Saban tahun,apabila keputusan UPSR diumumkan ,masing-masing tertumpu kepada bilangan calon yang mendapat semua A.(6A).Amatlah snis jika keputusan pencapain 6A tidak dipedulikan.Sejak dulu lagi,sekolah-sekolah yang mencapai keputusan pencapain '6A' diangkat sebagai sekolah yang bagus.
Oleh itu amatlah wajar pihak sekolah dan para ibu bapa melakukan aktiviti yang boleh membantu pelajar tahun 6 untuk mencipta '6A'.Rutinnya mengadakan kelas tambahan,teknik menjawab soalan,bengkel UPSR,latihan berfokus,kerja rumah dan mengikuti kelas tuisyen.
Ini membuktikan betapa penting untuk mencipta '6A' dalam Upsr.Salaras itu juga murid yang mendapat keputusan 6A ialah murid yang menguasai Kbat.Keupayaan menguasai Kbat ialah satu kelebihan tambahan untuk mencipta '6A'.
Kesimpulannya pada tahun 2017,apa harapan yang boleh diimpikan.Adakah akan berlaku peningkatan bilangan calon yang mendapat '6A'.Untuk itu,harus diingat semua calon Upsr berhak untuk mencipta '6A'.Usaha tangga jaya.Jika tidak mendapat 6A,semestinya calon-calon Upsr akan berusaha untuk mencipta keputusan Lulus atau Menguasai.