Sunday, January 30, 2011

Sisipan Berita;(Kem Motivasi Belajar Kelas Bimbingan Gpms Sitiawan)

Sitiawan-Gpms Cawangan Sitiawan telah mengadakan Kem Motivasi Belajar kepada peserta Kelas Bimbingan Gpms Sitiawan.Kem itu diadakan pada 28 Januari 2011 hingga 30 Januari 2011.Pengisian aktiviti menjurus kepada motivasi belajar yang asas.Para peserta diberikan pengetahuan mengenai cara belajar yang sesuai untuk diamalkan dalam meningkatkan pencapaian markah mata pelajaran.

Saturday, January 29, 2011

Kayak :


-berapakah berat kayak itu?

-senyum dan senyum kerana dapat berkayak-




-hai-hai,selamat menimba ilmu,ada ruang masa,buatlah program-ada masa berkayak lagi.

Wednesday, January 26, 2011

Tuesday, January 25, 2011

Sunday, January 23, 2011

Kem Kepemimpinan Berkaliber Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam.




-terima kasih kepada ahli gpms sitiawan dan bbbgpms sitiawan serta peserta.
-terima kasih juga kepada pihak sekolah.
-ada masa berjumpa lagi.

Thursday, January 20, 2011

"Jejak Iqra"Gpms Sitiawan 2011.


-"apa yang dibualkan tu"

-tuan Adi dengan isi kuliah maghrib-"asal tanah kembali ke tanah juga"

-tuan Along Elit bertukar-tukar fikiran dengan beberapa orang pelajar selepas sesi interaksi-

-antara para perserta yang hadir-

@Program Jejak Iqra Gpms Sitiawan siri 1 ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 10,Lekir.
-seramai 200 orang peserta telah menyertai program tersebut.
-terima kasih kepada pihak asrama Smk Batu 10,Lekir dan warga sekolah.
-terima kasih kepada tuan Tam, tuan Adi,tuan Along Elit,tuan Atuqs dan tuan Fakar kerana berkesempatan untuk merealisasikan Jejak Iqra tersebut.

Sunday, January 16, 2011

Saturday, January 15, 2011

Motivasi Belajar Anjuran Bakom-


-Tuan Adi pada sesi ceramah-

-saudara Along Elit juga turut serta menyampaikan slot-

-menikmati juadah selepas sesi input.

-Program Motivasi Belajar ini ialah anjuran Badan Kebajikan Orang Melayu Gopeng.(Bakom).
-Peserta terdiri daripada murid-murid dari Sk.Kuala Dipang,Sk.Gunung Panjang,Sk.Sungai Itek,Sk.Jalan Ilmu,Gopeng dan Sk.Taman Gopeng.
-Seramai 94 orang telah menyertai bengkel ini.
-Terima kasih kepaa para ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah serta urus setia.
-"Bersama-sama memacu pencapaian pendidikan "

Thursday, January 13, 2011

Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Manjung-12.1.2011.



-saudara Pengerusi Majlis Belia Daerah Manjung dan jawatankuasanya diberikan mandat dalam menguruskan organisasi Majlis Belia Daerah Manjung bagi sesi 2010-2012.
-Selamat berbakti kepada belia-belia di Daerah Manjung.


-Puan Pegawai Belia dan Sukan ,Daerah Manjung dan saudara Presiden Majlis Belia Negeri Perak,turut hadir.Terima kasih di atas komitmen tuan/puan.

-para perwakilan yang hadir sedang menyanyikan lagu penggerak belia.-

-saudara Along Elit ,meneliti buku mesyuarat,penyata kewangan diteliti satu persatu,dan minit dilihat kiri dan kanan.-



-Tahniah kepada para perwakilan dan jawatankuasa yang telah diberikan amanah.
-Tanda aras pencapaian MBD wajar dilihat melalui aktiviti,kesepaduan dan keserasian,pengurangan kebergantungan kepada bantuan kerajaan,boleh berdiri di atas kaki sendiri.
-Memetik makna kata-kata saudara Presiden Majlis Belia Negeri Perak-"jadilah pemudah cara,jadilah seorang pemudah cara,memudahkan perkara yang kusut'-

Selamat berbelia-(tahniah saudara Atuqs diberikan mandat sebagai juruaudit)

Wednesday, January 12, 2011

Monday, January 10, 2011

Retro(tak kenal maka tak cinta siri 1)


