Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Sunday, December 31, 2017
Monday, December 25, 2017
Persekolahan 2018 :Ibu Bapa Senyum,Guru Senyum ,Murid Sejahtera
Monday, December 18, 2017
SELAMAT BERTUGAS KEPADA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG
Sunday, December 17, 2017
Anak Anda Mampu Berkomunikasi atau bagaimana?
2:Tahukah anda,sejak bila anak anda belajar menguasai bahasa-bahasa tersebut.
3:Adakah anda yakin mereka akan lebih menguasai dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan lebih baik setelah tamat persekolahan di peringkat menengah.
4:Lantaran itu adakah anda yakin,setelah tamat pengajian di kolej atau menara gading mereka akan lebih berkeupayaan berkomunikasi menggunakan bahasa-bahasa itu atau bagaimana?
5:Sesungguhnya menguasai komunikasi pelbagai bahasa atau menguasai dwibahasa merupakan keperluan pada masa akan datang.
*Jika anak anda,tidak mampu berkomunikasi dengan baik,fikirkanlah sejenak,mengapa begitu?
**Berkomunikasi=berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran.
Thursday, December 14, 2017
PT3:ANDA MAHU KE MANA SELEPAS PT3 2017
-rajah 1- |
1:Pelaporan PT3 akan diterima pada hari ini,setiap murid tingkatan 3 2017,akan mendapat keputusan masing-masing.
2:Apakah pilihan anda pada tahun 2018?
3:Rajah 1,ialah beberapa aliran yang ditawarkan semasa di tingkatan 4,mengikut sekolah masing-masing.(sila rujuk pihak sekolah untuk meneliti tawaran aliran ).
4;Anda perlu bijak untuk memilih pakej yang bersesuaian dengan diri anda.
5;Perhatikan pencapaian akademik dan psikometrik anda.
SELAMAT MEMBUAT PILIHAN.TNGKATAN 4 IALAH LANGKAH PERTAMA KE TINGAKATAN 5.
Thursday, December 7, 2017
Monday, November 27, 2017
Ibu Bapa perlu peka dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017
-rajah 1- |
1:Pada tahun 2017,calon-calon UPSR menerima keputusan UPSR di bawah satu laporan pencapaian yang holistik.
2.Ibu bapa calon UPSR 2017 sudah tentu telah menerima perincian yang terkandung seperti di rajah 1.Jika belum bolehlah berhubung dengan sekolah yang berkenaan.
3.Dalam gerbang maya Lembaga Peperiksaan Malaysia terdapat perincian yang lebih mendalam tentang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017.(rujukan)
Akhir kata,GPMS SITIAWAN mengucapkan syabas kepada semua calon Upsr 2017.Analisislah pencapaian pentaksiran masing-masing,dan tingkatkan pencapaian anda di sekolah menengah.
Saturday, November 25, 2017
Friday, November 17, 2017
SELAMAT MENERIMA KEPUTUSAN UPSR 2017.
Pada minggu akhir persekolahan,keputusan UPSR 2017 akan diumumkan.Amatlah diharapkan ,calon-calon UPSR 2017,telah bersiap sedia untuk mengambil slip keputusan tersebut di sekolah masing-masing.Terimalah keputusan itu seadanya.Suka atau duka,itu hanyalah perasaan yang tercetus dalam proses menerima keputusan yang bakal diperoleh nanti.
Lantaran itu yang lebih utama ialah,berazam untuk berusaha pada masa mendatang dalam meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik sewaktu di sekolah menengah.
Gpms Sitiawan mendoakan agar anda mendapat keputusan yang dihajatkan.
*Adakah bilangan calon yang mendapat 6A meningkat, berapakah peratus calon Upsr 2017 yang mendapat Gred E?
Friday, November 10, 2017
ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MEMASUKI DUNIA SEKOLAH MENENGAH 2018.
1.Keputusan UPSR 2017 akan diumumkan sebelum cuti akhir tahun 2017 bermula.Justeru itu,sudah pasti calon-calon UPSR sudah maklumi pada tahun depan mereka akan melangkah ke dunia sekolah menengah.
2.Diharapkan mereka sudah bersedia secukupnya untuk belajar di sekolah menengah.
3.Sehubungan itu,amat penting pada cuti sekolah,sementara berehat dan bercuti,wajarlah mereka meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Sains,Matematik ,Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam.
4.Bahkan mereka wajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam B.Melayu,B.Inggeris dan Bahasa Arab.
GPMS SITIAWAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENERIMA KEPUTUSAN UPSR 2017 DAN SELAMAT MEMASUKI DUNIA SEKOLAH MENENGAH 2018.
Saturday, October 28, 2017
Sejenak di program Forum Ngo sempena Pemukiman MB Perak di Manjung 2017..
-YB ADUN PASIR PANJANG TURUT HADIR MENGeOLAKAN SESI FORUM- |
Friday, October 20, 2017
'SWADAYA SOSIAL PADA TAHUN MENDATANG 2O18.
Monday, October 16, 2017
Bersediakah Murid Sekolah di Luar Bandar Belajar Menggunakan Tablet?
