Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Thursday, December 30, 2010
Majlis Anugerah Cemerlang Gpms Sitiawan 2010.(gambar pilihan blogger)
-tahniah dan selamat maju jaya.-
-cenderamata terima kasih Gpms Sitiawan kepada Tuan Hj.Dalail bin Mohd Rakim,timbalan pengerusi koperasi gpms perak berhad.-
-antara calon cemerlang-teruskan mencipta kecemerlangan.-
-bersama-sama menyanyikan lagu rasmi gpms.-
-para tetamu yang hadir.-
Wednesday, December 29, 2010
Persiapan Majlis Anugerah Cemerlang Gpms Sitiawan 2010.
-Majlis Anugerah Cemerlang Gpms Sitiawan 2010 akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Dalail Bin Mohd Rakim,Timbalan Pengerusi Koperasi Gpms Perak.-
-Saudara Anwar turut serta dalam persiapan majlis tersebut.-
-Saudara Along Elit berbincang sesuatu dengan Fit.-
-Saudara Atuqs dengan tugasnya.-
-Malam ini malam Anugerah Gpms Sitiawan,dan malam ini juga perlawanan Bola sepak piala suzuki,(didoakan Malaysia meenangi piala itu)
Saturday, December 25, 2010
'Lawatan Bengkel' sahabat Gpms dari Kuala Lumpur ke Kg.Baharu Ayer Tawar,Perak.
-Jeti Kg.Baharu,lokasi tempat memancing,atau 'check point'sesi kembara-
-Aktiviti berkayak amat menarik hati para peserta,aktiviti ini boleh diadakan mengikut kesesuaian kursus dan kosnya amat berpatutan.
-Saudara Along Elit selaku biro penerangan Gpms Sitiawan,memberikan penerangan ringkas tentang keunikan Kg.Baharu.
-Menjala udang,memancing,berkayak,berenang,meredah selut,berkhemah,dan pelbagai aktiviti boleh diadakan di Kg.Baharu,setakat ini Gpms Sitiawan memang berpuas hati dengan kesesuaian aktiviti di sekitar Kg.Baharu.
-Pemandangan indah juga boleh dinikmati di Kg.Baharu.
@Kepada sahabat Gpms dari Kuala Lumpur,bagaimana dapat berkayak ke?
@Terima kasih kepada Ydp Gpms Sitiawan dan Biro Penerangan Gpms Sitiawan kerana sudi meluangkan masa dalam sesi 'lawatan bengkel' tersebut.
Friday, December 24, 2010
Along Elit dan sahabat Gpms dari Kuala Lumpur.
-Saudara Along Elit menyambut ketibaan sahabat Gpms dari Kuala Lumpur yang diketuai oleh saudara Rizal,mereka akan ke Pulau Pangkor untuk program Hari Keluaga Gpms.
-Mereka tiba di Bandar Sitiawan pada jam 1.00 pagi dan sebelum ke tempat penginapan,minum-minum di sebuah gerai di Arked Mara,namun diharapkan dapat melelapkan mata kerana bilik Kelas A di KB Chalet telah penuh,hanya bilik kelas B sahaja yang ada.
Thursday, December 23, 2010
Kem JIwa Murni Gpms Sitiawan 2010.(gambar pilihan blogger)
-tekun dalam sesi Pemantanpan Jiwa yang disampaikan oleh Tuan Tajul,ada yang terharu-
-sesi perbincangan kumpulan bersama fasilitator-
-Tuan Along Elit sewaktu mengendalikan sesi kumpulan-Tuan Along Elit ialah gukha gpms yang tahu apa itu Gpms-
-Pembentangan sesi kembara di masjid kg.Baru.-
-perbincangan kumpulan-
-Kem Jiwa Murni memberikan pengalaman kepada peserta tentang apakah itu Jiwa Murni,jiwa murni jiwa yang luhur dan penuh rasa syukur.
-JIwa murni membawa akan kepentingan solat lima waktu,solat sunat dan bangun malam.
-Terima kasih kepada semua bbbgpmssitiawan,dan penceramah jemputan.
Tuesday, December 21, 2010
Kem Jiwa Murni (aktiviti)
Monday, December 20, 2010
Pat 2010-Singapura-Kem Jiwa Murni 2010.
-20.12.2010-tuan Atuqs tidak sempat berehat ,terus ke Kem Jiwa Murni GPMS Sitiawan di KB Chalet Kg.Baru.