-tak kenal maka tak cinta-sebahagian pejuang gpms-,berjuang demi agama Islam,bangsa dan negara dan mengutamakan pembangunan pendidikan anak-anak Melayu.-

-Barisan kepimpinan muda dah ahli-ahli gpms perlu tahu akan hakikat sejarah,sejarah tidak buta,sejarah tidak menipu,sejarah adalah catatan sebuah dokumen.
-Mereka telah membawa gpms hingga ke era kini.
-Pada ketika ini ahli-ahli gpms mahu melihat apakah pula sumbangan pemimpin-pemimpin muda ini,para penderma dan pendokong gpms mahu melihat akan kemampuan kepimpinan muda ini,sebab itulah gpms menerima akta belia.
-jika tidak,usahlah bermimpi untuk menerajui kepimpinan gpms.
-pihak kerajaan melalui kementerian belia dan sukan telah memberikan bantuan kewangan kepada pertubuhan belia termasuklah gpms.-wang itu wang rakyat-maka rakyat mahu melihat wang itu digunakan untuk pembangunan pendidikan anak-anak Melayu.
-oleh itu usahlah mendabik dada,dan syok sendiri,anda perlu tahu bahawa pada ketika ini pertubuhan gpms masih lagi menagih simpati kewangan bantuan kerajaan dan sumbangan badan-badan yang mendokong perjuangan gpms termasuklah orang perseorangan.
-jika mahu mendabik dada,berikan sumbangan ada sekurang-kurangnya RM2 juta,barulah anda boleh mendabik dada,jika tidak cakap siang pandang-pandang-cakap malam dengar-dengar.
-kepada saudara Jais presiden gpms teruskan perjuangan anda,rekod anda masih lagi stabil,ingat kepimpinan muda gpms dinilai oleh ahli-ahli gpms,ahli gpms yang dulu dan yang sekarang,dinilai oleh masyarakat.
-tak kenal maka tak cinta-dah kenal tentu anda cinta.
-selamat bergpms.

Sunday, January 9, 2011

9.1.2011-kelas bimbingan upsr Gpms Sitiawan .


-Kelas Bimbingan Upsr Gpms Sitiawan,dikendalikan oleh barisan fasilitator yang prihatin dalam membantu pembangunan pendidikan anak-anak Melayu.
-Terima kasih kepada barisan fasilitator,jasa dan bakti anda semoga bercahaya di sisi-Nya.

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Memperingati Almarhum Aminuddin Baki.


-majlis bacaan yasin diketuai oleh tuan Adi,manakala sebelum isyak, pengkisahan Almarhum Aminuddin Baki telah dibacakan oleh Tuan Hj.Zainal Noor.-



-antara tetamu yang hadir dan sewaktu menunggu solat maghrib.
-Al-Fatihah kepada Allahyarham Aminuddin Baki.
-Program ini anjuran Pengurusan Institut GPMS Kg.Seri Rahmat Batu Gajah dan Koperasi Warisan Gpms Perak Berhad.
-Tarikh Program.8.1.2011 jam 7.00 malam.

Friday, January 7, 2011

Malam Gemilang Belia Daerah Manjung 2010 Anjuran Majls Belia Daerah Manjung.


-saudara Tajol Pengerusi Majlis Belia Daerah Manjung,along elit dan Encik Gunasegar,Pegawai Belia yang diraikan pada malam itu-

-antara tetamu vip yang hadir-

-gambar kenang-kenangan -

-Pengakap Manjung,tuan Ramlan dan barisan kepimpinan pengakap-

-Pandu Puteri Malaysia Daerah Manjung-


-para tetamu yang hadir,pemimpin badan gabungan MBD Manjung-


@Tahniah kepada barisan kepimpinan dan ajk Majlis Belia Daerah Manjung.
-antara badan gabungan ialah-Pengakap ,Pandu Puteri,Gpms,Abim,YMM,GBBM,MIYC,Briged Putra,MAYC,NYO,Belia 4B,KBBT.

Saturday, January 1, 2011

Catatan 1.1.2011.


-Yang Berbahagia ustaz,Along Elit dan En.Salleh(ajk masjid) sempat bergambar.


-Diharapkan saudara Along Elit dapat mengambil yang baik dan seterusnya diajadikan realiti,isi ceramah amat bernas dan menjurus kepada perjuangan dakwah.

@tahniah kepada pihak penganjur.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...