Sunday, October 8, 2017
Saturday, October 7, 2017
Kem Shields Penggal 2 2017 di Kem PLKN Teluk Rubiah.-
Sunday, October 1, 2017
Catatan :Program Jelajah Pendidikan KPM di Aeon Mall Seri Manjung 2017
-jam 10:00 pagi pintu Aeon Mall Seri Manjung mula beroperasi- |
-sempat bersua Encik Radzi dan En.Firdaus, |
-berinteraksi dengan guru kaunseling di pondok pameran-tahniah dan selamat berjaya- |
-selamat berpengakap- |
-sebuah program yang banyak manfaat- |
-teruskan mencipta kejayaan,syabas :pameran roket - |
-peserta Bicara Berirama :SK SERI SAMUDERA MANJUNG RAYA- |
**Blogger sempat juga bersajak di satu sudut pondok pameran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Saturday, September 23, 2017
AL-FATIHAH :NUR ADLINA BINTI MOHD RUSLAN,CATATAN KENANGAN 2017
i
kelmarin,
'kenalkan diri kamu kepada rakan-rakan kelas 6 Bijak,
nama saya Nur Adlina Binti Mohd Ruslan'.
ii
Aqilah,Siti,Nur Adlina dan Shah,kumpulan kamu bincang tajuk ini.
iii
Ketua kelas,siapa yang tidak hadir hari ini,
Nur Adlina tidak hadir:Dia tidak sihat
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul .
iv
Adlina ada di hospital Manjung.
dan
hari ini 23 September 2017 :2 Muharam 1439H
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Bersemadilah Adlina di situ,dan itulah hakikat kehidupan
Kepada-Nya setiap manusia akan kembali.
Al-Fatihah.
kelmarin,
'kenalkan diri kamu kepada rakan-rakan kelas 6 Bijak,
nama saya Nur Adlina Binti Mohd Ruslan'.
ii
Aqilah,Siti,Nur Adlina dan Shah,kumpulan kamu bincang tajuk ini.
iii
Ketua kelas,siapa yang tidak hadir hari ini,
Nur Adlina tidak hadir:Dia tidak sihat
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul .
iv
Adlina ada di hospital Manjung.
dan
hari ini 23 September 2017 :2 Muharam 1439H
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Bersemadilah Adlina di situ,dan itulah hakikat kehidupan
Kepada-Nya setiap manusia akan kembali.
Al-Fatihah.
Wednesday, September 13, 2017
'APABILA UPSR BERLALU PERGI,SEKOLAH TETAP DIKUNJUNGI' 2017
-Kemahiran berkomunikasi,berfikir,dan menyelesaikan masalah-* |
-permainan ,sukan, kecergasan,* |
-program pemimpin muda-* |
-Keupayaan berbahasa Inggeris-* |
-keupayaan menghitung/mengira-* |
-melukis,kraf* |
-kuiz sains,kembara sains,saintis muda-* |
-pemimpin maya-* |
- kerohanian -*
1.Berlalunya peperiksaan UPSR bukan bermakna murid-murid tahun 6 boleh berehat atau tidak hadir ke sekolah.
2.Seseorang murid tahun 6,yang tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah bolehlah dianggap sebagai murid yang tidak berdisiplin dan berjati diri yang tinggi.
3.Ibu bapa wajar mengambil berat akan situasi anak mereka selepas peperiksaan UPSR,pastikan mereka pergi ke sekolah dan melaksanakan aktiviti yang berfaedah.
*contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk murid tahun 6.
Monday, September 4, 2017
Wednesday, August 30, 2017
Gpms Sitiawan Menjejak Patriot:Negaraku Sehati Sejiwa 2017.
-sesi temu bual yang amat bermakna akan kegigihan menentang komunis- |
-Saudara Saad,Timbalan Yang Dipertua Gpms Sitiawan memyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Zakaria Bin Che Ya, sebagai simbolik tanda ingatan akan semangat juang sama ada anggota Home Guard,Jungle Squad,Special Constabel,pasukan polis dan tentera menentang komunis pada zaman darurat.
Biar putih tulang jangan putih mata,menurut Tuan Haji Zakaria,generasi hari ini harus meneruskan semangat kental mempertahankan kedaulatan negara.
Terima kasih akan jasa bakti para patriot.Gpms Sitiawan mendoakan akan kesejahteraan para patriot.
*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2017.
Sunday, August 27, 2017
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN TAHUN 2017
-Tema Hari Kebangsaan 2017- |
-Kibaran Jalur Gemilang di Pusat Khidmat Pendidikan Melayu Gpms Sitiawan- |
Gpms Cawangan Sitiawan dan Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan mengucapkan "Selamat menyambut Hari Kebangsaan tahun 2017." Bersyukurlah dan insaflah akan jerih keringat pejuang-pejuang kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta ini.
Ingatlah pesanan pantun ini,
Walaupun rumput mati terlapah,
Uratnya tidak mahu tenggelam;
Walaupun laut menjadi darah,
Semangat Melayu tidakkan padam.*
*muka surat 172,dalam buku yang bertajuk Pejuang-Pejuang Kemerdekaan,diselenggarakan oleh,
Prof Datuk Dr. Ramlah Adam.
Tuesday, August 22, 2017
Sisipan Berita Gpms Sitiawan 2017
3.YDP GPMS SITIAWAN ,MANTAN YDP,ATOQS DAN TUAN HJ ZAINAL PADA MAJLIS HARI ULANG TAHUN GPMS .
4.TYDP GPMS SITIAWAN MERAIKAN ROMBONGAN SEBUAH SEKOLAH DI LUMUT.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...