-Singapura,antara teladan dan kisah lalu,sejarah mengajarnya-
-Pat Gpms di UTM Skudai-
-Kem Jiwa Murni Gpms Sitiawan disertai seramai 43 orang,sekolah menengah dan rendah.
-Pat-Singapura dan Kem Jiwa Murni-di mana ada kemahuan di situ ada jalan-
Halwa Minda dan Hati.
Friday, December 17, 2010
Tinta Ilmu Bertajuk -Hijrah dan Muslim-
Wednesday, December 15, 2010
Rekod Pencapaian GPMS.
Akta Belia telah membawa kepada sistem organisasi belia di negara ini diterajui dan dikemudi oleh belia yang berumur 40 tahun ke bawah.Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(Gpms) telah menerima dan bergerak di bawah akta tersebut.
Justeru itu pada Jumaat ini Gpms akan mengadakan PAT yang akan diadakan di bumi Johor.Oleh itu pada kesempatan ini blogger bbbgpmssitiawan akan memberikan rekod pencapaian prestasi Gpms berdasarkan kaca mata blogger.Penilaian ini bukanlah untuk mencari kesalahan,namun untuk mengatasi kelemahan yang ada,dan seterusnya bergerak dan meningkatkan pencapaian gerak kerja dan hala tuju Gpms.
Sehubungan itu,kepimpinan Gpms dan ahli gpms di semua peringkat tentulah memahami akan strategi dan dasar perjuangan Gpms.Pada fasa permulaan ini strategi dan dasar perjuangan itu diberikan tempohnya dari tahun 2009 hingga 2012.Perlu diingatkan hala tuju perjuangan Gpms berdasarkan tiga faktor berikut:
1)Gpms memperjuangkan Melayu di atas dasar Non-Partisan.
2)Gpms gedung melahirkan pemimpin negara.
3)Gpms di peringkat cawangan adalah tunggak perjuangan ini yang akan diperkasakan.
Kini setahun telah berlalu,oleh itu setakat manakah pencapaian Gpms,apakah penilaian rekod pencapaiannya,siapakah yang layak untuk menilai pencapaiannya.Namun Gpms perlu sedar ia adalah hak masyarakat,sebagai komponen masyarakat memang wajar blogger bbbgpmssitiawan memberikan penilaian kepada pencapaian Gpms.
Skor Pencapaian Gpms tahun 2010.
-Pencapaian A(Amat Baik )
-Pencapaian B(Baik )
-Pencapaian C(Memuaskan)
-Pencapaian D(Kurang memuaskan)
-Pencapaian E(Lemah)
Berikut ialah rekod pencapaian yang diberikan oleh blogger kepada Gpms bagi sesi 2010.
-Pencapaian Gpms Kebangsaan.(Pencapaian B)Tahniah,teruskan usaha anda.
-Pencapaian Gpms Negeri.(Pencapaian B).Tahniah,namun perlu lebih mampu berdikari dan
tidak terlalu bergantung kepada Gpms pusat.
-Pencapaian Gpms di peringkat cawangan.(Pencapaian D)Pencapaian kurang memuaskan,
Cawangan Gpms banyak, namun
tidak aktif dan menyedihkan.
(*sebahagian kecil sahaja aktif)
-Pencapaian Gpms Cawangan khas.
(maaf,blogger kurang makluman mengenainya,oleh itu penilaian tidak dapat diberikan.Namun berharap Gpms cawangan khas bergerak aktif)
Rumusan:
-Yang lemah dibaiki.
-Usah terlalu bergantung kepada Gpms Pusat.
-Gpms Negeri wajar membantu Gpms di peringkat cawangan.
Tahniah kepada Presiden Gpms saudara JAIS B. ABDUL KARIM,diharapkan saudara presiden dan ahli majlis tertinggi meneruskan nadi perjuangan Gpms.Selamat bersidang.
Monday, December 13, 2010
Kem Jati Diri Gpms Sitiawan 2010.(gambar-gambar pilihan blogger)
Kem Jati Diri Gpms Sitiawan 2010.(Aktiviti 2)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ketemu lagi UASA 2024/2025
Adakah anda telah bersedia untuk menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2024/2025? JIka belum,segeralah membuat latihan dan ulang kaji mata ...
-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu aktiviti lis...