1.Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS),walaupun telah mencecah usia 65 tahun,namun dalam Akta Belia organisasi Gpms itu dianggap masih muda.Yakni dalam kepimpinannya diterajui berdasarkan Akta Belia.
2.Berdasarkan tulisan Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Noor,mantan Pengerusi Gpms Negeri Perak,dalam artikel yang bertajuk "Memperkasa Gpms Cawangan dan Negeri,beliau menyatakan-
-kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung kepada,50% faktor kepimpinan,30% faktor aktiviti dan 20% faktor kewangan.Oleh itu keaktifan sesebuah organisasi itu bergantung kepada -kepimpinan-maka sudah sewajarnya kepimpinan itu berteraskan kepada -Pemimpin Gpms -:Pemimpin Gpms Cawangan,Negeri dan Cawangan Khas,menentukan sama ada Gpms itu aktif,hebat,berkualiti atau masih di tahap kurang memuaskan.
3.Jelasnya faktor kewangan tidak menjadi teras utama dalam menjayakan sessebuah organisasi belia seperti Gpms.Faktor utamanya ialah Pemimpin dan kepimpinan.
4.Seterusnya ,dalam artikel yang betajuk "Generasi Muda:Merealisasikan Perjuangan Gpms,oleh saudara Tajol Azmir Haji Mustapa,Ydp Gpms Sitiawan,menyentuh bahawa -peranan orang muda,amat penting dalam meneruskan perjuangan Gpms,Jika orang muda gagal didekati,maka masa depan Gpms sukar diduga pada masa akan datang.
5.Ringkasnya Gpms itu sebuah organisasi belia,yang bergerak di bawah Akta Belia,pemimpinnya ialah nadi kejayaan Gpms itu pada setiap peringkat.Setahun ada 12 bulan,oleh itu aktiviti Gpms sewajarnya sebanyak 12 kali dalam tempoh itu.Justeru itu kepasifan dan keaktifan sesebuah organisasi Gpms itu terletak pada kepimpinan.Akhirnya jika Gpms gagal mendengar suara orang muda,maka orang muda akan mendengari suara -orang lain-.