlah dianggap sebagai murid yang tidak berdisiplin  dan berjati diri yang tinggi.
3.Ibu bapa wajar mengambil berat akan situasi anak  mereka selepas peperiksaan UPSR,pastikan mereka pergi ke sekolah dan melaksanakan aktiviti yang berfaedah.

*contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk murid tahun 6.

Ketemu lagi UASA 2024/2025

  Adakah anda telah bersedia untuk menduduki  Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...